Contoh Ayat menggunakan Perkataan "ketegangan" dalam bahasa Melayu
- Rebab digesek dengan busur dan ketegangan tali busur dikawal dengan menggunakan jari.
- Hubunga antara ketegangan tenaga dengan lengkungan ruang-masa dikawal oleh persamaan medan Einstein.
- Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum.
- Selepas orang-orang Yahudi mengasaskan petempatan-petempatan pertanian, ketegangan tercetus antara orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab.
- Mulanya para peneroka menyokong BSAC tetapi kemasukan bangsa kulit puith yang semakin ramai telah menimbulkan ketegangan antara mereka dan masyarakat kulit hitam.
- Oleh kerana Kesatuan Soviet mula hancur menjelang akhir 1980-an, ketegangan etnik meningkat antara Abkhaz dan Georgia ke atas Georgia bergerak ke arah kemerdekaan.
- Pada Jun 1990, ketegangan etnik antara orang-orang Uzbek dan Kyrgyz muncul di Oblast Osh, di mana banyak orang-orang Uzbek merupakan golongan majoriti penduduk-penduduk.
- Pada 6 November 1992, OSCE menubuhkan Misi di Georgia untuk memantau keamanan dan keselamatan.Pada Jun 2004 ketegangan serius berlaku.Perjanjian gencatan senjata dicapai pada 13 Ogos meskipun kerap dimungkiri.
- Negara China telah menghantar sebuah pesawat untuk memindahkan beratus-ratus pelarian Cina daripada rusuhan tersebut dan lebih ramai askar Australia dan New Zealand dikerahkan untuk meredakanketegangan di sana.
- Konflik demi konflik terus meyelubungi penggalnya selaku presiden, yang disifatkan oleh pergolakan buruh tanpa henti, perbalahan peribadi dengan media, dan ketegangan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan Jepun.
- "Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan Dengan Laut China Selatan" yang dikeluarkan pada tahun 2002 meskipun meredakan ketegangan mengenai Kepulauan Spratly, namun bukannya tatasusila sah yang dikehendaki sesetengah pihak.
- Sejak abad ke-16, beberapa negara Eropah, termasuk Portugal, Belanda, Perancis, dan United Kingdom, mula tiba sebagai pedagang yang kemudiannya mengambil kesempatan terhadap keteganganhubungan antara kerajaan-kerajaan tempatan untuk menubuhkan jajahan di India.
- Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong, ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam.

No comments:
Post a Comment