Friday, February 3, 2017

Bina Ayat dengan Perkataan "jangan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "jangan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat bagi Perkataan
  1. Lagu seperti "Apa Khabar Orang Kampung" mengajak peminatnya supaya jangan lupa pada asal usul kita.
  2. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangi mu dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku".
  3. Maka Laksamana pun terpaksa pergi, tetapi sebelumnya membuat sebuah lingkaran sakti sekeliling Sita supaya jangan ada yang mampu menculiknya.
  4. Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.
  5. Lagunya mengajak masyarakat menghargai alam sekitar, menyedari kepentingan pendidikan, menghormati dan yakin pada diri sendiri, disiplin dan jangan mudah lupa asal usul atau jati diri.
  6. Beliau telah berkata beliau tidak mungkin mengeluarkan kemungkinan-kemungkinan ini daripada pengiraan beliau dan mendesak kami supaya jangan berbuat demkian meskipun kita hanya ingin merasakannya."
  7. Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati.
  8. Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
  9. Shah jangan nak sorok-sorok dari Lin tau.nihh..bunga nih..untuk saper.untuk minah yang pakai baju bunga-bunga kann.tadi dia ader..menangis..sebab lelaki idaman dia boyfriend orang!tak nak kejar kerr.kang sesat tidak jumpa jalan balik kang
  10. Ketika hayatnya, beliau mengunakan pendekatan bahawa media dan wartawan Melayulah yang diharap untuk mendekati dan mendaulatkan dunia filem Melayu dan dengan itu, karyawan filem jangan terlalu sensitif dengan kritikan serta menjadikan wartawan Melayu sebagai musuh.
  11. Galileo ke Rom untuk membela diri terhadap tuduhan-tuduhan itu tetapi pada tahun 1616, Kardinal Roberto Bellarmino sendiri menegur Galileo supaya jangan menyokong atau mengajar astronomi Copernicus disebabkan itu berbeza dengan pemahaman Kitab-kitab Suci yang telah diterima.
  12. Melalui sebuah edik pada 28 Mac 1930, pihak berkuasa Turki secara rasmi meminta orang asing supaya jangan merujuk kepada Istanbul dengan nama-nama tradisional yang bukan Turki, umpamanya Constantinople, tetapi menggunakan nama "Istanbul" sebagai nama yang tunggal dalam semua bahasa asing.


No comments:

Post a Comment