Friday, January 27, 2017

Contoh Ayat Perkataan "disertai"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "disertai" dalam bahasa Melayu

    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Perhimpunan ini disertai oleh 100, 000 orang.

  2. Sukan Olimpik 1900 ini menjadi yang pertama disertai wanita.

  3. Gempa bumi cukup lazim berlaku, kadang-kadang disertai tsunami.

  4. Pada tahun 1972, persekutuan ini disertai pula oleh Ras al-Khaimah.

  5. Perhimpunan itu disertai 84 buah NGO dan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

  6. Fasa tarikan akut selalunya disertai oleh kemurungan dan insomnia selama beberapa bulan.

  7. PBB berundur setelah mengadakan pihihan raya yang disertai oleh sekitar 90 peratus pengundi berdaftar.

  8. Sistem politik Itali merupakan republik demokrasi berparlimen yang disertai oleh berbilang parti politik.

  9. Mereka turut disertai pihak Belanda pada tahun 1598, di mana Belanda mendirikan kubu di Komenda dan Kormantsi.

  10. Ia disertai oleh dua puluh kelab, berfungsi dengan sistem kelayakan dan penyingkiran dengan The Football League.

  11. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain.

  12. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan.

  13. Perhimpunan ini disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka.

  14. Perlawanan akhir ini disertai oleh Manchester United dan Chelsea, menjadikan final pertama kali dua kelab dari England.

  15. Seminar yang disertai oleh 60 ahli perniagaan dan pelabur tempatan itu, dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Dr. Abdullah

  16. Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara.

  17. EAS yang disertai oleh negara-negara ASEAN tambah 3, India, Australia dan New Zealand, mengadakan sidang kemuncak sulungnya pada tahun 2005.

  18. Perayaan ini disertai negara Australia, Canada, Afrika Selatan dan United Kingdom bagi merebut pingat untuk acara tinju, gusti, renang dan olahraga.

  19. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.

  20. Pada akhir abad ketujuh belas SM pemerintah selatan Mesir melancarkan pemberontakan terhadap Hyksos, pergerakan yang kemudiannya disertai oleh keseluruhan rakyat Mesir.

  21. Aktiviti-aktiviti balapan ini adalah antara sukan umum yang disertai oleh rakyat Malaysia di beberapa kejohanan peringkat Asia Tenggara, Asia atau peringkat Antarabangsa.

  22. Windows Vista Service Pack 1 yang dikeluarkan pada 4 Februari 2008 disertai dengan Windows Server 2008 kepada pengeluar OEM selepas tempoh pengujian beta selama lima tahun.

  23. Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.

  24. Pada tahun 2004, RRC menyaran rangka Sidang Kemuncak Asia Timur yang serba baru sebagai forum perbincangan hal-ehwal keselamatan serantau yang terang-terang tidak disertai oleh Amerika Syarikat.

  25. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk.

  26. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.

  27. Lakonan berulang-ulang sebagai Abigail Williams asal, di dalam lipur lara waktu siang As the World Turns yang akan diikuti pada tahun 1999, disertai dengan lakonan-lakonan kecil dalam dua filem dan siri mini.

  28. Majlis Eropah ditubuhkan pada 5 Mei 1949 dengan termeterainya Perjanjian London dan disertai oleh 10 negara, iaitu Belgium, Denmark, Perancis, Itali, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, Sweden dan United Kingdom.

  29. Semenjak memahami kepentingan ini, banyak universiti-universiti, institusi-institusi kerajaan dan syarikat-syarikat farmasi membentuk kumpulan-kumpulan bioinformasi, yang disertai ahli biologi dan saintis komputer.

  30. Pertandingan berikut yang diadakan, iaitu pertandingan bola sepak Olimpik 1908 di London lebih berjaya, walalupun disertai oleh pemain-pemain bola sepak profesional, bertentangan dengan prinsip-prinsip pengasas FIFA.

  31. Berdepan dengan kelucutan kuasanya, Wu Sangui merasai dirinya tiada pilihan selain memberontak, dan oleh itu turut disertai oleh Geng Zhongming Shang Zhixin, anak kepada Shang Kexi, untuk memberontak selama lapan tahun.

  32. Sukan seperti lari pecut, lari berganti-ganti, lompat kijang, lari berpagar, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, lompat tinggi, lompat bergalah dan seumpamanya adalah antara sukan-sukan yang disertaioleh rakyat-rakyat di Malaysia.

  33. Pengiktirafan bersejarah terhadap kekuasaan bahasa Inggeris di Eropah timbul pada tahun 1995 ketika, bahasa Inggeris menyertai bahasa Perancis dan Jerman sebagai salah satu bahasa urusan di Suruhanjaya Eropah yang ketika itu baru disertai Austria, Finland dan Sweden.

  34. Dr Mahathir diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.Rombongan Dr Mahathir disertai oleh Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz, Timbalan Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.




No comments:

Post a Comment