Saturday, August 27, 2016

Bina Ayat dengan Perkataan "bersidang"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "bersidang" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat bagi Perkataan
  1. Anggota Reichstag dipanggil bersidang pada setiap tahun oleh maharaja.
  2. Secara rasminya parlimen bersidang di sana secara rasmi pada tahun 1865.
  3. Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan bersidang di Istana Westminster.
  4. Pada tahun 1265, baron Simon de Montfort, Ke-6 Leicester, memanggil parlimen bersidang tanpa kebenaran raja.
  5. Majlis tersebut biasanya bersidang di Palazzo Venezia, Rome, yang juga merupakan pusat ketua kerajaan Itali.
  6. Undang-undang persekutuan digubal oleh penggubal yang bersidang di Parlimen Malaysia dan berkaitan dengan seluruh negara.
  7. Selepas menang akhirnya, UK menjadi salah satu daripada Tiga Kuasa Besar yang bersidang untuk merancangkan dunia pasca perang.
  8. Undang-undang negeri digubal oleh ahli dewan yang bersidang di Dewan Undangan Negeri dan hanya berkaitan dengan negeri berkenaan.
  9. Dewan utama parlimen Jerman kini dipanggil Bundestag , tetapi bangunan di mana Bundestag bersidang masih lagi dipanggi "Reichstag".
  10. Lembaga Eksekutif menyediakan sesi untuk Persidangan Agung bersidang dan ia bertanggungjawab memastikan arahan yang diberi dilaksanakan.
  11. Pada 14 Jun 1775, Kongres Kebenuaan yang bersidang di bandar Philadelphia, menubuhkan Tentera Kebenuaan yang diketuai oleh George Washington.
  12. Seramai 1,500 delegasi, termasuk ketua-ketua negara akan bersidang bagi membincangkan krisis kewangan global dan akses kemajuan yang dicapai dalam proses pemulihannya.
  13. Kongres Benua bersidang di Bandaraya New York dan pada tahun 1789, Presiden Amerika Syarikat yang pertama, George Washington dilantik di Dewan Persekutuan yang terletak di Wall Street.
  14. Maka, apabila setiap pegawai memberi notis pada masa yang berbeza {misalnya disebabkan satu Dewan tidak bersidang pada masa yang berkenaan), Perkenan disifatkan telah diberi apabila notis kedua telah diberikan.
  15. Pada tahun 1960, Gentlmen Usher dari Batang Hitam tiba untuk memanggil Dewan Rakyat bersidang semasa perdebatan yang hangat, dan beberapa ahli dewan membantah kekacauan ini dengan tidak menghadiri majlis berkenaan.
  16. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
  17. Dalam revolusi-revolusi pada tahun 1848-49, Frankfurt menjadi semacam ibu negara revolusi dan merupakan tempat untuk Parlimen Frankfurt, parlimen pertama yang dipilih secara demokratik, yangbersidang di Frankfurter Paulskirche, atau Gereja St.
  18. Maka, tidak seperti pemberian Perkenan Diraja melalui sendirinya atau oleh Pesuruhjaya Diraja, kaedah yang dihasilkan melalui Akta Perkenan Diraja 1967 tidak memerlukan kedua-dua Dewan bersidangpada masa yang sama untuk mendapatkan notis Perkenan Diraja.
  19. Seksyen 125 Perlembagaan Australia menyatakan bahawa pusat kerajaan mesti terletak di dalam negeri New South Wales tetapi tidak kurang 100 batu dari Sydney, maka Parlimen Australia bersidang di Melbourne sehingga Canberra dibina di tapak yang ditetapkan oleh Perlembagaan.
  20. ICS merupakan anak pertubuhan dan lembaga sains terbesar dalam Kesatuan Antarabangsa Sains-sains Geologi , malah merupakan jawatankuasa pengkaji tetap yang lebih kerap bersidang daripada sidang-sidang empat tahun sekali IUGS, apabila bersidang sebagai kongres atau keseluruhan keahlian.
  21. Parlimen United Kingdom yang bersidang di Istana Westminster terdiri daripada dua dewan, iaitu Dewan Rakyat yang dianggotai oleh wakil terpilih, dan Dewan Pertuanan yang dianggotai oleh wakil lantikan, dan mana-mana Rang Undang-undang yang diluluskan memerlukan Perkenan Diraja supaya terbentuknya undang-undang baru.


No comments:

Post a Comment