Contoh Ayat menggunakan Perkataan "berperlembagaan" dalam bahasa Melayu
- Turki ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratik, sekular, dan satuan.
- Voltaire mengatakan bahawa Perancis patut mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan menamatkan instituti Estat Kedua.
- Menurut Perlembagaan Jepun tahun 1947, Jepun ialah sebuah negara raja berperlembagaan di bawah pimpinan Maharaja dan Diet Jepun.
- Amerika Syarikat ialah sebuah negara republik berperlembagaan persekutuan yang terdiri daripada lima puluh negeri dan satu daerah persekutuan.
- Kanada ialah sebuah negara persekutuan yang ditadbir sebagai demokrasi berparlimen dan negara raja berperlembagaan dengan Ratu Elizabeth II selaku ketua negara.
- Dalam abad yang berikutnya, Perancis akan ditadbir dalam pelbagai bentuk iaitu sebagai republik, pemerintahan diktator, raja berperlembagaan dan dua empayar yang berbeza.
- Berbeza dengan sistem raja berperlembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam kerajaan monarki mutlak.
- Menjelang lewat abad ke-20, kebanyakan negara-negara di seluruh dunia mempunyai seorang Perdana Menteri atau menteri yang serupa yang memegang jawatan di bawah sistem negara Raja berperlembagaan atau presiden istiadat.
- Pegawai-pegawai ini melaksanakan hampir semua kuasa raja berperlembagaan dengan tugas-tugas yang kebanyakannya simbolik dan tidak berbentuk eksekutif, tetapi mereka juga memegang kuasa songsang yang bergelar Prerogatif Diraja.
- Pemberian perkenan diraja merujuk kepada kaedah dimana raja berperlembagaan secara formal meyatakan persetujuannya terhadap tindakan-tindakan parlimen negaranya, sekaligus menjadikan tindakan parlimen itu sebagai undang-undang .
- Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja berperlembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah.
- Dalam majoriti monarki-monarki berperlembagaan kini, perkenan diraja kini hanyalah sebahagian proses rasmi; meskipun dalam negara-negara yang memberikan kuasa kepada rajanya untuk tidak berkenan akan tindakan parlimen mereka , raja yang dalam negara-negara ini hampir tidak akan berbuat demikian kecuali pada keadaan kecemasan dari segi politik (lihat simpanan kuasa), atau pada kehendak kerajaannya.
- Pemikiran ahli-ahli liberalisme klasikal tidak yakin terhadap demokrasi terus "kerana tiada apa di dalam idea pemerintahan majoriti yang menunjukan bahawa kumpulan majoriti akan menghormati hak-hak harta peribadi ataupun undang-undang." Sebagai contoh, James Madison memperjuangkan republik berperlembagaan yang berdiri atas kebebasan peribadi dengan alasan bahawa demokrasi tulen "adalah perasaan atau kepentingan bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan majoriti dan tidak ada cara di dalam demokrasi tulen untuk menentang kuasa majority daripada pengorbankan pihak minoriti."
No comments:
Post a Comment