Thursday, February 11, 2016

Contoh Ayat Perkataan "abadi"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "abadi" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Sebelum kematian beliau, Gobind Singh mengeluarkan dekri bahawa Guru Granth Sahib adalah guru terakhir dan abadi bagi orang Sikh.
  2. Sebaliknya, keinginan untuk mencapai kehidupan yang abadi adalah sesuatu yang dicari-carikan oleh Maharaja-maharaja China, khususnya Shih Huang Ti.
  3. Emas juga dsering dikaitkan dengan pemikiran Mesir purba yang menganggapnya berkaitan dengan keabadian, maka ini menepati nama Horus abadi bagi firaun.
  4. Pada dasarnya, Bhagavad Gita mengusulkan bahawa kesedaran yang benar datangnya daripada pelepasan persamaan diri dengan ego, dan sesorang harus menyamakan diri dengan Roh yang abadi , iaitu Kesedaran Ketuhanan yang muktamad.
  5. Dalam segi penggunaan dalam dunia Melayu, hamba dibahagi kepada dua, iaitu hamba abadi - iaitu hamba yang kelak sepanjang hayat dan hamba - termasuk dapat ditebus selepas membayar hutang dan juga merangkumi golongan hamba abadi.
  6. Jainisme tidak merangkumi kepercayaan terhadap satu Tuhan atau Pencipta, tetapi mempercayai satu alam semesta yang abadi dan yang menentukan hukum-hukum semula jadi, dan sifat-sifat (gunas) jirim yang saling mempengaruhi (dravys).
  7. Terjemahan Kitab Injil ke dalam Bahasa Melayu biasanya merujuk sulfur sebagai "belerang", menimbulkan penggunaan frasa khutbah 'Api dan belerang', iaitu pendengar sering diingatkan tentang takdir kebinasaan abadi yang menanti mereka-mereka yang tidak percaya dan tidak bertaubat.
  8. Kisah mengenai kanak-kanak nakal yang boleh terbang dan secara anjaib enggan membesar, Peter Pan menghabiskan masa pengembaraan kanak-kanaknya yang abadi di sebuah pulau kecil Neverland sebagai ketua Kanak-kanak Sesat, bercampur dengan duyung, Indian Merah, Pari-pari, dan lanun, dan kadang-kala bertemu kanak-kanak biasa di dunia luar.
  9. Ramai yang menyambut Sabat Alkitab memperakuinya sebagai perjanjian abadi yang ditetapkan buat Bani Israel (Exodus 31:13-17) sebagai tanda memperingati dua peristiwa, iaitu hari rehat Tuhan setelah menyiapkan Penciptaan dalam enam hari (Exodus 20:8-11) dan pembebasan Bani Israel oleh Tuhan daripada minggu kerja tujuh hari Mesir (Deuteronomy 5:12-15).


No comments:

Post a Comment