Contoh Ayat menggunakan Perkataan "gas" dalam bahasa Melayu
- Pil ini bertukar kepada gas "cyanide" yang maut.
- Bersama-sama, gas dan ais dirujuk sebagai pemeruap.
- Pendedahan kepada gas ini tidak harus melebihi 0.5 bpj .
- Ketika itu polis menembak pelu getah dan gas pemedih mata.
- Jauh di luar cakera najam mengandungi gas yang lebih tebal.
- Peneraju utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas.
- Aceh mempunyai khazanah sumber bumi seperti minyak dan gas asli.
- Antara jenis bahan api fosil ialah arang, petroleum, dan gas asli.
- Ia merupakan pengeluar kedua terbesar gas asli negara selepas Sindh.
- Sulfur membentuk sebatian stabil bersama semua unsur kecuali gas nadir.
- Ruang antara galaksi hampir kosong, kecuali bagi awan gas intergalaktik.
- Selepas kesemua di dalam bilik gas meninggal dunia, mayat mereka dibakar.
- telah menyusun lima loji swasta untuk mendapatkan helium daripada gas asli.
- Tumbuhan daratan juga membentuk kerogen jenis III, sejenis sumber gas asli.
- Hidrogen sulfida adalah gas yang bertanggungjawab untuk bau busuk telur-telur.
- Helium digunakan terutamanya sebagai gas pengangkat di dalam kapal-kapal udara.
- Bateri ini agak sensitif kepada kekasaran dan hanya mempunyai gas terhad di dalamnya.
- Dengan teleskop radio yang lebih baik, gas hidrogen boleh dijejak dalam Galaksi lain.
- Bahan api fosil termasuk bahan api diesel, petrol dan gas petroleum, dan juga propana .
- Tindakbalas eksotermik ini menghasilkan gas pada suhu dan tekanan tinggi yang dibenarkan.
- Rantau luaran dari Sistem Suria merupakan rumah kepada gergasi gas dan bulan besar mereka.
- Bintang merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri.
- Ekonomi wilayah ini bergantung kepada pengeluaran gas asli, arang batu dan bahan-bahan mineral.
- Peranti yang murah dapat dihasilkan apabila ia diselaraskan kepada campuran gas yang berkenaan.
- Pada masa yang sama, lampu gas yang menggunakan gas asli atau gas arang semakin laris digunakan.
- Apabila pelbagai gas melalui seramik polikristal polycrystalline, rintangan elektriknya bertukar.
- Di sini terdapatnya sumber petroleum dan gas asli di bawah dasar lautnya: lihat Minyak Laut Utara.
- Helium radiogenik ini terperangkap dengan gas asli, dengan kepekatan sehingga 7% mengikut isipadu.
- Unsur berkenaan yang tulen, mempunyai keadaan fizikal berbentuk gas berwarna kuning kehijauan, Cl2.
- Selepas analisis lanjut, Cady dan McFarland telah mendapati yang 1.84% sampel itu adalah gas helium.
- A380 boleh digunakan dengan bahan api jet sintetik campuran dengan komponen perolehan gas semula jadi.
- Kegunaan kecil helium yang lebih diketahui ialah sebagai gas pengangkat di dalam belon dan kapal udara.
- Oleh sebab itu, klorin adalah antara gas-gas yang digunakan semasa Perang Dunia Pertama sebagai gas perang.
- Permulaan kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk Nebula.
- Di Bumi, gas ini agak jarang, dengan kelimpahan dalam atmosfera bumi hanya sebanyak 0.00052% mengikut isipadu.
- Namun bagi mereka yang lemah dan tidak berupaya, mereka akan dihantar ke kamar gas atau dijadi bahan eksperimen.
- Dalam perut buminya juga menyimpan gas asli, minyak dan pelbagai bahan galian yang hanya menunggu untuk diterokai.
- Bersama dengan klorin, proses kloralkali ini menghasilkan gas hidrogen dan natrium hidroksida, mengikut persamaan kimia
- Wasap ini terdiri daripada campuran gas klorin, kloramina dan nitrogen triklorida; maka campuran ini haruslah dielakkan.
- Selepas kegiatan petroleum dan gas aktif di Kerteh, bilangan penyu yang mendarat telah berkuranngan dari tahun ke tahun.
- Apabila dia mengira nisbah cas kepada jisim zarah baru ini, nilainya adalah berlainan apabila gas yang digunakan ditukar .
- Dalam beberapa tempat, seperti Teluk Mexico, struktur sedemikian sering kali bertindak sebagi perangkap petroleum dan gas asli.
- Tujuannya adalah untuk membekalkan belon-belon bedilan dengan gas yang lebih ringan daripada udara dan tidak boleh terbakar itu.
- Industri perlombongan di kawasan Alp menyumbang banyak sumber semula jadi seperti minyak, gas asli, zink, plumbum dan bijih besi.
- Sementara cakera yang mengandungi gas dan debu di mana menutup pandangan sesetengah panjang gelombang dan tiada komponen sferoid.
- Rizab-rizab besar yang lain adalah di Hugoton di Kansas dan medan-medan gas berdekatan Kansas dan di panhandle Texas dan Oklahoma.
- Yang paling pelik ialah, gas panas Gelembung Tempatan adalah kesan dari letupan supernova yang berlaku dua hingga empat juta tahun.
- Bintang tidak bertaburan sekata di alam semesta, tapi biasanya bergugusan di dalam galaksi bersama-sama gas dan debu antara bintang.
- Contoh lain termasuk gas karbon monoksida daripada ekzos kenderaan bermotor, atau sulfur dioksida yang dikeluarkan dari kilang-kilang.
- Sesetengah pihak menegaskan bahawa simpanan gas dan minyak Iran yang banyak meragukan daya maju ekonomi kuasa nuklear awam semata-mata.
- Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak.
- Campuran hidrogen-nitrogen ini disuntik dan disimpan di dalam medan gas Cliffside sehingga ia diperlukan; ketika itu barulah ia ditulenkan.
- Pelepasan gas beracun ketika masuk kembali ke atmosfera Bumi dalam pesawat Projek Ujian Apollo-Soyuz hampir juga menewaskan tiga angkasawan lagi.
- Ia amat tipis, dengan 0.26 atom per sentimeter padu; satu perlima ketumpatan medium antara najam dan dua kali ganda gas dalam Gelembung Tempatan.
- Seperti mana gas-gas lain yang lebih ringan daripada udara, jika gas ini disedut sedikit, ia akan mengubah kedalaman suara manusia untuk seketika.
- Sebagai gas klorin, ia berwarna kuning kehijauan, yang mana beratnya dua setengah kali ganda manakala baunya sangat menyesakkan dan sangat beracun.
- Helium mempunyai takat didih dan lebur yang terendah berbanding semua unsur lain serta wujud dalam bentuk gas kecuali dalam keadaan-keadaan ekstrem.
- Rusia kaya sekali dengan asas sumber semula jadi, termasuk simpanan besar kayu balak, petroleum, gas asli, arang, bijih dan sumber-sumber galian yang lain.
- Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas daripada Nebula sehingga termampat dan membentuk bebola gas.
- Sejumlah 5,700 m3 gas dengan 92% helium telah dihasilkan sepanjang program tersebut, meskipun sebelum itu kurang daripada satu meter padu gas telah diperolehi.
- Ini akan mengepam gas argon ke dalam sistem, termasuk juga caj tenaga kimia yang membolehkan peluru berpandu, antena IFF, dan penunjuk pensasar mendapat kuasa.
- Satu daripada empat enjin A380 campuran menggunakan satu campuran 60 peratus kerosin jet standard dan 40 peratus bahan api gas ke cecair dibekalkan oleh Shell.
- Dr. Robin Barnard et al menghipotesiskan bahawa ini adalah lubang hitam calon atau bintang neutron, yang memanaskan gas ke juta kelvin dan mengeluarkan sinaran-X.
- Pelabuhan ini sekaligus merupakan pintu masuk bagi pengaruh kebudayaan Barat di Jepun, termasuk surat kabar harian dan lampu penerangan jalan berbahan bakar gas .
- Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.
- Pakaian seseorang dapat melepaskan Sarin bagi tempoh lebih kurang 30 minit selepas ia terkena gas Sarin, dan ini boleh membawa kepada pendedahan kepada orang lain.
- Austria bukan ahli OPEC tetapi ibu pejabat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum terdapat di Vienna dan Austria masih menghasilkan petroleum dan gas asli.
- Namun begitu, enjin pembakaran berterusan seperti enjin pesawat, kebanyakan roket, dan banyak turbin gas juga dikelaskan sebagai jenis-jenis enjin pembakaran dalam.
- Ia merupakan gas monoatom tidak berwarna, tidak berbau, tidak berasa, tidak beracun dan lengai yang terletak di tempat teratas dalam kumpulan gas adi dalam jadual berkala.
- Di AS, meskipun industri tenaga eletrik daripada arang batu dan gas diramalkan bernilai $85 bilion menjelang 2013, janakuasa tenaga nuklear dianggarkan bernilai $18 bilion.
- Enjin dengan pengubahsuaian yang bersesuian boleh juga digerakkan dengan gas hidrogen, gas kayu atau gas arang, serta daripada gas pengeluar yang terhasil daripada biojisim.
- Pada 1903, simpanan helium yang besar telah ditemui di medan-medan gas asli di kawasan-kawasan Amerika Syarikat, yang sehingga hari ini menjadi pengeluar terbesar gas helium.
- Sebaliknya, hidrogen cenderung untuk bergabung dengan atom-atom lain dalam bentuk sebatian, atau dengan dirinya sendiri untuk menghasilkan gas hidrogen dwiatom yang biasa, H2.
- Sulfur yang dikeluarkan dari minyak, gas dan Pasir Minyak Athabasca telah menjadi bekalan lebihan dalam pasaran, dengan simpanan stok sulfur yang sangat besar di serata Alberta.
- Iklan televisen dan filemnya terkenal di Malaysia kerana unsur lucu dan kasih sayang di antara budaya, terutama sekali iklannya bagi Petronas, syarikat minyak dan gas kebangsaan.
- Enjin pembakaran dalam ditakrifkan dari fungsinya yang dilakukan oleh gas panas yang berkembang yang bertindak secara langsung untuk menggerakkan bahagian-bahagian enjin yang pejal.
- Ini menunjukkan bahawa meskipun ia agak jarang di Bumi, helium tertumpu dalam kuantiti yang banyak di bawah Dataran Besar Amerika, sedia untuk diekstrak sebagai bahan sampingan gas asli.
- Pernah sekali Dr Josef membuat garisan setinggi 150sm dari lantai di blok tahanan kanak-kanak dan bagi mereka yang tidak mencapai ketinggian ini telah dihantar ke kamar gas untuk dibunuh.
- Fakta bahawa ia boleh digambarkan sinaran ditunjukkan oleh ahli Fizik British William Henry Bragg pada 1910, apabila dia menunjukkan bahawa sinaran ini mengionkan gas sama seperti sinar X.
- Karbon dioksida merupakan salah sejenis gas rumah hijau yang menguatkan pemaksaan bersinar, maka menyumbang kepada pemanasan global yang mana purata suhu permukaan Bumi naik sebagai kesannya.
- Radiasi ini membenarkan kajian mengenai Galaksi yang lebih baik kerana ia tidak terjejas oleh penyerapan debu dan Doppler shiftnya boleh digunakan untuk memetakan pergerakan gas dalam Galaksi.
- Apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlaku pelakuran nuklear gas hidrogen yang membebaskan helium, haba, dan cahaya.
- Pada tahun 1944, Hendrik van de Hulst menjangkakan radiasi microwave pada jarak gelombang 21 sentimeter, terhasil dari gas hidrogen atomik interstellar atomic; radiasi ini dikesan pada tahun 1951.
- Pada tahun 2007, Pentadbiran Penerangan Tenaga Amerika Syarikat mengganggarkan bahawa 86.4% penggunaan tenaga sedunia berpunca dari bahan api fosil, iaitu 36.0% petroleum, 27.4% arang, 23.0%gas asli.
- Dengan bantuan ahli-ahli kimia Hamilton Cady dan David McFarland, beliau telah menemui yang isipadu gas itu terdiri daripada 72% nitrogen, 15% metana , 1% hidrogen dan 12% gas yang tidak dikenalpasti.
- Loji-loji helium yang baru dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2012 di Qatar, Rusia dan negeri Wyoming di Amerika Syarikat, namun pembukaan loji-loji ini tidak dijangka akan memulihkan kekurangangas ini.
- Walaupun proses pengekstrakan helium yang menggunakan pencecairan gas pada suhu yang rendah tidak dibangunkan cukup awal untuk memberi kesan yang penting dalam Perang Dunia Pertama, pengeluaran tetap diteruskan.
- Petroleum dan gas asli terbentuk daripada pereputan anaerobik bangkai hidupan termasuk fitoplankton dan zooplankton yang mendap pada dasar laut secara berbanyak-banyak dalam keadaan anoksia pada jutaan tahun dahulu.
- Menjelang tahun 1995, satu bilion meter padu gas itu telah dikumpulkan dan rizab ini berhutang sebanyak US$1.4 bilion, dan ini memaksa Kongres Amerika Syarikat untuk menghentikan rizab ini secara berperingkat pada 1996.
- Sebahagian daripada gas ini telah digunakan di dalam kapal udara helium pertama di dunia, C-7 milik Tentera Laut A.S., yang melalukan penerbangan pertamanya dari Hampton Roads, Virginia ke Bolling Field, Washington D.C.
- Caucasus mempunyai kepentingan ekonomi terhadap mineral dan sumber tenaga, seperti: alunite, emas, kromium, tembaga, timah, besi, raksa, mangan, molybdenum, plumbum, tungsten, uranium, zink, petroleum, gas asli, and arang batu .
- Dikecualikan untuk komponen penghantaran bahan api, kebanyakan enjin pembakaran dalam yang direkabentuk untuk kegunaan petrol boleh bergerak dengan menggunakan gas asli atau gas petroleum yang dicairkan tanpa pengubahsuaian major.
- Sesetengah bahan api, contohnya gas asli, hanya mengandungi komponen-komponen bergas yang mendidih pada takat yang amat rendah, manakala yang lain seperti petrol atau dieel mengandungi komponen yang mendidih pada takat yang lebih tinggi.
- Kilauan ini adalah seragam pada semua arah, tetapi sisa variasi kecil menunjukkan satu corak yang sangat khusus yang sama seperti yang dijangka sekiranya gas panas yang agak seragam diagihkan berkembang kepada saiz alam semesta masa kini.
- Dalam karyanya itu, beliau menghuraikan bahawa beliau menitiskan minyak vitriol (kini dikenali sebagai asid sulfurik) pada kapur untuk menghasilkan gas karbon dioksida lalu menggalakkan gas itu melarut di dalam sebiji mangkuk air yang teraduk.
- Mereka boleh dijumpai sebagai ais, cecair, atau gas dalam berbagai tempat di Sistem Suria, sementara majoriti satelit dari planet gergasi, baik juga kebanyakan dari uranus dan Neptun dan banyak sekali objek kecil yang berada melebihi orbit Neptun.
- Untuk program pemuliharaan helium ini, Biro ini telah membina satu talian paip sepanjang 684 km dari Bushton, Kansas, untuk menyambungkan loji-loji swasta itu dengan medan gas Cliffside milik kerajaan yang hampir habis, berhampiran Amarillo, Texas.
- Purata struktur dari rantau yang dicartakan dari Sistem Suria terdiri dari Matahari, empat planet yang relatifnya kecil yang dikelilingi oleh jalur dari batuan asteroid, dan empat gergasi gas yang dikelilingi oleh lingkaran Kuiper dari objek berais.
- Pada awal tahun 1950-an unit petrol Gasifier telah dibangunkan, where part on cold weather starts raw gasoline was diverted to the unit where part of the gas was burned causing the other part to become a hot vapor sent directly to the intake valve manifold.
- Kesan pengionan - alur sinar-X yang lintas melalui gas memindahkan tenaganya kepada molekul-molekul yang seterusnya akan berpecah kepada zarah yang bercas positif dan negatif.Kesan biologi - sinar-X bertindak dengan kesemua tisu hidup yang terdapat dalam badan.
- Ramsay sebenarnya sedang mencari gas argon, tetapi setelah beliau mengasingkan nitrogen dan oksigen daripada gas yang dibebaskan oleh asid sulfurik, beliau telah menemui satu garis spektrum kuning yang serupa dengan garis D3 yang diperhatikan dalam spektrum Matahari.
- Sewaktu menduduki jawatan Presiden pada tahun 2001, Bush menarik balik sokongan Amerika Syarikat kepada Protokol Kyoto, iaitu satu pindaan kepada Konvensyen PBB terhadap Perubahan Iklim yang bertujuan mengenakan sasaran wajib untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.
- Di luar lengan pilin besar adalah Gegelang Luaran atau Gegelang Monoceros, sebuah gegelang bintang di sekeliling Bima Sakti telah dicadangkan oleh Brian Yanny and Heidi Jo Newberg di mana terdiri daripada gas dan bintang yang koyak daripada galaksi lain berbilion-bilion yang lalu.
- Selepas satu operasi menggerudi minyak di Dexter, Kansas pada tahun 1903 mengeluarkan satu pancutan gas yang tidak boleh terbakar, ahli geologi negeri Kansas, Erasmus Haworth telah mengumpul contoh-contoh gas yang terlepas itu dan membawanya kembali ke Universiti Kansas di Lawrence.
- Kegunaan industri helium yang lain sebagai gas pemberi tekanan dan penyingkiran, serta sebagai atmosfera pelindung untuk kimpalan arka dan di dalam proses-proses seperti penumbuhan kristal untuk menghasilkan wafer silikon, merangkumi separuh daripada penggunaan gas helium yang dihasilkan.
- Takat haba dan tekanan tinggi yang terhasil menyebabkan jirim organik itu untuk berubah, mula-mula menjadi bahan melekit yang dipanggil kerogen yang ditemui dalam syal minyak, kemudian dengan lebih banyak haba, ia menjadi hidrokarbon cecair dan gas dalam proses yang dipanggil katagenesis.
- Pada 2003, Mikhail Lukin, dengan saintis di Universiti Harvard dan Lebedev Institute di Moscow, telah berjaya menghentikan sepenuhnya sinaran cahaya dengan melalukannya pada sesuatu jisim gasrubidium yang panas, atom tersebut dalam perkataan Lukin, "[dikatakan] seperti cermin kecil", hasil daripada interferen dalam dua sinaran "kawalan".
No comments:
Post a Comment