Contoh Ayat menggunakan Perkataan "hujung" dalam bahasa Melayu
- Ia terletak pada hujung utara timur Johor dan hujung selatan Pahang.
- Kemudian pada setiap hujung musim tersebut ia mati kembali di atas tanah.
- Selain itu, secara amnya, cuti hujung minggu ialah pada hari Sabtu dan Ahad.
- Hal ini kerana cuti hujung minggu di sini adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
- Dewan Undangan Negeri Sarawak terletak di hujung bandar Kuching di Petra Jaya.
- Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia.
- Motif geometri Sarawak digunakan pada kelim-kelim baju, hujung lengan dan kain sarong.
- Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya.
- Tumpat terletak di hujung Landasan Pantai Timur yang dijalankan oleh Keretapi Tanah Melayu.
- Dalam molekul glikogen, terdapat hanya satu hujung penurun dan banyak hujung bukan penurun.
- Cuti hujung minggu Johor pada hari Jumaat dan Sabtu telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.
- Pada hujung usus belakang serangga mampu menyerap kembali air bersama potassium dan ion sodium.
- Di hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat.
- Bahagian belakang mempunyai tujuh pasang duri mencapah dengan struktur dipercayai mulut di hujung ekornya.
- Mulai dari hujung abad ke-17, Shakespeare bermula dianggapi sebagai dramatis bahasa Inggeris yang teragung.
- Menjelang hujung minggu pertama Januari, keseluruhan daerah utara Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun.
- Tetapi di empat negeri, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.
- Aidilfitri (عيد الÙطر) atau Perayaan Kenduri adalah cuti dirayakan pada hujung Ramadan dan puasa sepanjang bulan.
- Pada Februari 2006, Ban menawarkan diri menggantikan Kofi Annan sebagai Setiausaha Agung PBB yang akan tamat hujung 2006.
- Sehingga kini, tiada bukti mengesahkan hujung berbentuk bebola ataupun struktur seperti mulut adalah kepala organisma ini.
- Badan berbentuk silinder dan bahagian hujung seperti bebola dianggap kepala disokong oleh dua baris apendej tidak bersegmen.
- Pada 1776, orang-orang Sepanyol menduduki hujung semenanjung San Francisco, dan mendirikan sebuah kubu dan misi di Golden Gate.
- Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara supaya asapnya dapat disedut melalui mulut pada hujung yang lain.
- Bahan-bahan tadi diletakkan di satu tempat, sama ada di hujung kampung, di pinggir hutan, dihanyutkan di sungai ataupun di laut.
- Apabila hujung untaian DNA heliks berkembar bersambung membentuk bulatan, seperti dalam DNA plasmid, untaian adalah kusut topologi.
- Suatu ketika dahulu, ahli pelayaran menyangka bumi berbentuk sekeping papan dan sesiapa pelayar yang pergi ke hujung dunia akan jatuh.
- Jadi, hari bekerja di sini pun banyak yang mengikut cuti hujung minggu Pulau Pinang iaitu hari Ahad kecuali badan kerajaan dan sekolah.
- Pada puncak kejayaan kerajaan ini, bahasa Latin dituturkan sejauh pulau Britain di barat laut sampai Palestin di hujung tenggara Eropah.
- Di hujung yang mempunyai kumpulan amino dikenali sebagai terminal N dan hujung yang mempunyai kumpulan karboksil dikenali sebagai terminal N.
- Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.
- Satu hujungnya membuka kepada faraj melalui serviks, sedangkan hujung yang lain bersambung di kedua-dua belah uterus kepada salur-salur falopia.
- Bentuk tanah Finland kebanyakan datar dengan beberapa bukit dan titik tertingginya, Haltitunturi pada 1.328 m, berada di hujung utara Laplandia.
- Percantuman ini akan menghasilkan rantaian peptida yang lebih dikenali sebagai polipeptida dengan mempunyai dua hujung rantaian yang berbeza sifatnya.
- Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
- Francis Xavier teruskan pelayanan beliau di wilayah Nagate dan Bungo dan pada hujung tahun 1551, beliau membuat keputusan untuk pulang sementara ke Goa.
- Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.
- Seruling yang terbuka hujung seperti flut konsert dan rekorder mempunyai harmonik lebih, justeru permainannya lebih fleksibel, dan timbre yang lebih ceria.
- Seruling melintang dan seruling yang ditiup hujung juga memerlukan udara yang lebih dan membuat teknik circular breathing, pernafasan berputar, lebih sukar.
- Pemain seruling tiupan tepi menggunakan lubang pada tepi tiub bagi menjana ton, berbanding pemain alat tiupan hujung yang mempunyai lubang tiup di hujungnya.
- 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong.
- Biasanya hujung penurun terdapat di bahagian dalaman molekul dan oleh itu glikogen tidak dapat menunjukkan sifat penurunan apabila diuji dengan larutan Fehling atau Benedict.
- Comoros adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi, terletak di luar pantai Afrika timur, di hujung Selat Mozambique utara, di antara Madagascar utara dan timur laut Mozambique.
- Terdapat kira-kira 1,600 orang penduduk yang menetap di beberapa petempatan di hujung utara pulau tersebut, antaranya Flying Fish Cove, Bandar Silver, Kampong, Poon Saan, dan Drumsite.
- Sebenarnya, Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama lebih kurang sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun bagi masyarakat Dayak.
- Keganasan dan kemusnahan oleh pengunjung ke Bournemouth berterusan pada hujung minggu cuti, menyebabkan kerosakan lebih daripada x1 juta dan kecederaan kepada penyokong dan pegawai polis.
- Ia terletak di hujung Semenanjung San Francisco dan merupakan titik fokus kewangan, kebudayaan serta pengangkutan kawasan metropolitan San Francisco Bay Area (Kawasan Teluk San Francisco).
- Pada hujung minggu perlumbaan, rakan sepasukan, Andrea de Cesaris sepatutnya menunjukkan ajar Schumacher tentang litar Spa itu tetapi telah dihalang disebabkan oleh sebuah rundingan kontrak.
- Tawau juga kini dilengkapi dengan banyak kemudahan rekreasi dan tempat beriadah seperti Taman Awam Muhibbah Tawau yang menjadi kunjungan para warga Tawau untuk melepas lelah pada hujungminggu.
- Masa karbon ialah zaman dan sistem geologi yang berlangsung dari hujung Zaman Devon, lebih kurang 359.2 juta tahun lalu, ke permulaan Zaman Permian, lebih kurang 299.0 x 0.8 Ma Templat:ICS 2004.
- Sarang ini diperbuat daripada sutera labah-labah, seutas benang protein yang halus dan kukuh yang dihasilkan oleh labah-labah daripada spineret yang pada kebiasaannya terdapat pada hujung abdomen.
- Ini disebabkan matematik Greek sejak masa itu bukan hanya ditulis oleh orang-orang Greek tetapi juga oleh para cendekiawan bukan Greek di seluruh dunia keyunanian sehingga hujung timur Mediterranean.
- Musim luruh, yang bermula dari hujung minggu selepas Hari Buruh dan berakhir pada hujung minggu sebelum Hari Pemilihan President US, merupakan musim terpendek dan kurang beruntung bagi industri perfileman.
- Banjaran Bukit Barisan menyebar dari hujung ke hujung pulau, dengan titik tertinggi setinggi 3,805 meter berada pada Gunung Kerinci, iaitu sebuah gunung berapi aktif yang terletak sekitar titik tengah banjaran.
- Satu lagi pembahagian ialah antara seruling tiupan tepi seperti flut konsert Barat, pikolo, faif, dizi dan bansuri; dan seruling tiupan hujung seperti ney, xiao, kaval, danso, shakuhachi, flut Anasazi dan quena.
- Dari pertengahan hingga hujung abad ke-19, Shakespeare juga menjadi lambang kebanggaan British serta "tanda penyatuan" untuk seluruh Empayar British, sebagaimana yang tertulis oleh Thomas Carlyle pada tahun 1841.
- Oleh sebab itu, hujung 1580-an telah digelarkan sebagai "Tahun-tahun Kehilangan" Shakespeare kerana ketiadaan bukti mengenai di mananya beliau berada ataupun kenapa beliau meninggalkan Stratford untuk pemergian ke London.
- Dalam pupa, kepak membentuk struktur yang menjadi mampat dari hujung hingga pangkal, dan dilipat dari hujung proksimal hingga distal apabila tumbuh, supaya ia boleh dibuka dengan cepat hingga mencapai saiz dewasa sepenuhnya.
- Juga Tarian Ulek Mayang yang biasa dimainkan di tepi pantai sewaktu pesta pantai yang biasa diadakan pada hujung tahun bagi tujuan untuk mengubati penyakit,namun tarian ini sekarang hanya sekadar Persembahan budaya semata-mata.
- Pangkalnya menyempadani Guinea-Bissau serta Senegal di utara, dan Mali di utara dan timur laut, manakala kawasan pedalamannya menyempadani Cxte d'Ivoire di tenggara, Liberia di selatan, dan Sierra Leone di barat hujung selatannya.
- Kelebihan utama Ramadan adalah untuk umat Islam untuk melatihkan diri mereka untuk melatihkan sekatan dengan sebabnya mendapatkan suatu hubungan lebih dekat dengan Allah (Tuhan) dan diri yang lebih sihat dan bernilai pada hujung bulan.
- Selepas Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis dan ketua kampung telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA antara Mac-April 1945 Parti Komunis Malaya sejakhujung 1944 telah menyerang balai polis Jepun dan konvoi.
- Nama "Cicero" berasal daripada perkataan cicer, perkatan bahasa Latin untuk "kacang kuda." Plutarch menerangkan bahawa nama itu pada asalnya digunakan oleh seorang nenek moyang Cicero yang mempunyai rekahan pada hujung hidungnya dan yang kelihatan seakan-akan kacang kuda.
- Su-27PU mempunyai 8 tenggekan untuk muatan senjatanya, berbanding 12 tenggekan pada pesawat Su-30MK: 2 rel pada hujung sayap untuk melancarkan peluru berpandu udara ke udara, 3 pilon di bawah setiap sayap, 1 pilon pada bawah setiap enjin, dan 2 pilon sebaris di "lengkung" yang terletak di antara enjin.

No comments:
Post a Comment