Contoh Ayat menggunakan Perkataan "isyarat" dalam bahasa Melayu
- Jam radio bergantung pada isyarat waktu stesen radio.
- Satu contoh lazim isyarat tempoh tidak terhingga ialah:
- Sebarang isyarat analog adalah bersifat selanjar aslinya.
- Nilai isyarat tempoh terhingga mungkin atau mungkin tidak terhingga.
- Telefon bimbit moden juga memancarkan dan menerima isyarat dalam spektrum UHF.
- Penerima satelit menyahmodulasi dan menukarkan isyarat ke bentuk yang dikehendaki .
- Beberapa pancaran isyarat masa memberi pengumuman bersuara akan ketika lompat mendatang.
- Peranti ini menggunakan isyarat gelombang radio atau infra sebagai perantaraan pemancaran.
- Teknik ini boleh menghasilkan keluaran fasa apabila isyarat stereo diadunkan menjadi mono.
- Fasa laluan isyarat dari satelit ke stesen penerima Bumi dipanggil laluan menurun (downlink).
- Sebagai perbandingan, isyarat masa diskret mempunyai domain boleh bilang seperti nombor asli.
- Isyarat amplitud dan masa selanjar dikenali sebagai isyarat masa selanjar atau isyarat analog.
- Penyerapan atmosfera mengurangkan, atau mengecilkan, kekuatan isyarat radio melalui jarak jauh.
- Makin besar diameternya, maka makin tepatlah sasarannya dan makin kuatlah isyarat kepada satelit.
- UHF dan VHF adalah jalur frekuensi yang paling banyak digunakan untuk pemancaran isyarat televisyen.
- Perkhidmatan subpembawa FM ialah isyarat sekundar yang dipancarkan secara "menggendong" isyarat utama.
- Dari tahun 1902 hingga 1907, Arthur Korn menjayakan ciptaan litar penyesuaian isyarat untuk pemancaran imej.
- Kini, batu hanya boleh didapati di isyarat jalan raya Amerika Syarikat, United Kingdom, Liberia dan Myanmar.
- Dalam isyarat kereta api, kuning sering digunakan untuk isyarat dari jauh sebagai amaran atau mengurangkan laju.
- Penerimanya "ditala" untuk membalas kepada isyarat yang dikehendaki, sambil menolak isyarat yang tidak dikehendaki.
- Pengulang digunakan untuk menyebarkan isyarat UHF apabila perlunya jarak yang lebih jauh daripada garis penglihatan.
- Pemancar ini mengandungi sistem memodulatkan sesetengah sifat tenaga yang dihasilkan untuk menekankan isyarat padanya.
- Dilengkapi senjata dan di isi minyak, B-52s menunggu untuk isyarat "pergi", duduk di garis persediaan landasan mereka.
- Radom dibina daripada bahan-bahan kurang kekuatan terhadap isyarat elektromagnetik yang dihantar atau diterima oleh antena.
- Di pihak penerima, arus-arus ini dinyahmodulatkan, iaitu ditukarkan menjadi bentuk isyarat berguna oleh subsistem pengesan.
- Di banyak negara Barat meluruskan jari tengah dan menunjukkannya ke atas dikenali ramai sebagai suatu gerak isyarat yang lucah.
- Unit penghantar dipanggil pemancar , manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima .
- Dari tahun 1931 hingga 1933, stesen W9XD di bandar Milwaukee, Wisconsin memancarkan beberapa isyarat televisyen VHF yang terawal.
- Pengayun ini diatur agar komponen-komponen penentuan frekuensinya termasuk satu unsur yang boleh dikawal oleh isyarat maklum balas.
- Kronometer marin moden mungkin berasaskan jam kuarza yang dibetulkan dari masa ke semasa oleh isyarat GPS atau isyarat waktu radio .
- Isyarat selanjar atau isyarat masa selanjar merupakan kuantiti berubah-ubah yang domainnya, iaitu lazimnya masa, merupakan kontinuum .
- Untuk sesetengah kegunaan, kesinggularan tidak terhingga diterima selagi isyarat itu boleh dikamir di atas sebarang selang terhingga .
- Sistem-sistem radio terawal bergantung sepenuhnya pada tenaga yang dikumpul oleh antena untuk menghasilkan isyarat untuk pengendalinya.
- Isyarat diskret yang digunakan dalam pemprosesan isyarat digital, boleh diperoleh dengan mensampel dan mengkuantumkan isyarat selanjar.
- Oleh itu, stesen FM 100,000 watt boleh diperdengarkan sejauh 100 batu , ataupun jauh lagi jika tiadanya isyarat yang bersaing dengannya.
- Jika magnitud hingar cukup besar, maka isyarat yang dikehendaki tidak boleh ditafsirkan lagi; inilah had asas pada julat komunikasi radio.
- Sebaik sahaja kedudukannya dipuratakan, barulah unit GPS dapat menentukan waktu tepat meskipun hanya menerima isyarat dari satu dua satelit.
- Satelit yang digunakan untuk isyarat televisyen secara amnya berorbit amat bujur atau geopegun pada paras 37,000 km di atas khatulistiwa Bumi.
- Sebaliknya, jam radio menerima isyarat waktu berkod dari sebuah stesen radio yang menerima maklumat waktu dari sebuah jam atom yang sebetulnya.
- Keselanjaran pemboleh ubah masa berkenaan dengan hukum kepadatan nombor nyata bererti nilai isyarat itu boleh ditemui di sembarangan tika masa.
- Dalam kebanayakn bidang, kelazimannya adalah bahawa isyarat selanjar mestilah nilai terhingga, iaitu lebih masuk akal dalam hal isyarat fizikal.
- Pemantulan gelombang radio boleh membantu memancarkan isyarat radio melalui jarak jauh kerana gelombang melantun ulang-alik dari langit ke bumi.
- Dalam peraturan-peraturan lebuh raya, kuning ialah warna lampu isyarat yang bermaksud "memperlahankan", "awas", atau "kurangkan kelajuan di hadapan".
- Kronometer kuarza ini tidak semestinya jam kuarza yang paling jitu apabila tiada isyarat untuk diterima, malah isyarat itu boleh hilang atau dihambat.
- Dalam pertempuran inilah Lord Nelson juga "memasang mata butanya pada teleskop" agar tidak dapat menerima isyarat Laksamana Parker untuk meletak senjata.
- DTTV diterima melalui sebuah set-top box digital, atau peranti penerimaan bersepadu, yang menyahkodkan isyarat yang diterima melalui sebuah antena biasa.
- Generally isyarat ELF digunakan untuk mengarahkan kapal selam timbul ke kedalaman yang lebih rendah dimana ia dapat menerima komunikasi dalam bentuk lain.
- Dilihat sebagai graf perbandingan frekeuensi dan kuasa, isyarat AM menunjukkan kuasanya di mana frekuensi bunyi dinaik turun bersama frekuensi radio utama.
- Saluran-saluran analog boleh mengandungi rancangan alternatif seperti khidmat pembacaan untuk golongan cacat penglihatan, muzik latar atau isyarat bunyi stereo.
- Tundaan masa diukur untuk isyarat yang melengkung dekat Matahari, menuju ke arah Zuhrah dan melambung kembali ke Bumi di sepanjang laluan yang lebih kurang sama.
- Kesan ini tidak timbul daripada segi-segi teknikal jam mahupun hakikat bahawa isyarat memerlukan masa untuk dirambat, sebaliknya dari sifat ruang masa itu sahaja.
- Kornea dan kanta akan menumpukan cahaya yang masuk ke atas retina, yang mengaktifkan suatu tindak balas kimia dan menghasilkan isyarat yang untuk dihantar ke otak.
- Kebanyakan tingkah laku yang dilihat di Internet pada hari ini ditujukkkan pada abad ke-19 dan boleh dikatakan pada jaringan lebih awal menggunakan isyarat boleh dilihat.
- Radio menjadi semakin berguna setelah diciptanya peranti-peranti elektronik seperti tiub vakum, disusuli oleh transistor, yang membolehkannya menguatkan isyarat yang lemah.
- Frekuensi tinggi ialah julat frekuensi antara 3 MHz hingga 30 MHz dengan jarak gelombang 10–100 m. Frekuensi dalam julat ini digunakan untuk penghantaran isyarat ionosfera.
- Baird menebus kegagalan pencipta TV sebelumnya dengan memperoleh sel fotoelektrik yang lebih bermutu dan mempertingkatkan penyesuaian isyarat dari fotosel dan amplifier video.
- Isyarat satewlit downlink yang agak lemah setelah melalui jarak yang amat jauh , diterima oleh piring penerimaan parabola yang memantulkan isyarat lemah itu ke titik fokus piring.
- Julat pemancaran VHF ialah satu fungsi kuasa pemancar, kepekaan penerima, dan jarak ke ufuk, kerana isyarat VHF tersebar di bawah keadaan normal seperti fenomena garis penglihatan.
- Prinsip pengendalian jam atom tidak berasaskan fizik nuklear, sebaliknya menggunakan isyarat gelombang mikro persis yang dipancarkan oleh elektron dalam atom apabila berubah aras tenaga.
- Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain.
- Perkataan teleskop biasanya merujuk kepada teleskop optik, tetapi selain itu terdapat juga teleskop yang digunakan untuk kebanyakan spektrum sinaran elektromagnet dan untuk isyarat jenis lain.
- Radio AM menggunakan pemodulatan amplitud, yang mana amplitud isyarat yang disiarkan dikadarkan dengan amplitud bunyi yang dirakam oleh mikrofon, hanya frekuensi yang dipancarkan tidak berubah.
- Jam radio yang disegerakkan dengan isyarat waktu bumi boleh mencapai ketepatan sekitar 1 miliketika relatif dengan piawaian waktu, sekadar dibatasi oleh ketaktentuan dan keberubahan perambatan radio.
- Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut.
- Pada hari peperangan, ketika tentera Parsi yang sedang mengasak tentera Islam, Panglima Besar Khalid memberi isyarat kepada pasukan berkuda yang bersembunyi di sebalik bukit untuk membuat serangan balas.
- Gerak isyarat itu menyekat bantuan NATO untuk mengatasi kegawatan ekonomi Mesir.Perjanjian ini akan menjadi pemangkin kepada perjanjian serupa antara Arab dengan Israel bagi menyelesaikan masalah Palestin.
- Segelintir radio hams merakam isyarat ELF menggunakan antena buatan rumah yang sangat besar, lalu dimainkan balik pada kelajuan yang lebih tinggi untuk to catch natural fluctuations in the medan elektromagnet Bumi.
- Bagaimanapun, senarai tersebut hanya meliputi penyedia wayar tembaga dari Ibu Sawat ke pengguna, bukan mereka yang hanya menyediakan "Voice over IP" atau yang hanya menghantar isyarat suara antara ibu sawat-ibu sawat.
- LNB ini meluaskan isyarat yang agak lemah itu, menapis blok-blok frekuensi yang mana isyarat TV satelit dipancarkan, dan menukarkan blok frekuensi kepada lingkungan frekuensi yang lebih rendah dalam lingkungan jalur L.
- Selalunya, isyarat yang dikehendaki terdedah kepada perubahan akibat hingar; gangguan elektromagnet ini timbul dari pengaruh semula jadi dan juga buatan manusia seperti pemancar lain dan sinaran lain yang tidak disengajakan.
- Dilasi masa graviti juga telah disahkan oleh uji kaji Pound–Rebka, pemerhatian terhadap spektrum-spektrum kerdil putih Sirius B dan ujikaji-ujikaji dengan isyarat waktu yang dihantar berulang-alik dengan kuar Marikh Viking 1.
- Apabila teknologi berkembang, protokol komunikasi pun berubah, misalnya Thomas Edison mendapati bahawa perkataan hello ialah sapaan yang paling tidak meragukan berbanding hail yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut.
- Sekurang-kurangnya sebuah kronometer kuarza yang dicipta untuk pemanduan arah termaju memanfaatkan berbilang kristal kuarza yang dibetulkan oleh komputer dengan menggunakan nilai purata di samping pembetulan oleh isyarat waktu GPS.
- Di kebanyakan tempat di dunia, perkhidmatan televisyen satelit menjadi tambahan kepada isyarat terestrial yang lebih lama dengan menawarkan kepelbagaian perkhidmatan dan saluran yang lebih besar, termasuk perkhidmatan langganan sahaja.
- Transponder itu 'memancarkan semula' isyarat kembali ke Bumi pada jalur frekuensi yang berlainan (untuk mengelakkan gangguan dengan isyarat uplink), iaitu lazimnya dalam jalur C (4–8 GHz) atau jalur Ku (12–18 GHz) atau kedua-duanya.
- Ini merupakan perbendaharaan kata dengar yang disusuli pula dengan perbendaharaan bacaan apabila seseorang kanak-kanak semakin bergantung kepada keupayaannya untuk menyatakan pendapat tanpa membatas diri kepada gerak isyarat dan bunyi sahaja.
- Rangkaian televisyen satelit kebangsaan yang pertama, dipanggil Orbita, dibuka di Kesatuan Soviet pada 1967, berdasarkan prinsip penggunaan satelit Molniya yang amat bujur untuk tujuan penyiaran semula dan penyampaian isyarat TV ke stesen-stesen downlink bumi.
- Kecederaan dan kataraks memberi kesan kepada mata itu sendiri, sementara keluarbiasaan seperti hypoplasia saraf optik memberi kesan kepada himpunan saraf yang menghantar isyarat dari mata kepada belakang otak, yang mampu mendorong kepada kekaburan penglihatan.
- Tatarajah ini menghasilkan isyarat yang serasi mono sekali, dan jika isyarat Tengah dan Sisi dirakam (bukannya Kiri dan Kanan yang dimatrikskan), maka lebar stereo boleh diolah setelah rakaman dijalankan, menjadikannya berguna khususnya untuk projek berasaskan perfileman.
- UK mempunyai lima saluran televisyen yang utama, iaitu BBC One, BBC Two, ITV1, Channel 4 dan Five, yang kini dipancarkan melalui isyarat terestrial analog dan digital; BBC One dan BBC Two dibiayai oleh dana awam, manakala tiga yang lain itu adalah penyiar swasta yang dibiayai oleh pengiklanan.
- Sejak ketika itu, sebagai sebuah isyarat menentang hukuman mati tersebut, penduduk tempatan mengganti warna Koloseum di malam hari dari putih menjadi emas dengan menggunakan penerangan berupa lilin dan lampu neon sampai pada ketika di mana seluruh dunia menghapuskan tindakan penghukuman mati itu.
- Begitu juga, saiz panel yang laris untuk HDTV berharga sederhana adalah 1366 x 768 dan selalu diiklankan sebagai "serasi" 1080i - namun, meskipun dapat menerima isyarat 1080i pun terpaksa mengecilkannya agar muat dengan saiz 1366x768 kerana tidak mampu memaparkan leraian 1920x1080 atas sebab fizikal.
- Hon suapan ini secara asasnya merupakan bahagian hadapan yang kembang pada satu bahagian pemandu gelombang yang mengumpul isyarat pada atau dekat titik fokus lalu 'mengkonduksikannya' ke suatu jarum atau pikap yang disambungkan pada penukar turun blok berhingar rendah (Low-noise block downconverter, LNB).
- Ketika penghujung instrumen kekal analog, isyarat-isyarat analog yang sampai ke titik agregat atau Central Office (CO) kemudian ditukarkan ke isyarat digital.Kemudiannya, Pembawa Gelung Digital (DLC) membawa beberapa talian analog telefon ke CO,dengan menggunakan wayar kuprum dan sekarang telah menggunakan gentian optik.
- Terdapat empat prinsip utama di mana pengguna yang menggunakan penerima telefon boleh disambungkan kepada jaringan telefon: "talian darat" tradisi telefon kekal, di mana sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi; wireless dan telefon radio, yang menggunakan samaada isyarat radio analog atau digital; telefon satelit, yang menggunakan satelit komunikasi; dan telefon suara melalui protokol internet , yang menggunakan perhubungan capaian Internet Jalur Lebar.
- Multitrack Studio, dari Bremmers Audio Design , menggunakan turas khas untuk menimbulkan kesan "pseudo-stereo": turas "tunda" (shelve) mengarahkan frekuensi rendah ke saluran kiri dan frekuensi tinggi ke saluran kanann, dan turas "sikat" (comb) pula melengahkan sedikit pemasaan isyarat antara kedua-dau saluran, tidak ketara pada telinga manusia (turas sikat membolehkan julat pengolahan antara 0 dan 100 milisaat), sambil menyumbang kepada kesan "membesarkan" lagi ruang pengumandangan rakaman mono asli.
No comments:
Post a Comment