Contoh Ayat menggunakan Perkataan "ditadbir" dalam bahasa Melayu
- Ketika ini Myanmar ditadbir oleh kerajaan tentera.
- Bandar Kulai ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulai.
- Contohnya daerah Marang ditadbir oleh Majlis Daerah Marang.
- Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan.
- UK ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di ibu negara, London.
- Dalam tempoh tiga dekad , Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka .
- Sejak itu, rantau ini ditadbir oleh beberapa kerajaan yang bergelar Kesultanan Deccan.
- Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman.
- Setiap daerah di Malaysia ditadbir oleh sebuah badan berkanun dikenali sebagai Majlis Daerah.
- Tentera Israel menawan Bukit Golan dan ditadbir oleh tentera Israel sejak dari 1967 hingga 1981 .
- New Delhi ditadbir oleh kerajaan tempatannya sendiri yang dikenali sebagai Majlis Perbandaran New Delhi.
- Hồ Chx Minh dilantik sebagai Perdana Menteri Vietnam Utara yang bakal ditadbir sebagai negara sosialis.
- Namun begitu, New Delhi ditadbir bersama oleh Kerajaan Kesatuan India dan Kerajaan Wilayah Ibu Negara Delhi.
- Daripada situasi ini timbullah sistem ekuiti yang ditadbir oleh Lord Chancellor di mahkamah-mahkamah canseri.
- Dari tahun 1990 hingga tahun 2007, kerajaan negeri Kelantan ditadbir oleh kerajaan PAS pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
- Namun, Leicester bukanlah sebuah borough atau daerah di mana bandar ini ditadbir secara berasingan oleh Leicester City Council.
- Negeri ini diasaskan dan ditadbir oleh Empayar Jepun, dengan Puyi, maharaja Qing terakhir, sebagai pemangku dan maharaja atas nama.
- Di Malaysia, sesebuah bandar raya ditadbir oleh satu sistem kerajaan tempatan, sama ada majlis perbandaran ataupun majlis bandaraya.
- Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.
- Setiap mukim daerah Kemaman akan ditadbir oleh seorang penghulu dan semua penghulu ini akan dikawal selia orang seorang Penghulu Kanan.
- Bohemia merupakan sebuah wilayah autonomi yang ditadbir Nazi dimana kerajaan Jerman menganggap ia sebahagian daripada Reich Jerman Raya.
- Subjek-subjek persekutuan dikumpulkan kepada lapan daerah persekutuan, setiap satunya ditadbir oleh seorang duta lantikan Presiden Rusia.
- Sehingga ke hari ini, bermula daripada tahun 1888 hingga ke tahun 2011, daerah Kemaman telah ditadbir oleh seramai 38 orang Pegawai Daerah.
- Falsafah dan teori ekonomi beliau memberi tumpuan kepada isu buruh dan menyokong sistem ekonomi sosialisme beliau yang ditadbir oleh pekerja.
- Terdapat sebuah tempat di Tasik Banding, Belum Perak yang dinamakan sebagai Pulau MARA yang dahulunya ditadbir oleh Maktab Rendah Sains MARA Kulim.
- Jiran-jirannya adalah Balochistan, Iran di bahagian barat, Afghanistan dan Kawasan puak ditadbir Persekutuan di utara dan Punjab dan Sindh di timur.
- Ia ditadbir di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia mengikut peruntukan Akta Kerajaan tempatan 1976, dan kerajaan negeri masing-masing.
- Kanada ialah sebuah negara persekutuan yang ditadbir sebagai demokrasi berparlimen dan negara raja berperlembagaan dengan Ratu Elizabeth II selaku ketua negara.
- Pihak kerajaan juga telah menguatkuasakan syarat Wajib Tayang mulai Januari 1991 dalam usaha membangunkan industri perfileman Malaysia yang ditadbir urus oleh Finas.
- Perisytiharan ini membentuk Amerika Syarikat yang pada awalnya ditadbir sebagai gabungan longgar melalui kerajaan perwakilan yang dipilih oleh badan perundangan negeri.
- Dalam abad yang berikutnya, Perancis akan ditadbir dalam pelbagai bentuk iaitu sebagai republik, pemerintahan diktator, raja berperlembagaan dan dua empayar yang berbeza.
- Kawasan-kawasan bandar lain di kawasan metropolis Delhi pula ditadbir oleh Perbadanan Perbandaran Delhi dan dengan itu tidak termasuk sebagai sebahagian daripada ibu negara.
- Selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, satu autonomi terhad telah diberi kepada New Delhi dan ditadbir oleh Ketua Pesuruhjaya yang dilantik oleh Kerajaan India.
- Selain 23 perbandaran tersebut, Tokyo juga merangkumi 26 lagi bandaraya , lima bandar , dan lapan kampung ( æ‘ -son atau -mura), setiap satunya ditadbir oleh kerajaan tempatan.
- Ia merupakan sistem perundangan yang paling meluas pengamalannya di seluruh dunia dengan 60% daripada penduduk dunia menduduki negara yang ditadbir oleh sistem perundangan sivil.
- Di Persidangan Potsdam, pihak Berikat memutuskan Vietnam ditadbir oleh Tentera British dan China yang akan menyelia penyerahan senjata Tentera Jepun dan kepulangan mereka pulang ke Jepun.
- Satu-satunya perbezaan antara bekas negeri Rajputana dan Rajasthan adalah adanya bahagian-bahagian tertentu yang ditadbir secara langsung oleh Kerajaan British di bekas wilayah Ajmer-Merwara.
- Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil.
- Sesuatu daerah yang pesat membangun dan mendapat taraf metropolitan yang besar, biasanya untuk ibu negeri dan Wilayah Persekutuan ditadbir oleh sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Dewan Bandaraya.
- Dari pertengahan abad ke-12, bandar Copenhagen semakin bernilai semenjak ditadbir oleh Biskop Absalon yang membina kubunya pada tahun 1167, iaitu tahun yang dianggap sebagai tarikh penubuhan bandar Copenhagen.
- Struktur masyarakatnya yang sukar ditadbir oleh kedua-dua empayar dan kawasannya yang mempunyai hasil bumi yang sangat sedikit menyebabkan kedua-dua empayar tidak berminat untuk menakluk semenanjung tanah Arab.
- Rantau yang dikenal pasti oleh Jerman sebagai Operationszone Adriatisches Kxstenland yang termasuk Udine, Gorizia, Trieste, Pola, dan Fiumeadalah de facto dimasukkan ke dalam Reichsgau Kxrnten dan ditadbir oleh Gauleiter Friedrich Rainer.
- Westminster Abbey ditadbir oleh Dekan dan Chapter Westminster, seperti yang ditubuhkan oleh Piagam Diraja Ratu Elizabeth I pada 1560, yang menciptanya sebagai Gereja Berkolej St Peter Westminster dan sebuah Royal Peculiar di bawah bidang kuasa peribadi Raja.
- Di dalam Tokyo terletaknya berpuluh-puluh entiti yang lebih kecil yang sering dianggap sebagai bandaraya, termasuk 23 wad khas yang pernah membentuk Bandaraya Tokyo sehingga tahun 1943, tetapi kini merupakan kawasan perbandaran yang berasingan dan berkerajaan sendiri, setiap satunya ditadbir oleh datuk bandar dan majlis, serta memegang taraf bandaraya.
- Hadiah Nobel pertama dalam bidang fizik dikurniakan kepada Wilhelm Conrad Rxntgen yang berbangsa Jerman, "sebagai pengiktirafan kepada jasa luar biasa beliau melalui penemuan sinar-sinar luar biasa ." Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dipandang ramai sebagai anugerah paling berprestij yang boleh diraih oleh mana-mana ahli sains yang menceburi bidang Fizik.
- Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah tempat-tempat khusus yang dicalonkan dan mendapat pengesahan untuk dimasukkan ke dalam senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang terdiri dari 21 kumpulan-kumpulan kenegerian yang dipilih oleh Perhimpunan Am Kumpulan-Kumpulan Kenegerian bagi tempoh terhad .
- Daerah Lundang kemudian telah ditadbir secara moden yang diketuai oleh Kweng atau sekarang dipanggil Penggawa, suatu jawatan yang dahulunya terletak dibawah Perintah dan dilantik oleh Raja-raja Lundang yang mana kemudian ini telah dinaik taraf menjadi sebagai Ketua Daerah selaku Wakil Kerajaan baharu yang dilantik secara berterusan dari pihak Kerajaan dikalangan Rakyat yang mempuyai taraf kelayakkannya.
- Sejak kerajaan ini ditadbir Pakatan Rakyat mulai Mac 2008, katanya lagi, "keadaan di Selangor banyak berubah terutama kebebasan para penceramah agama untuk menyampaikan kuliah dan tazkirah bagi membasmi kejahilan ummah." "Dewan Pemuda PAS turut melahirkan rasa kesal atas tindakan Jais dengan menganggap isu seperti ini boleh diselesaikan secara lebih hikmah tanpa perlu membuat sebarang tangkapan yang boleh mencetus polemik dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap Jais."
- Czechoslovakia pada masa itu dibawah Presiden Emil Hxcha telah mengejar dasar luar yang pro-Jerman; walau bagaimanapun, dalam perjumpaan dengan Fxhrer Adolf Hitler Jerman, Hxcha tunduk kepada permintaan Jerman dan mengeluarkan deklarasi yang menyatakan bahawa berdasarkan peristiwa yang berlaku beliau menerima takdir rakyat Czech akan ditentukan oleh negara Jerman; Hitler menerima deklarasi Hxcha dan mengumumkan bahawa Jerman akan memberikan rakyat Czech dengan sebuah protektorat berautonomi yang ditadbir oleh etnik Czech.

No comments:
Post a Comment