Contoh Ayat menggunakan Perkataan "mengawal" dalam bahasa Melayu
- Serebelum mengawal keseimbangan dan pergerakan.
- Jin Tanah dikatakan mengawal pembukaan tanah baru.
- Ini menyukarkan Ngah Ibrahim untuk mengawal keadaan.
- Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah.
- Banyak negara mengawal umur yang seseorang boleh kahwin.
- Otak juga bertanggungjawab bagi mengawal postur dan pergerakan.
- Ia juga dapat mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel.
- Aspirin kerap digunakan untuk mengawal demam, flu atau selesema.
- Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer.
- Denmark kemudian mengawal Kesatuan Kalmar yang diasaskan pada 1397.
- Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan.
- Kerajaan cuba mengawal harga tepung jagung, kerosin dan minyak masak.
- Dalam sistem bertahan, full back ditugaskan untuk mengawal pemain lawan.
- Perdana Menteri pada dasarnya mengawal pelantikan daripada yang berikut:
- Setelah keruntuhan Sriwijaya, tidak ada kuasa besar yang mengawal bandar.
- Denmark juga untuk mengawal wilayah Skxne dalam Perang Scania tetapi gagal.
- Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu.
- Portugis mengawal bahagian pesisir Kenya bermula dari Malindi sampai Mombasa.
- Vakuol berfungsi untuk mengawal keseimbangan osmosis dan tekanan segah sel kering
- Penyatuan kerajaan Denmark mula pada abad ke-10 apabila Denmark mengawal Laut Baltik.
- Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.
- Angkatan ini juga diberi tugas mengawal laluan ke Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain.
- Tetapi dari segi ketenteraan, hukuman mati adalah satu cara untuk mengawal disiplin tentera.
- PAS kembali mengawal kerajaan negeri Kelantan dan telah memenangi kerajaan negeri Terengganu.
- Bagaimanapun, kerajaan Georgia mengawal banyak bahagian Ossetia Selatan, termasuk bandar Akhalgori.
- Pasukan Menjaga Keamanan AU kini berada di Darfur, Sudan dalam usaha mengawal krisis kemanusiaan di situ.
- Namun setelah aspirin dikaitkan dengan sindrom Reye, aspirin tidak lagi digunakan untuk mengawal simptom flu.
- Selepas Rome ditawan orang Jerman, Empayar Bizantium masih mengawal Mesir, Greece, Palestin, Syria dan Turki.
- Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan.
- Selain itu ia mungkin sebagai satu cara menjadikan masyarakat merasakan mereka dapat mengawal sesuatu kejadian.
- Sehingga Mei 2011, TFG dan sekutu AMISOM berjaya mengawal 60% Mogadishu, di mana 80% penduduk bandar kini hidup.
- Sel organisma perlu mengawal pengekspresan gen bagi mengelakkan masalah patologi yang boleh timbul seperti barah.
- Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya.
- British mengawal perairan di antara Denmark dan Norway untuk membawa bencana kepada ekonomi kedua-dua kesatuan ini.
- Austria dikalahkan oleh tentera Prusia dalam Perang Austria-Prusia pada 1866, jalan baru Prusia untuk mengawal Jerman.
- Pasukan negara kini mempunyai perjanjian penyiaran dengan TF1 Group, yang mengawal saluran TV utama di negara ini, TF1.
- Dadah perubatan memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa mengawal penggunaan dadah seperti FDA di Amerika Syarikat.
- Fungsi bahasa ini ialah menghantarkan signal bit melalui get logik, dan seterusnya mengawal input dan output perkakasan.
- Meninggalkan sebahagian kecil bagi mengawal tahanan Parsi dan rampasan perang, tentera Athen yang lain bergerak ke Athen.
- Universiti Oxford menggunakan sistem yang sama untuk mengawal selia Percetakan yang mula-mula digunakan dalam abad ke-17.
- Kesungguhan mengawal pengaruh Empayar Rusia menjadi sebab utama campur tangan Britain di pihak Turki semasa Perang Krimea.
- Beberapa langkah telah diambil oleh British untuk menyekat dan mengawal pengeluaran bijih timah agar harganya tidak turun.
- Akan tetapi Pasukan Polis ini gagal mengawal kekacauan-kekacauan dan kegiatan kongsi gelap yang dicetuskan oleh orang Cina.
- Croatia menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia dan membuka ekonominya supaya dapat mengembangkannya sementara mengawal inflasi.
- Keupayaan Kenya untuk mengawal selia piawaian keselamatan dan mengurangkan bahaya industri yang berpotensi adalah dipersoalkan.
- Walaupun kewujudan satu kerajaan tidak perlu untuk negara, negara tetap memerlukan kerajaan untuk mengawal hal ehwal dalamannya.
- Empat kuasa besar itu mengawal Vienna sehingga mereka menandatangani Perjanjian Negeri Austria yang ditandatangani pada Mei 1955.
- Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
- Antara tisu-tisu ini ialah otot yang boleh mengecutkan dan mengawal gerak alih, dan tisu saraf yang menghantar dan memproses isyarat.
- Tentera British juga menawan dan mengawal jajahan strategik untuk Empayar British, dan membolehkan empayar tersebut terus berkembang.
- Dalam perjanjian keamanan berikutnya, Denmark berjaya untuk mengekalkan kemerdekaannya dan dibenarkan mengawal Trxndelag dan Bornholm.
- Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai.
- Organisasi yang mengawal teknologi ini, seperti stesyen telivisen atau syarikat pencetak, turut dikenali sebagai media massa.Templat:Qn
- Selepas Korea dibahagikan oleh PBB, kedua-dua kuasa Korea kedua-duanya cuba untuk mengawal seluruh Korea di bawah kerajaan masing-masing.
- Dengan ini, penggunaan dadah untuk tujuan mengurangkan insomnia dan mengawal selera makan turut tergolong dalam kategori "dadah rekreasi".
- Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan dikampung-kampung dan dikawasan bandar.
- Belanda mempunyai ekonomi yang maju dan terbuka yang mana kerajaan telah mengurangkan peranannya dalam mengawal ekonomi Belanda sejak 1980an.
- Pada 8 Ogos 2008, Angkatan bersenjata Georgia digerakkan ke sempadan Ossetia Selatan untuk mengawal Tskhinvali dan "memulihkan perlembagaan".
- ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik.
- Enzim ialah sejenis protein yang bertindak sebagai mangkin organik yang dapat mengawal atur serta mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel.
- Faktor-faktor dalaman itu terutama makin tertariknya kaum elit untuk mengawal kawasan yang mereka miliki tanpa penglibatan pihak berkuasa Sepanyol.
- Soper). Sebatalion Dogras Ke-3/17 bertanggungjawab mengawal sepuluh batu perbatasan Pantai Dasar Sabak yang termasuk dalam matlamat pendaratan Jepun.
- Selepas menewaskan rejim Siad Barre dan Perang saudara Somalia, pelbagai militia berjuang mengawal kota, kemudian digantikan oleh Kesatuan Mahkamah Islam.
- Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.
- Fungsi utama mereka ialah untuk merampas (merebut) bola dari pihak lawan, mengawal bola, dan menghantarnya kepada penyerang, dan mungkin turut menjaringkan gol.
- Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat.
- Di Taiwan, KMT mengawal kerajaan di bawah sistem negeri satu parti sehinggalah pembaharuan yang dijalankan sejak 1970-an hingga 1990-an melonggarkan pegangan kuasanya.
- Di bawah perlembagaan negara, hanya Parti Komunis Kesatuan Soviet dibenarkan untuk mengawal jentera kerajaan dan membuat keputusan mengenai ekonomi dan hal masyarakat.
- Selepas berlakunya Perang Utara Besar (1700–21), Denmark dapat mengawal bahagian Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh kerabat Holstein-Gottorp pada 1721 dan 1773.
- Tetapi kesahan pilihan-pilihan raya itu telah dipertikaikan, kerana Conte mengawal kedudukannya dan tidak bertoleransi terhadap ahli-ahli politik yang berpotensi melawannya.
- Kedua-dua pihak turut menubuhkan pasukan separa tentera, dan selepas berlakunya rusuhan di Derry pada tahun 1969, Tentera Darat British dihantar ke situ untuk mengawal keadaan.
- Puak Taira tidak cuba memperluaskan atau memperkukuhkan kekuatan ketenteraannya, sebaliknya mengahwinkan wanita mereka dengan maharaja dan cuba mengawal melalui kuasa maharaja.
- Teknologi-teknologi pengurusan hak digital cuba mengawal penggunaan media digital dengan menyekatkan kemudahan, penyalinan atau penukaran oleh pengguna kepada format-format lain.
- Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
- Walaupun pada ketika itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya untuk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial.
- Pada bulan suci Ramadan 2010,militan Al-Shabaab melancarkan serangan offensif.Tentera Kerajaan Persekutuan, peralihan dan sekutu AMISOM berjaya menangkis serangan itu bagi mengawal bandar.
- Untuk mengawal gerakan yang baru ini, pihak Perancis mempergunakan gabungan taktik ganjaran dan hukuman yang meskipun berkesan, tidak berupaya untuk menghentikan desakan untuk kemerdekaan.
- Perdebatan mengenai sama ada terus mengawal atau tidak bumi Algeria yang dijadikan tempat tinggal lebih sejuta penduduk Eropah, merapuhkan lagi negara dan nyaris mencetuskan perang saudara.
- Di bawah kepimpinan Rumsfeld, syarikat Searle berjaya mendapat kelulusan daripada FDA, (sebuah agensi yang bertanggungjawab mengawal pengedaran makanan, alat persolekan, alat perubatan dll.).
- Kejayaan Srivijaya menguasai Pulau Jawa, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama di Selat Melaka, Laut China Selatan, Selat Sunda dan Selat Karimata.
- Sebelum kematian beliau pada 1953 Abdul Aziz, sedar dari kesukaran yang dihadapi oleh pemerintah mutlak serantau yang bergantung pada rangkaian keluarga lanjutan, mencuba untuk mengawalpewarisan.
- Negara bangsa ini menjadi entiti politik yang paling dominan diseluruh dunia semenjak itu, akan tetapi pelbagai jenis ideologi mengawal pentadbiran negara-negara ini pada abad ke-19 dan abad ke-20.
- Gibraltar yang masih lagi wilayah British di luar negara, menjadi pengkalan tentera laut penting yang membolehkan Britain mengawal kapal dari laut Atlantik yang keluar dan masuk ke laut Mediterranean.
- Ketika Perang Dunia Kedua, tentera Inggeris dan Kesatuan Soviet menceroboh Iran dari 25 Ogos hingga 17 September 1941, untuk menyekat kuasa-kuasa paksi dan mengawal infrastruktur penggalian minyak Iran.
- Ketua parti yang kedua terbanyak kerusinya biasanya menjadi Ketua Pembangkang Setia Baginda (kini Michael Ignatieff) dan membentuk sistem parlimen pertentangan yang bertujuan mengawal tindakan kerajaan.
- Semua sel, baik prokariot mahupun eukariot, dilitupi oleh membran untuk mengasingkan isi dalamnya daripada persekitaran luarnya, mengawal apa yang keluar masuk sel itu, serta memelihara potensi elektrik sel.
- Sifat bukan linear komponen-komponen ini serta kemampuannya mengawal aliran elektron membolehkan penguatan isyarat lemah dapat dilakukan dan sering diaplikasikan dalam telekomunikasi dan pemprosesan isyarat.
- Sukhoi juga menawarkan Su-27PU yang boleh bertindak sebagai "pengawal pesawat", seolah-olah mini-AWACS, dengan krew belakang bertindak menggunakan radar dan rangkaian data untukmengawal pesawat-peswat lain.
- Kerajaan yang baru ini telah mengharamkan semua organisasi politik dan melancarkan pemerintahan satu parti one-party rule, di mana kerajaan pusat mengawal semua aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya rakyatnya.
- Pada Ogos 1979, perbandaran saudara New Bombay ditubuhkan oleh Perbadanan Pembangunan Bandaraya dan Industri (CIDCO) sepanjang daerah-daerah Thane dan Raigad untuk membantu menempatkan dan mengawal kependudukan Bombay.
- Pada 27 Julai, dia telah didesak untuk meminta maaf kepada anggota bomba negeri yang telah berjaya mengawal kebakaran hutan pada musim panas, kerana mempersoalkan kebolehan dan skill mereka; Burns juga dibidas dengan hebat.
- Tambahan lagi, dwilapisan tidak dapat ditembusi oleh ion-ion, lantas membenarkan sel-sel untuk mengawal kepekatan garam dan tahap pH dengan mengepam ion merentasi membrannya menggunakan protein-protein yang dinamakan pam ion.
- Para strategi parti tersebut telah mencipta dasar aparteid (yang dikuatkuasakan pada tahun 1948), suatu cara untuk mengawal sistem ekonomi dan sosial negara dengan mengekalkan penguasaan kulit putih dan diskriminasi perkauman.
- Jejantas udara Petronas juga sebenarnya diperkukuhkan lagi dengan 2 kaki retort yang setiap satunya berkembar 2, panjang setiap satu kaki iaitu 51 m dari, ia dihubung pasakkan di suatu bola keluli besar bagi mengawal ayunan jejantas.
- Pada tahun 1857, dia nyaris terkorban semasa pemberontakan serius pendatang China di Sarawak; tetapi dengan sokongan oleh orang Melayu dan Dayak yang setia pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan dan Brooke kembali mengawal kerajaannya.
- Tentera British mempunyai rancangan Operasi Matador melibatkan penempatan pasukan Tentera British di wilayah Thai untuk mengawal kawasan dipanggil “The Ledge†di pertengahan jalan antara Songkhla dan Sadao untuk menyekat kemaraan askar Jepun.
- Untuk mengawal lapangan minyak, mengawal rusuk mereka semasa mara ke Malaya dan untuk memudahkan serangan mereka ke atas Sumatera dan Jawa barat, pihak Jepun memutuskan, sebagai operasi sampingan kepada kempen Malaya mereka, untuk merampas British Borneo.
- Peranan utama cawangan ini adalah untuk menyelaras, mengawal dan menyatukan serta mengembangkan 'NATO CodificationSystem' di dalam pengurusan inventori ketiga-tiga perkhidmatan ATM dan mengembang ke Jabatan Kerajaan lain apabila berupaya berbuat demikian.
- Ngah Ibrahim bersungguh-sungguh mahu mengawal keadaan dan mengambil seorang pegawai Inggeris, Kapten Tristam Speedy untuk membantunya mentadbir Larut dengan aman supaya peniaga di Pulau Pinang tidak merungut dan pihak British tidak memberikan tekanan politik.
- Pewaris abad ke-17 beliau, Galileo Galilei, Johannes Kepler dan Isaac Newton, mengembangkan kefahaman fizik yang telah membawa kepada penerimaan beransur dari idea bahawa Bumi berputar mengelilingi Matahari dan bahawa planet dikawal oleh hukum fizikal sama yang mengawal Bumi.

No comments:
Post a Comment