Contoh Ayat menggunakan Perkataan "cabang" dalam bahasa Melayu
- Terdapat banyak cabang bidang kesenian.
- Tentera moden terdiri daripada banyak cabang .
- bagi sejarah manusia, ia juga merupakan cabang metafizik.
- Terdapat banyak cabang undang-undang dikawal oleh common law.
- Kerja pentarikhan didalami oleh pelbagai cabang ilmu arkeologi.
- Majoriti tuntutan undang-undang adalah dibawa dalam cabang tort.
- Sungai Chiku juga merupakan salah satu cabang terbesar Sungai Kelantan.
- Magi ini berpegang kepada ajaran Zurvanisme, salah satu cabang agama Majusi.
- Etimologi adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata.
- Bahasa Indo-Arya ialah salah satu cabang daripada keluarga bahasa Indo-Eropah.
- Optik klasik terbahagi kepada dua cabang utama: optik geometri dan optik fizik.
- Persamaan bagi cabang undang-undang ini dalam undang-undang sivil adalah delict.
- Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains.
- Tentera Udara Diraja Thai merupakan cabang udara bagi Angkatan Tentera Diraja Thai.
- Ini akan meletakkan bintang dalam cabang gergasi asimptot, fasa gergasi merah kedua.
- Tentera Laut Itali merupakan salah satu daripada empat cabang Angkatan Tentera Itali.
- Bahasa Kurdi merupakan anggota cabang bahasa Iran barat dari bahasa-bahasa Indo-Eropah.
- Seluruh cabang di atas kecuali Protestan masih menyebut persekutuan mereka sebagai Katolik.
- Pada masa ini, bintan dikatakan menaiki cabang gergasi merah dalam rajah Hertzsprung-Russell .
- Falsafah sains merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan asas, kaedah, dan implikasi sains.
- Tentera Udara Diraja Arab Saudi , merupakan cabang tentera udara bagi Angkatan Tentera Arab Saudi.
- Tentera Udara Diraja merupakan cabang perkhidmatan peperangan udara dalam Angkatan Tentera British.
- Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik.
- Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain.
- Dalam sistem berparlimen, badan perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif.
- Ia boleh diberi kepada semua cabang tentera termasuk SS dan perkhidmatan bantuan lain semasa Perang Dunia Kedua.
- Optics merupakan salah satu cabang fizik yang menerangkan ciri dan sifat cahaya dan hubungan cahaya dengan jirim.
- Nanoteknologi merupakan cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer .
- Perdana Menteri ialah menteri yang paling kanan dalam kabinet, sebahagian cabang eksekutif dalam sistem berparlimen.
- Liabiliti produk juga dikatagorikan sebagai satu cabang undang undang tort spesifik, iaitu undang-undang tort toksik.
- Qin Shi Huang telah diputerakan dalam Kerajaan Zhao, maka baginda menerima nama akhir Zhao, yang merupakan cabang "Ying".
- Secara teorinya melalui sistem ini, tiada suatu cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran sesebuah negara.
- Tentera Laut Diraja Australia atau Royal Australian Navy merupakan sebuah cabang laut di dalam Pasukan Pertahanan Australia.
- Cendekiawan-cendekiawan membahagikan bahasa-bahasa Slavik kepada tiga cabang utama, dengan setiap cabang mempunyai subcabang:
- Mereka yang menggunakan label ini juga membahagikan cabang menjadi kumpulan-kumpulan, dan kumpulan menjadi kompleks-kompleks.
- Manakala, Montesquieu dalam karyanya "Spirit of the Laws" telah mengembangkan idea Locke, dengan menambahkan cabang kehakiman.
- Walau bagaimanapun, kajian tentang sistem-sistem tulisan pada dirinya telah dianggap sebagai satu cabang linguistik tersendiri.
- Sesetengah ahli sains mempostulatkan bahawa terdapat juga cabang Slavik Utara; dialek Novgorod Lama merupakan salah satu saki-baki.
- Tisu erektil itu berpisah menjadi dua cabang 11 sentimeter, dengan lebih banyak cabang yang terletak berhampiran dengan mulut faraj.
- Sejak kelulusan Akta-Akta ini, Dewan Rakyat telah menjadi cabang paling berpengaruh Parlimen, kedua-duanya dalam teori dan dalam amalan.
- Kes lain bagi gergasi merah ialah bintang cabang gergasi asimptot yang menghasilkan karbon daripada helium dengan proses alfa ganda tiga.
- Bahasa Sindhi merupakan salah satu anak cabang bahasa Indo-Arya yang mempunyai wilayah sebar tutur di provinsi Sindh, Pakistan dan India.
- Ensiklopedia ialah sejenis karya rujukan, sebuah kompendium mengandungi ringkasan maklumat daripada semua cabang ilmu atau secara khusus.
- Sebaliknya, dalam sistem berpresiden, badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang kuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif.
- Rumpun bahasa Romawi, salah satu cabang dari rumpun bahasa Indo-Eropah, merupakan rumpun bahasa yang tumbuh dan berkembang dari bahasa Latin.
- Sulla dilahirkan dalam cabang Patrician Rom Silam gens Cornelia, tetapi keluarganya telah jatuh pada keadaan kepapaan pada masa kelahirannya.
- Dalam kebanyakan sistem perlembagaan, perundangan yang diluluskan dewan perlukan Perkenan Diraja cabang eksekutif untuk menjadi undang-undang .
- Sistem Semak dan Seimbang merupakan satu elemen demokrasi di mana setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan cabang kerajaan yang lain.
- Zen ialah cabang Mahayana yang tidak berapa menekankan kewujudan Bodhisattva, sebaliknya memberi tumpuan kepada aspek-aspek meditasi dalam agama.
- Dalam sesetengah bidang kuasa, legislasi mesti disahkan oleh cabang eksekutif kerajaan terlebih dahulu sebelum ia berkuatkuasa sebagai undang-undang.
- Menurut surat pekeliling dari setiausaha agung PKR, 222 cabang di seluruh negara diminta mengemukakan pencalonan mulai 27 Ogos hingga 12 September 2010.
- Bagaimanapun, istilah keluarga tidak dihadkan pada mana-mana satu peringkat "pokok" ini; umpamanya, keluarga Germanik ialah satu cabang bahasa Indo-Eropah.
- Kemudiannya seni Aria mula memasuki dunia opera dan dipelbagaikan kepada banyak cabang seperti Aria cantabile, Aria agitata, Aria di bravura, dan banyak lagi.
- Bahasa Manguean kemungkinannya berpisah dahulu, di ikuti oleh cabang Oto-Pamean sementara pemecahan bahasa Mixtecan dan bahasa Zapotecan berlaku kemudian lagi.
- Ia merupakan salah satu daripada lebih kurang lima ratus bahasa dalam keluarga bahasa Sino-Tibetan dan tergolong dalam cabang Tibeto-Burma keluarga bahasa ini.
- Perlembagaan Republik Kelima diluluskan melalui pungutan suara pada 28 September 1958 dan banyak mengukuhkan kekuasaan cabang eksekutif berhubungan dengan parlimen.
- Untuk manusia, jasad klitoris terbentang beberapa sentimeter ke arah atas serta ke belakang sebelum berpisah menjadi dua cabang yang dikenali sebagai krura klitoris.
- Ia merupakan tentera udara Itali, ditubuhkan sebagai sebuah cabang tentera yang bebas pada 28 Mac 1923, oleh Raja Vittorio Emanuele III dengan nama Regia Aeronautica .
- Selain soalan-soalan umum mengenai sains secara keseluruhan, ahli falsafah sains menimbang masalah yang termasuk dalam cabang sains tertentu seperti biologi atau fizik .
- Laut Arab mempunyai dua cabang utama: Teluk Aden di barat daya, menghubungkan Laut Merah dengan selat Bab-el-Mandeb; serta Teluk Cambay dan Teluk Kutch di pesisir India.
- Disebabkan undang-undang antarabangsa adalah satu cabang undang-undang yang baru perkembangannya tidak dapat dinilai dan kerelevanan dan proprietinya hangat dipertikaikan.
- Kesemua cabang ini kecuali Pengawal Pantai tertakluk di bawah pentadbiran Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang mana dikawal oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.
- Perundangan lazimnya dicadang oleh suatu ahli legislatif atau oleh cabang eksekutif, dan kemudiannya diperdebatkan oleh ahli-ahli legislatif dan dipinda sebelum diluluskan.
- Bagi cabang perundangan, dewan pertuanan iaitu Senat Filipina bertapak di Pasay, manakala dewan rakyatnya pula iaitu Dewan Perwakilan Filipina berada di Bandar Raya Quezon.
- Tradisi ini menyokong identifikasi bangsa Vandal dengan kebudayaan Przeworsk kerana kebudayaan Wielbark bangsa Goth kelihatan mengambil alih satu cabang kebudayaan tersebut.
- Sebuah bahasa yang terasing dalam cabang sendiri seringnya juga dipanggil sebagai satu pencilan, umpamanya bahasa Greek boleh dirujuk sebagai satu pencilan bahasa Indo-Eropah.
- Melalui cabang pelaburan TM International Sdn Bhd, TM telah membeli dan mengawal beberapa telekom permulaan yang mana kebanyakannya berada di kedudukan terdekat dengan rantau negara.
- Malah, pada penghujung fasa cabang gergasi asimptot, bintang akan menghamburkan lapisan luarnya, membentuk nebula planet dengan teras bintang yang terdedah, lalu menjadi kerdil putih.
- Berasaskan kerangka kereta kebal Mk III, Sturmgeschtz III pada asalnya dilengkapi dengan meriam pecutan-rendah, dan ditempatkan kepada cabang artileri bagi sokongan tembakan infantri.
- Semua ahli parti yang berdaftar sebelum 27 Jun dibenarkan mengundi bagi 18 jawatan di peringkat cabang - pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi serta 15 jawatan ahli jawatankuasa.
- Tentera Laut Diraja atau Royal Navy merupakan cabang perkhidmatan peperangan laut yang utama dalam Angkatan Tentera British (dan disebabkan ini merupakan satu cabang Perkhidmatan Kanan).
- Di dalam hampir semua cabang undang-undang, statut hanya memberikan kenyataan ringkas mengenai prinsip-prinsip asas, tetapi simpadan dan definasi definatif wujud hanya di dalam common law.
- Tentera Udara telah ditubuhkan sebagai sebuah cabang tentera yang bebas pada 28 Mac 1923, oleh Raja Vittorio Emanuele III dengan nama Regia Aeronautica (yang bermaksud "Tentera Udara Diraja").
- Wangsa Seljuk merupakan satu cabang kelompok Turki Oğuz Kınık yang menetap di persisian dunia Islam, di utara Kaspia dan Laut Aral di Kekhaganan Yabghu di pergabungan Oğuz pada abad ke-10.
- Gergasi merah yang biasa adalah yang dipanggil bintang cabang gergasi merah yang lapisan luarannya masih melakurkan hidrogen kepada helium, manakala terasnya pula ialah helium yang tidak aktif.
- Pada akhir tahun 50-an, Arafat bersama beberapa orang rakannya mengasaskan kumpulan "Fatah", sebuah gerakan nasionalis Palestin yang kemudiannya muncul sebagai sebuah cabang terpenting dalam PLO.
- Fizik kosmologi, salah satu cabang astronomi, merupakan salah satu pengajian struktur berskala besar bagi alam semesta dan mempelajari persoalan-persoalan asas tentang pembentukan danperkembangan.
- Ia terdiri daripada lima cabang iaitu Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat, Kor Marin Amerika Syarikat, Tentera Udara Amerika Syarikat dan Pengawal Pantai Amerika Syarikat.
- Dalam ilmu matematik, khususnya cabang dinamik matematik, masa diskret dan masa selanjar merupakan dua kerangka alternatif di mana dimodelkannya pemboleh ubah yang berevolusi mengikut peredaran masa.
- Istilah ini turut merujuk kepada tentera dengan fungsi utama bagi mengendali senjata sedemikian dan digunakan dalam organisasi bagi cabang pasukan bersenjata darat yang menggunakan senjata sedemikian.
- Setiap cabang berkuasa untuk “menyemak†cabang-cabang yang lain untuk memastikan kuasa diagihkan secara seimbang dan samarata diantara ketiga-tiga cabang iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.
- Pada tahun 2007, selepas AKP mempertahankan majoriti di Parlimen pada pilihan raya umum, timbulnya beberapa peristiwa yang menyentuh dasar sekular negara dan peranan kehakiman dalam cabangperundangan.
- Teknologi sering kali merupakan faktor tetapi isu ketenteraan-masyarakat turut memainkan peranan, hubungan antara artileri dengan cabang persenjataan lain, keberkesanan dan kecekapan juga turut dinilai.
- Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan.
- Istilah yang lebih popular digunakan dalam bahasa Inggeris ialah antiquity ataupun antiquarianism .Pertama kali istilah itu muncul adalah pada abad ke-15 sebagai salah satu cabang sejarah Renaissance Humanism.
- Sistem berparlimen dicirikan dengan tiadanya pengasingan kuasa yang ketara antara cabang eksekutif dan perundangan, maka mengamalkan resam sekatan dan imbangan yang berbeza berbanding dengan sistem berpresiden.
- Keluarga-keluarga bahasa boleh dibahagikan menjadi unit-unit filogeni yang lebih kecil, secara lazimnya dirujuk sebagai cabang keluarga disebabkan sejarah keluarga bahasa sering diwakili oleh gambar rajah pokok.
- Interpretasi undang-undang oleh cabang eksekutif atau kehakiman telah dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai penggubalan, terutama apabila cabang kehakiman terpaksa menyelesaikan pertindihan antara undang-undang .
- Karangan bunga majemuk muncul di ketiak daun, berumah satu, dengan bunga betina terkumpul di ujung membentuk bola dan bunga jantan tersusun dalam malai serupa untai, merah, jingga atau kuning pada cabang di bawahnya.
- Sebagai ibu negeri Catalonia, Barcelona merupakan pusat kerajaan Catala yang dikenali sebagai Generalitat de Catalunya; badan kerajaan yang paling penting ialah cabang eksekutif, parlimen dan Mahkamah Agung Catalonia.
- FIM-92 Stinger merupakan peluru berpandu permukaan-ke-udara pensasar infra merah mudah alih boleh dibawa yang dimajukan di Amerika Syarikat dan digunakan oleh semua cabang tentera US, yang mulai digunakan semenjak 1981.
- Bagaimanapun, istilah tentera biasa merujuk kepada cabang perkhidmatan tentera yang berperang berasaskan daratan, umpamanya Angkatan Tentera Malaysia,Tentera Singapura,Tentera Amerika Syarikat atau Armxe de Terre Perancis.
- 'Konflik undang-undang' membawa maksud yang tidak sesuai, kerana tujuan cabang undang-undang ini adalah untuk menyelesaikan masalah konflik antara dua sistem undang-undang yang timbul, dan bukannya untuk mewujudkan konflik.
- Kejayaan Seljuk ini membuka laluan kepada kebangkitan Kesultanan Seljuk Anatolia; yang berkembang sebagai cabang berasingan dalam Empayar Seljuk besar yang meliputi sebahagian Asia Tengah, Iran, Anatolia dan Asia Barat Daya.
- Biasanya perusahaan transnasional atau multinasional dapat masuk ke pemilikan dan pengaturan bertumpuk, dengan banyak cabang dan garis di berbagai daerah, banyak sub-kumpulan terdiri dari perusahaan dengan hak mereka sendiri.
- Pemilihan secara langsung barisan kepimpinan PKR, akan bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada 17 September hingga 3 Oktober 2010.
- Protestan merupakan satu cabang Kristian yang berpecah daripada Gereja Roman Katolik yang semakin cenderung kepada keduniaan dalam satu siri gerakan yang tercetus pada kurun ke-16 di Eropah yang dikenali sebagai gerakan Reformasi.
- Kepentingan Code Napolxon tidaklah boleh diperbesarkan kerana ia hanya merangkumi sesetengah cabang undang-undang khusus, dimana kod-kod lain pula mentadbir undang-undang koperat, undang-undang cukai dan undang-undang perlembagaan.
- Sistem berparlimen merupakan sejenis sistem kerajaan yang mana para menteri cabang eksekutif dipilih dari cabang perundangan dan bertanggungjawab kepada badan perundangan, sehingga terjalinnya cabang-cabang eksekutif dan perundangan.
- Langkah tersebut membolehkan kementerian-kementerian untuk pelbagai cabang industri dan pertanian menguruskan perdagangan luar dalam sektor-sektor bidang kuasa masing-masing tanpa perlu melalui birokrasi pertubuhan kementerian perdagangan.
- Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.
- NPO Energia telah dipertanggungjawab untuk keseluruhan stesen angkasa; bagaimanapun, kerja telah di sub-kontrak kepada KB Salyut, cabang pembangunan Khrunichev disebabkan kerja sedang dilakukan di Energia, Salyut 7, Soyuz-T dan kapal angkasa Progress.
- United Kingdom terkenal kerana tradisi “British Empiricismâ€, satu cabang falsafah ilmu yang menyatakan bahawa pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman sahaja adalah besar, dan juga “Falsafah Scotland†ataupun ‘Mazhab Akal Budi Scotland’ .
- Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di institusi pengajian tinggi di Terengganu iaitu salah satu cabang dalam bidang "kantin dan penyelenggaraan makanan" atau catering sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi.
- Juga, undang-undang sesetengah negara memberi kuasa kepada cabang eksekutif atau agensi kerajaan lain untuk mengeluarkan regulasi atau pengistiharan yang boleh membawa kuasa undang-undang, meskipun ini secara amnya tidak berkenaan perundangan secara sendirinya.
- Bentuk-bentuk lain huruf ini termasuklah sepasang huruf V yang bertindih cabangnya di tengah; dan satu bentuk kursif yang ditemui dalam tulisan bahasa Inggeris dan Jerman abad ke-19 yang berupa huruf "n" yang cabang kanannya melengkung menjadi bentuk "v" kursif .
- Sepanjang sejarahnya, aliran Mahayana tersebar ke seluruh Asia Dalam dan Asia Timur, di mana terbentuknya dua lagi cabang utama, iaitu agama Buddha Tibet (di Tibet, Mongolia, dan kawasan Himalaya); dan agama Buddha Asia Timur (di China, Jepun, Korea, dan Vietnam).
- Dalam pertengahan abad ke-19, kebanyakan opera sudah menjadikan Aria sebagai corak seninya dengan hanya meninggalkan sedikit bentuk lamanya kepada resitatif, manakala sesetengah opera lain menggunakan keseluruhan seni aria sebagai cabang baru kepada muzik orkestra.
- Dalam sesetengah kes, mahkamah dalam negara mungkin boleh memberi keputusan yang tidak memihak kepada suatu negara asing dalam satu perbicaraan, akan tetapi cabang ini adalah kompleks iaitu melibatkan pertembungan undang-undang antarabangsa dengan undang-undang kebangsaan.
- Bermula dengan tahun 2010, PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi , termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPT.
- Perakaunan merupakan satu cabang Sains matematik yang berguna didalam mencari punca kejayaan dan kegagalan di dalam perniagaan.Prinsip-prinsip perakaunan diaplikasi di dalam entiti perniagaan dalam tiga bahagian seni gunaan, dinamakan perakaunan, simpan kira, dan pengauditan.
- Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis.
- Undang-undang antarabangsa khusus atau Konflik Undang-undang adalah cabang undang-undang yang berkenaan timbulnya elemen undang-undang asing dalam penentuan sesebuah kes yang akan mempengaruhi keputusan kes berkenaan berikutan undang-undang yang mana dipilih sebagai lex causae.
- Angkatan Tentera British atau kadangkala dirujuk sebagai Angkatan Tentera Diraja, merupakan angkatan tentera bagi United Kingdom, ia mengandungi tiga cabang perkhidmatan profesional: Tentera Laut Diraja dan Kor Marin Diraja yang membentuk Perkhidmatan Laut, Tentera Darat British dan Tentera Udara Diraja.
- Sains politik merupakan cabang sains sosial yang banyak dipengaruhi oleh bidang-bidang lain seperti falsafah moral, falsafah politik, ekonomi politik, teologi politik, sejarah, dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan penentuan keadaan yang sepatutnya secara normatif serta kesimpulan ciri-ciri dan fungsi-fungsi negara yang diidamkan.
- Sains politik sebagai salah satu cabang sains sosial, menggunakan kaedah dan teknik yang berkenaan dengan jenis-jenis hasil penyelidikan yang dicari: bai sumber primer seperti dokumen bersejarah dan catatan rasmi, mahupun sumber sekunder seperti rencana jurnal ilmiah, penyelidikan tinjauan, analisa statistik, kajian kes dan pembinaan model.
- Liberalisme klasikal merupakan satu cabang falsafah liberalisme yang menekanan kerasionalan manusia, hak-hak harta peribadi, hak-hak semulajadi, kengkangan perlembagaan ke atas kerajaan, perlindungan hak-hak sivil, pasaran bebas dan kebebasan peribadi seperti yang diterangkan melalui penulisan Adam Smith, David Ricardo, Jeremy Bentham dan John Stuart Mill.
No comments:
Post a Comment