Friday, February 3, 2017

Contoh Ayat Perkataan "mendarat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "mendarat" dalam bahasa Melayu

    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor.

  2. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian.

  3. Pada 29 Januari 1819, Thomas Stamford Raffles mendarat di pulau utama Singapura.

  4. Divisyen Ke-5 mendarat di pantai timur Tanah Melayu dan Siam, di Singora dan Pattani.

  5. Beliau turut menyerang London dan kembali ke Norway pada tahun 995, Olav mendarat di Moster.

  6. Daripada 12 buah pesawat dalam serangan ini, lima rosak dengan satu mendarat hempas di Kota Bharu.

  7. Dari tahun 1825 hingga 1846, 626,628 orang pendatang Eropah mendarat di pelabuhan-pelabuhan Kanada.

  8. Apabila siap kelak peswat yang lebih besar seperti Boeing 737 boleh mendarat di lapangan terbang ini.

  9. Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila.

  10. Pihak Portugis mula-mulanya mendarat di Elmina, sebuah bandar pesisir yang diduduki negeri Fanti pada tahun 1482.

  11. Bukaan di Kranji menjadikannya boleh bagi unit berperisai Pengawal Maharaja untuk mendarat tanpa tentangan di Kranji.

  12. Apabila pihak Parsi mendarat di Euboea mereka mempunyai sekitar 80,000 orang, termasuk pendayung dan tentera kerahan.

  13. Tetapi pihak Jepun telah mendarat di ketiga-tiga lokasi yang menjadi tekaan Jeneral Arthur Percival sejak tahun 1937 lagi.

  14. Pada 6 Jun, 1944, Tentera Berikat mendarat di Normandy, dan mula memaksa Tentera Jerman berundur kembali ke sempadan asal mereka.

  15. Pada pukul 1 am, lebih ramai tentera Jepun mendarat di barat laut pulau dan pasukan simpanan terakhir Australia digerakkan ke situ.

  16. Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur.

  17. Kira-kira jam 02:00 pagi pada 8 Disember, lapangan terbang Kuantan menerima isyarat bahawa tentera Jepun cuba mendarat di Kota Bharu.

  18. Ini kerana sekiranya beliau silap (yakni Jepun tidak mendarat di Siam), ini akan mencetuskan perang dengan Thailand yang baik dengan Britain.

  19. Armada tersebut kemudiannya belayar ke barat dari Eritrea dan mendarat di tanah besar Greek di Teluk Marathon, sekitar 26 batu timur laut Athen.

  20. Semasa di laut, Laksamana Sir Tom Phillips menerima kawat daripada Ketua Turus, Palliser, yang menyatakan bahawa Jepun telah mendarat di Kuantan.

  21. Leftenen Penerbangan "Spud" Spurgeon dalam A16-41 mengebom kapal tetapi terpaksa mendarat hempas di Kota Bahru, akibat kerosakan pesawat Hudsonnya.

  22. Pada sebelah malam 8 Februari 1942, enam batalion daripada Divisyen Ke-5 menyeberangi Selat Johor dan mendarat di pantai barat laut Pulau Singapura.

  23. Segala penerbangan luar negara akan berlepas dan mendarat di Suvarnabhumi dan lapangan terbang Don Muang akan melayan penerbangan dalam negeri sahaja.

  24. Sebagai salah satu siri dalam Perang Dunia Kedua, tentera Jepun telah mendarat di Labuan pada 1 Januari 1942 dan terus menguasai seluruh pulau Borneo.

  25. Atlantis berjaya dilancarkan buat kali terakhir pada 8 Julai 2011 jam 16:29 UTC, dan mendarat di Pusat Angkasa Kennedy pada 21 Julai 2011 jam 09:57 UTC.

  26. Unit-unit divisyen ini merupakan pasukan tempur pertama Jepun yang mendarat di Korea, dan terlibat dengan serangan terhadap semenanjung Liaodong di China.

  27. Sokongan udara dekat juga penting dalam operasi amfibia Perang Dunia II yang membolehkan kapal induk memberi sokongan kepada tentera yang mendarat di pantai.

  28. Cabot belayar pada tahun 1497, meskipun tidak mencapai misinya, berjaya mendarat di persisiran pantai Kanada kerana tersalah anggap dia berjaya sampai ke Asia..

  29. Peneroka-peneroka dari Portugal mendarat di pantai Cameroon sekitar abad ke-15 lalu menamakan tanah ini sbeagai Rio dos Camarxes, iaitu asal-usul nama Cameroon.

  30. Perang Normandy pula menjadi titik peralihan di barisan barat, apabila tentera sekutu mendarat di pantai Normandy dan mara dengan pantas ke dalam wilayah Jerman.

  31. Diperintah Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, pasukan ini mendarat di Kota Bharu Kelantan dan mara ke selatan sepanjang pesisir pantai Semenanjung Tanah Melayu.

  32. Kor Ke-III diserang Tentera Darat Ke-25 Jepun yang mendarat di Pattani, Singora dan Kota Bharu, dan ditolak pasukan Jepun ke arah selatan Semenanjung Tanah Melayu.

  33. Brigadier Duncan Maxwell's Australian 27th Brigade, ke utara, tidak berhadapan dengan serangan Jepun sehingga Pengawal Maharaja mendarat pada pukul 10pm 9 Februari.

  34. Sebaliknya sekiranya beliau terbukti benar dan jepun mendarat di selatan Siam, tentera Thai masih mungkin menentang kemaraan tentera British ke dalam wilayah mereka.

  35. Pada 2 April 1513, konkuistador Sepanyol, Juan Ponce de Lexn mendarat di tempat yang dinamainya "La Florida"—catatan sulung ketibaan orang Eropah di tanah besar AS.

  36. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces ’ pada tahun 1945.

  37. Pertempuran-pertempuran ini memberikan perlindungan bagi sebuah pasukan Jepun untuk mendarat dekat Incheon di Korea, dan dari sana mereka menduduki Seoul dan seterusnya seluruh Korea.

  38. Pasukan-pasukan Jepun bergerak maju dan mendarat di beberapa titik di pantai Manchuria, serta melakukan sejumlah pertempuran hingga memaksa pasukan-pasukan Rusia kembali ke Port Arthur.

  39. Oleh sebab itu, kereta api jenis ini memerlukan roda atau gear mendarat dalam bentuk lain untuk menyokong gerabak ini sehingga ia dapat mencapai kelajuan yang boleh mengekalkan apungan.

  40. Ketika Perang Pasifik meletus pada 7 Disember 1941, Ibrahim Yaakob telah ditangkap oleh pihak British tetapi dibebaskan pada 1942 oleh pihak Jepun setelah Jepun mendarat di Tanah Melayu.

  41. Dia menegaskan bahawa satu-satunya harapan bandar tersebut adaah ketika pihak Parsi mendarat di Marathon dengan pasukan berkuda mereka adalah dengan memusnahkan mereka di pantai pendaratan.

  42. Pada tahun 1449 pelaut Sepanyol, Alonzo de Ojeda dan Juan de la Cosa belayar menyusuri pantai timur laut Amerika Selatan, yang ketika itu mereka sebut Wild Coast, dan mendarat di kawasan Guyana.

  43. Pihak Parsi berharap bahawa dengan mendarat di Marathon mereka mungkin dapat menarik tentera Athen keluar dari tembok perlindungan mereka yang kukuh dan dengan itu dapat memusnahkan tentera Athen.

  44. Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg.

  45. Jerebu juga dipersalahkan apabila sebuah penerbangan Mandala Airlines tergelincir semasa mendarat di Balikpapan, Kalimantan Timur pada 3 Oktober, apabila darjah penglihatan dilaporkan sekitar 400 meter.

  46. Serangan hendap Lahad Datu 1985 ialah sebuah siri rompakan dan tembakan rambang yang berlaku pada 23 September 1985 apabila 15-20 lanun asing mendarat di pantai Lahad Datu dan mula menyerang pekan tersebut.

  47. Noakes, Setiausaha Sarawak yang berpandangan negetif bagi pertahanan, telah berhujah mengenai ketidakcukupan SARFOR dan bahawa ia tidak mempunyai harapan bagi menentang Jepun sekiranya mereka mendarat secara besar-besaran.

  48. Tentera marin Amerika Syarikat mendarat berhampiran Mogadishu pada 9 Disember 1992 untuk menerajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Operasi Restore Hope, di mana tentera Pakistan, Itali dan Malaysia turut mengambil bahagian.

  49. Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl.

  50. Kubu mesingan di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di pantai, dan membunuh ramai askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh.

  51. Apabila ancaman serangan oleh Tentera Jepun semakin memuncak, Operasi Matador disandarkan sebagai rancangan terbaik untuk menyekat kemaraan Tentera Jepun sekiranya mereka mendarat di Songkhla dan Pattani untuk mara ke Semenanjung Tanah Melayu.

  52. Rencana meminta satu kumpulan dari Santo Domingo dipimpin oleh Mxximo Gxmez, satu kumpulan dari Costa Rica yang dipimpin oleh Antonio Maceo, dan lain dari Amerika Syarikat mendarat di tempat yang berbeza di pulau itu dan merangsang adat revolusi.

  53. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.

  54. Peluru-peluru berpandu ini telah dilancarkan daripada Fasiliti Ujian Peluru Berpandu Musudan-ri, dan semua daripada peluru-peluru berkenaan telah mendarat di Lautan Timur di perairan antarabangsa lebih kurang 100 kilometer selatan bandar Vladivostok dan Nadohka negara Rusia.

  55. Ketika mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi, tetamu kehormat telah disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald Charles MacGillivray dan Lady MacGillivray, Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang pertama, Tuanku Abdul Rahman diiringi Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman.




No comments:

Post a Comment