Contoh Ayat menggunakan Perkataan "ketat" dalam bahasa Melayu
- sebenarnya berakar umbi dengan musuh ketat Liverpool F.C.
- Kelas masyarakat tidak begitu dibahagi-bahagikan secara ketat di Yoshiwara.
- Tambahan pula, penyuaraan plosif dikawal oleh hukum-hukum ketat dalam centamiḻ.
- Pasukan ini dikira elit kerana kriteria yang ketat digunakan untuk pemilihan anggota.
- Sejak itu, [Liverpool F.C.|Liverpool]] dan Everton menjadi musuh ketat bola sepak di Merseyside.
- Dalam musim pertama beliau, Liverpool mengalahkan musuh ketat Everton 3 -1 dalam perlawanan akhir Piala F.A.
- Model universiti Perancis pula melibatkan disiplin ketat dan kawalan meliputi setiap aspek dalam universiti.
- Untuk perbadanan awam, tanggungjawabnya jauh lebih ketat dan rumit, berbanding dengan pertubuhan jenis yang lain.
- Pengaruh asing dan pelancong dikawal ketat oleh kerajaan bagi mengekalkan kebudayaan tradisi dan jati diri negara.
- Kedua-dua musuh ketat Perang Dingin ini mula mendirikan sebuah pemerintahan yang berasingan menurut ideologi masing-masing.
- Perusahaan dikawal ketat dengan pelbagai kuota dan keperluan bagi menganjak ekonomi ke arah pengeluaran berasaskan keperluan perang.
- Walaupun pakar botani menggambarkan Alam Tumbuhan, sempadan pentakrifan ahli Tumbuhan adalah lebih ketat dari definisi biasa tumbuhan.
- Sehingga kini, Korea Selatan mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang ketat dengan bilangan senjata api yang sedikit mengikut kapita.
- Seperti juga notasi muzik, tatatanda matematik moden mempunyai sintaks yang ketat dan mengekod maklumat yang mungkin sukar ditulis dalam cara yang lain.
- Kod samurai yang ketat dikenali sebagai bushido masih kekal, bagaimanapun, dalam masyarakat Jepun masa kini, sebagaimana aspek cara hidup mereka yang lain.
- Zon yang dikawal ketat didemilitarisasi selari ke-38 masih membahagikan Semenanjung, dan sentimen Korea yang anti-Komunis dan anti-Utara kekal di Korea Selatan.
- Benediktus dianggap sebagai seorang tradisionalis — dia akrab dipanggil "Rottweiler Tuhan" karena perlindungannya yang ketat terhadap prinsip-prinsip Kepausan.
- Fonologi bahasa Tamil disifatkan dengan kehadiran konsonan retrofleks, dan hukum-hukum ketat bagi pengedaran sesama perkataan berplosif bersuara dan tidak bersuara.
- Langkah-langkah keselamatan yang ketat telah dilaksanakan di semua lapangan terbang United Kingdom dan Amerika Syarikat, termasuk larangan kesemua bagasi tangan yang tidak perlu.
- Para penyokong Genoa menganggap Milan sebagai musuh ketat selepas seorang penyokong Genoa Vincenzo Spagnolo telah terbunuh setelah ditikam seorang penyokong Milan pada Januari 1995.
- Matematik tulen tertumpu pada kewujudan dan keunikan penyelesaian-penyelasaian, sementara matematik gunaan menitikberatkan justifikasi yang ketat terhadap kaedah-kaedah penganggaran penyelesaian.
- Pemberontakkan telah merebak selama puluhan tahun di Cuba dan diawasi dengan ketat oleh Amerika; terdapat ketakutan akan perang sebelumnya, sepertimana di dalam Hubungan Virginius pada tahun 1873.
- Sepanjang kebanyakan sejarah selepas merdeka, India berpegang teguh pada pendekatan sosialisme separa dengan kawalan ketat terhadap penyertaan sektor swasta, perdagangan asing, dan pelaburan langsung asing.
- Musuh ketat Manchu, Dinasti Ming pula sibuk melawan pemberontakan golongan petani sehingga tidak dapat mengambil kesempatan terhadap kemelut pewarisan istana Qing yang menyaksikan seorang kanak-kanak menjadi Maharaja.
- Suruhanjaya ini yang diketuai oleh musuhnya yang paling ketat Biskop Agung Desmond Tutu telah mendapati bahawa beliau bersalah kerana mengarahkan pengeboman ibupejabat Majlis Gereja-Gereja Afrika Selatan di Johannesburg.
- Bagi kebanyakan penduduk bandaraya terbesar RRC, taraf hidupnya menikmati peningkatan yang amat mengagumkan serta meluasnya kebebasan ke sana sini, namun kekangan politik kekal ketat dan kawasan luar bandar masih kemiskinan.
- Salah satu perlawanan dalam tempoh ini yang paling diingati oleh penyokong Manchester City adalah perlawanan terakhir musim 1973-74 terhadap musuh ketat Manchester United yang memerlukan kemenangan untuk mengelakkan penyingkiran.
- Sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam.
- Kerajaan RRC sering kali disifatkan sebagai negara komunis dan sosialis, bahkan juga negara autoritarian dengan sekatan-sekatan ketat dalam pelbagai segi, khususnya dalam Internet, akhbar, kebebasan berhimpun, hak pembiakan, dan kebebasan beragama.
- Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.
- Perang Tiga Puluh Tahun berlaku akibat pengaruh dari Sweden dan Perancis, kekuasaan Prusia dan serangan tentera Napoleon yang melemahkan semua kuasa Maharaja di wilayah-wilayah utara Jerman manakala di selatan tidak, kerana dikawal ketat oleh tentera-tentera Katolik.
- Kepercayaan pelabur asing dalam ekonomi Hungary turut merosot, kerana mereka mendapati bahawa langkah-langkah ketat yang dirancang pada separuh kedua 2006 tidak memuaskan, yang mana tumpuan mereka terutamanya pada menaikkan pendapatan dan bukan menyekat perbelanjaan kerajaan.
- Sebagai wakil presiden di bawah Jeneral Ahmed Bakr yang lemah dan tua, Saddam mengawal ketat konflik antara kerajaan pemerintah dan angkatan bersenjata di ketika banyak organisasi mampu menggulingkan pemerintah dengan menggencet badan keamanan, dan ekonomi Iraq maju pesat pada tahun 1970an.
- Ketika peristiwa 13 Mei yang berlaku pada 1969, Ampang tidak terlibat dalam sebarang pertelingkahan, pergaduhan atau pertumpahan darah disebabkan kawalan ketat yang disusun oleh pihak kerajaan pada masa itu serta kebijaksanaan para pemimpin masyarakat menjaga sentimen masyarakat Melayu dan Cina.
- Walaupun persembahan kukuh City berkurangan di pertengahan musim, dan pada satu ketika City jatuh lapan mata di belakang musuh ketat mereka dengan hanya enam perlawanan lagi untuk bermain, kemerosotan tidak diduga oleh juara sebelumnya menyebabkan City kembali memberikan saingan dengan berbaki dua perlawanan, membentuk perlawanan kemuncak liga yang menarik dengan kedua-dua pasukan mempunyai mata yang sama.

No comments:
Post a Comment