Saturday, November 5, 2016

Bina Ayat dengan Perkataan "bandaraya"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "bandaraya" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat bagi Perkataan
  1. Pada tahun 2010, 30 bandaraya global terunggul adalah:
  2. Metropolis ini merangkumi 16 bandaraya di sekitar Manila.
  3. Sebilangan bandaraya di UK terkenal kerana persada muziknya.
  4. Manila merupakan salah sebuah bandaraya yang tertua di Asia.
  5. Ibu negerinya Chennai , ialah bandaraya keempat terbesar di India.
  6. Lapan buah bandaraya dipilih untuk menjadi tempat acara oleh UEFA.
  7. Katowice ialah bandaraya utama kawasan perindustrian Upper Silesia.
  8. Delhi bersambung dengan bandaraya lain melalui berbilang lebuh raya.
  9. Termasuk barangay yang dipertikaikan oleh bandaraya Makati dan Taguig.
  10. Wilayah ini mengambil nama sempena nama bandaraya utamanya iaitu Gaza.
  11. Kawasan yang paling getir ialah Jerman, terutamanya di bandaraya Berlin.
  12. Selain itu, juga difikirkan bahawa nama asal bandaraya ini ialah Dhillika.
  13. Yangon , dahulunya Rangoon, ialah bandaraya terbesar dan bekas ibu negara Myanmar.
  14. Pada 2 September, anggota Pengawal Kebangsaan mula memasuki bandaraya New Orleans.
  15. Inventori GaWC mengenal pasti tiga taraf bandaraya global diikuti beberapa subtaraf.
  16. Bandar raya atau bandaraya berasal dari dua perkataan iaitu bandar dan raya - besar.
  17. Vladivostok ialah sebuah bandaraya yang terletak di timur Rusia di Jajahan Primorsky .
  18. Nama Inggeris/Melayu bandaraya ini terbit dari nama Bahasa Jerman Rendah iaitu, Copenhagen.
  19. Ujibakat OIAM musim ketiga diadakan sepanjang bulan November di lima bandaraya di Malaysia.
  20. Kesemua bandaraya dan perbandaran dalam NCR digolongkan ke dalam empat daerah seperti berikut:
  21. Sepanjang zaman penjajahan Belanda, Batavia berkembang menjadi bandaraya yang besar dan penting.
  22. Pembukaan New York City Subway pada tahun 1904 membantu untuk mengukuhkan bandaraya baru tersebut.
  23. Menjelang tahun 1835, Bandar raya New York mengatasi Philadelphia sebagai bandaraya terbesar di AS.
  24. Ia merupakan kota kedua terpadat di Amerika Syarikat dan merupakan bandaraya terbesar di California.
  25. Contoh bandaraya di Malaysia seperti bandar raya Kuala Lumpur, George Town, Petaling Jaya, dan Ipoh.
  26. Syarikat milik kerajaan Perbadanan Pengangkutan Delhi ialah pengusaha bas utama kepada bandaraya ini.
  27. Tokyo Raya ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang berada di wilayah-wilayah sekelilingnya.
  28. Britain dan Ireland tetap menjadi negara-negara sumber asas bandaraya ini untuk abad pertama pada kewujudannya.
  29. Berikutan kejadian ini, ramai orang Cina yang lari ke luar bandaraya dan mengadakan penentangan terhadap Belanda.
  30. Metropolis Tokyo terbentuk pada tahun 1943 hasil penggabungan bekas Wilayah Tokyo (Tokyo-fu) dan bandaraya Tokyo.
  31. Penggunaan nama Manila untuk bandaraya sebetulnya dan seluruh kawasan metro sekaligus boleh menimbulkan kekeliruan.
  32. Selain itu, Perbadanan Perbandaran Delhi mengurus pentadbiran awam untuk bandaraya ini mengikut akta Panchayati Raj.
  33. Copenhagen ialah bandaraya Nordik yang paling kerap dikunjungi iaitu 1.3 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2007.
  34. Sesebuah kawasan metropolitan biasanya mendapat namanya sempena bandaraya terbesar atau terpenting dalam lingkungannya.
  35. Banyak lagi perkhidmatan bas Rapid KL yang menuju pusat bandaraya dan negeri Selangor turut berkhidmat di Jalan Bangsar:
  36. Sebanyak 800 bahasa dipertuturkan di Bandaraya New York, menjadikannya bandaraya yang paling pelbagai bahasanya di dunia.
  37. Bandaraya ini dipanggil Bandaraya New York untuk membezakannya daripada negeri New York di mana terletaknya bandaraya ini.
  38. Dalam kawasan ini, Copenhagen dan bandaraya Malmx di Sweden semakin berkembang menjadi sebuah kawasan metropolitan bersama.
  39. Walaupun bukan bandaraya dari segi alasan-alasan teknik, Tokyo dianggap sebagai ibu negara dan bandaraya terbesar di Jepun.
  40. Penarafan tahun 2004 mengiktiraf penunjuk baru di samping masih menekankan ekonomi bandaraya berbanding faktor politik dan kebudayaan.
  41. Pada zaman Edo, Edo menjadi salah sebuah bandaraya terbesar di dunia dengan jumlah penduduk mencapai sejuta orang menjelang abad ke-18.
  42. Sebelum ini, kawasan-kawasan perbandaran Frederiksberg, Gentofte dan Copenhagen digunakan untuk menentukan liputan bandaraya Copenhagen.
  43. Terdapat empat bandaraya satelit utama yang terletak di luar Wilayah Ibu Negara Delhi, iaitu Gurgaon dan Faridabad , Noida dan Ghaziabad .
  44. Daerah Khusus Ibukota Jakarta merupakan ibu negara Indonesia, dan juga merupakan satu-satunya bandaraya di Indonesia yang bertaraf provinsi.
  45. Ibu negerinya Panaji , bandaraya terbesarnya Vasco da Gama , manakala bandaraya bersejarah Margao masih menonjolkan pengaruh budaya Portugis.
  46. Ia juga masih sebahagian daripada kawasan Hannover, yang mana majlis perbandaran telah ditubuhkan daripada bekas daerah dan bandaraya Hanover.
  47. New York menjadi ibu negara Amerika Syarikat mulai tahun 1785 hingga 1790, tetapi kekal sebagai bandaraya terbesar di negara ini sejak tahun 1790.
  48. Bantahan ini berpusat di Dataran Tiananmen di Beijing, tetapi bantahan secara besar-besaran juga berlaku di bandaraya China lain termasuk Shanghai.
  49. Pada tahun 1996, THR berpindah ke studio sendirinya di Aras 10 dari Wisma TIME, Jalan Tun Razak, berdekatan dengan hati pusat bandaraya Kuala Lumpur.
  50. Dalam kawasan metropolitan, adalah memadai untuk bandaraya pusat membentuk nukleus kependudukan besar yang cukup disepadukan bersama juzuk-juzuk lain.
  51. Justeru itu, New York menjadi bandaraya yang paling banyak pencakar langitnya di Amerika Syarikat, dan kedua terbanyak di dunia, di belakang Hong Kong.
  52. London merupakan tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1908, 1948 dan 2012, menjadikannya bandaraya pertama yang menganjurkan temasya Olimpik sebanyak tiga kali.
  53. T. Kearney dan Chicago Council on Global Affairs, menerbitkan senarai bandaraya global berasaskan nasihat daripada Saskia Sassen, Witold Rybczynski, dan lain-lain.
  54. Menurut satu pelan PBB, Baitulmuqaddis sepatutnya menjadi sebuah bandaraya antarabangsa dan bukan sebahagian daripada negeri orang Arab ataupun negeri orang Yahudi.
  55. Bandaraya New York menjadi bandaraya paling banyak penduduknya di dunia pada tahun 1925, mengatasi London yang paling ramai bilangan warganya selama seabad sebelum itu.
  56. Sumbangan Glasgow kepada bidang muzik diiktiraf pada tahun 2008, ketika bandaraya itu mendapat gelaran Kota Muzik UNESCO yang hanya diterima oleh dua lagi bandaraya lain.
  57. Badar itu sendiri diasaskan pada kurun ke-19 masihi ketika kawasan terbabit di bawah pemerintahan Kerajaan Prussia, dan Katowice mendapat taraf bandaraya pada tahun 1865.
  58. Namun begitu, Jerman Timur, Republik Czech dan kebanyakan besar kawasan Poland lebih ke barat dari Austria, khususnya bandaraya Prague yang agak jauh ke barat dari Vienna.
  59. Sesebuah bandaraya boleh hilang kelayakannya sebagai bandaraya global, misalnya yang semakin kurang bersifat kosmopolitan, dan semakin pudar namanya di peringkat dunia, cth.
  60. Pembinaan jambatan ini telah mencetuskan bermacam-macam perubahan dalam sistem pengangkutan awam serta membangunkan semula kawasan Amager di selatan bandaraya utama tersebut.
  61. Pada tahun 1658-59, bandaraya ini menangkis pengepungan besar-besaran yang dilancarkan oleh Sweden di bawah pimpinan Charles X serta berjaya menangkis serangan besar pada 1659.
  62. Selain 23 perbandaran tersebut, Tokyo juga merangkumi 26 lagi bandaraya , lima bandar , dan lapan kampung ( 村 -son atau -mura), setiap satunya ditadbir oleh kerajaan tempatan.
  63. Wilayah bandaraya Copenhagen meliputi pesisir timur pulau Zealand , sebahagian pulau Amager dan beberapa pulau kecil semula jadi dan buatan di antara kedua-dua pulau besar tersebut.
  64. Pusat bandaraya terletak di sepanjang sungai Spree di dalam Berlin-Warsaw Urstromtal , dibentuk oleh air yang mengalir dari kepingan-kepingan ais yang mencair pada hujung zaman ais.
  65. Penghijrahan secara beramai-ramai ke bandaraya Delhi dari merata negara India berterusan, maka meningkatkan lagi bilangan penduduk Delhi berbanding kadar kelahiran yang kian merudum.
  66. Jadualnya digariskan dalam GaWC Research Bulletin 5 dan menarafkan bandaraya berdasarkan peruntukan "khidmat pengeluaran termaju" seperti perakaunan, pengiklanan, kewangan, dan perundangan.
  67. New York merupakan bandaraya yang paling ramai penduduk di Amerika Syarikat dan juga pusat kawasan metropolitan New York, salah sebuah kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia.
  68. Katrina terbentuk pada akhir bulan Ogos ketika musim hurikan Atlantik 2005 dan membinasakan kebanyakan bahagian utara tengah Pantai Teluk Amerika Syarikat, terutamanya bandaraya New Orleans.
  69. Kesemua bandaraya yang layak disusun mengikut kategori bandaraya global "Alfa" , "Beta" , "Gama" , dan bandaraya yang menikmati "Kecukupan Tinggi" atau "Kecukupan" kehadiran bandarayaglobal.
  70. Copenhagen sering kali diiktiraf sebagai salah sebuah bandaraya yang menikmati mutu kehidupan yang tertinggi di dunia, di samping dan menjadi antara kota-kota yang paling mesra alam di dunia.
  71. Kawasan Kansai menuntut dirinya sebagai tempat kelahiran tamadun Jepun, kerana bandaraya Nara selaku titik paling timur sepanjang Laluan Sutera, merupakan tapak ibu kota tetap yang pertama di Jepun.
  72. Ahli-ahli golongan saudagar berkelas atasan yang berpemikiran awam mendesak untuk pendirian Central Park, taman yang menjadi taman berlanskap pertama dalam sesebuah bandaraya Amerika pada tahun 1857.
  73. Kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan komuter, dan boleh juga diluaskan ke luar persisian bandar, iaitu kawasan yang bukan dalam lingkungan bandaraya tetapi dihubungkan dengan bandarayatersebut.
  74. Walaupun terdapat beberapa buat tempat kemiskinan, bandar ini merupakan salah satu bandaraya kosmopolitan dunia dan daerah metropolitannya merupakan pusat ekonomi, budaya, pendidikan dan industri negara ini.
  75. Pada abad ke-19, pihak berkuasa bandaraya mewajibkan semua bangunan yang melebihi enam tingkat terpasang menara air untuk mengelakkan tekanan air berlebihan di paras rendah yang boleh memecah paip air bandar.
  76. Rabung yang mencapai ketinggian 318 m merupakan bentuk bumi yang paling berdominasi di kawasan ini, berasal dari Rabung Aravalli di selatan dan mengelilingi kawasan barat, timur laut dan barat dayabandaraya Delhi.
  77. Namun begitu, seperti mana yang dialami bandaraya Amerika yang lain, New York turut mengalami kejatuhan dalam perindustrian dan peningkatan jenayah, rusuhan perkauman, dan white flight yang menjadi-jadi pada 1960-an.
  78. Namun demikian, penduduk metro amat peka kepada perbezaan antara bandaraya dan kawasan metro Manila kerana ada yang berasal dari bandaraya lain di Metro Manila, iaitu bandaraya yang berdekatan dengan Manila yang sebenar.
  79. Bagi kebanyakan penduduk bandaraya terbesar RRC, taraf hidupnya menikmati peningkatan yang amat mengagumkan serta meluasnya kebebasan ke sana sini, namun kekangan politik kekal ketat dan kawasan luar bandar masih kemiskinan.
  80. Vladivostok ialah satu-satunya bandaraya pelabuhan di Rusia terletak di sebuah kawasan lingkungan Asia Timur selepas Tokyo, Seoul, Pyongyang, Beijing, Taipei, Hong Kong, Bangkok, Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, dan Manila.
  81. Bandaraya ini dianggap sebagai sebuah bandaraya sedunia alpha+, disenaraikan oleh inventori GaWC 2008 serta menduduki kedudukan keempat di kalangan bandaraya global oleh Indeks Bandaraya Global Foreign Policy pada tahun 2008.
  82. Quezon membentuk Bandaraya Manila Raya sebagai langkah kecemasan, dengan menggabungkan kerajaan bandaraya dan perbandaran Manila, Bandaraya Quezon, San Juan del Monte, Caloocan, dsb, lalu melantik Jorge Vargas sebagai datuk bandar.
  83. Kerajaan Metropolitan Tokyo mentadbir kesemua 23 wad khas di Tokyo, setiap satunya ditadbira sebagai bandaraya yang meliputi kawasan bekas bandaraya Tokyo dan juga 39 kawasan perbandaran di bahagian barat wilayah dan dua kepulauan luar.
  84. Dataran Kinki dengan bandaraya Osaka dan Kyoto membentuk teras kawasan ini; dari situ kawasan Kansai menganjur ke barat sepanjang Laut Pedalaman Seto ke arah Himeji dan Kobe, dan ke timur merentasi Tasik Biwa, tasik air tawar terbesar di Jepun.
  85. Dalam keadaan tidak menentu ini, selepas kekalahan yang dialami kerajaan parti KMT di tanah besar China pada tahun 1949, Chiang Kai-shek mengberi order berpindah ke pulau Taiwan dan mengistiharkan bandaraya Taipei sebagai ibu negara sementaranya.
  86. Salah satu percubaan terawal untuk menentukan, menggolongkan dan menarafkan bandaraya global dilakukan pada tahun 1998, oleh Globalization and World Cities Study Group and Network yang bertapak di jabatan geografi Universiti Loughborough, United Kingdom.
  87. Apabila lebih banyak binaan ditambah dan bangunan sedia ada dibina semula atau diubah suai, bandar Maya agung kelihatannya mempunyai identiti yang rawak, jelas bertentangan dengan bandarayaMesoamerika lain seperti Teotihuacan yang mempunyai pembinaan berpetak.
  88. Contohnya, sebahagian bandar yang wujud di dataran batu kapur di utara Yucatan berubah kepada bandaraya terbentang luas, sementara yang lain yang dibina di kawasan berbukit-bukau di Usumacinta menggunakan keadaan mukabumi berbukit asli untuk mendirikan menara dan kuil mereka pada ketinggian menakjubkan.
  89. Selalunya bandaraya bandaraya besar mempunyai sistem metro iaitu sistem kereta api bawah tanah yang turut dikenali sebagai subway di Amerika Syarikat, tube atau underground di United Kingdom atau metro di benua Eropah kereta api ini selalunya menggunakan kuasa elektrik pada rel ketiga dan landasannya berbeza dengan lalu lintas yang lain .
  90. Yang pertama ialah gempa bumi besar Kantō 1923 yang menyebabkan 140,000 penduduk maut atau hilang, dan yang kedua ialah Perang Dunia Kedua, ketika Tokyo dibedil bertubi-tubi pada tahun 1944 dan 1945, menyebabkan 75,000 hingga 200,000 orang terbunuh dan separuh bandaraya musnah, lebih kurang sedahsyat jumlah kesan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
  91. Setelah perang tersebut tanpa mengalami serangan New York menjadi bandaraya peneraju dunia, dengan Wall Street mengemudi kebangkitan AS sebagai kuasa ekonomi dominan di dunia, ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengetengahkan pengaruh politik New York, dan kebangkitan Abstract Expressionism di kota yang membolehkan New York mengatasi Paris sebagai pusat dunia seni.
  92. Institute for Urban Strategies di The Mori Memorial Foundation di Tokyo, Jepun mengeluarkan kajian menyeluruh mengenai bandaraya global pada Oktober 2009, berasaskan enam kategori keseluruhannya, iaitu "Economy," "Research & Development," "Cultural Interaction," "Livability," "Ecology & Natural Environment," dan "Accessibility," diperincikan oleh 69 petunjuk individu.
  93. Orang awam dan pihak media sering menggunakan istilah "kawasan metro" atau sebagainya untuk memaksudkan seluruh kawasan geografi, termasuk bukan sahaja kependudukan bandaraya yang terkenal, bahkan juga kependudukan di kawasan tengah bandar, subbandar, lepas bandar dan adakalanya luar bandar, semuanya dipengaruhi oleh kegiatan pekerjaan, pengangkutan, dan perdagangan dibandaraya terbesar.


2 comments: