Contoh Ayat menggunakan Perkataan "berlangsung" dalam bahasa Melayu
- Konsert ini berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.
- Majlis berlangsung dengan lancar meskipun hujan lebat.
- Sebuah tahun dalam Kalendar Julian berlangsung selama 365.25 hari.
- Tempoh pemerintahan Raja Kurus berlangsung selama 20 hingga 30 tahun.
- Secara umum, zaman ini berlangsung antara 40,000 dan 10,000 tahun dahulu.
- Pertandingan akhir Malaysian Idol berlangsung pada awal bulan Oktober 2004.
- Perang saudara antara dua kumpulan negeri ini berlangsung dari 1861 sehingga 1865.
- Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.
- Acara kemuncak AJL ke-24 berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Januari 2010.
- Krisis Crimean 2014 sedang berlangsung iaitu pertikaian wilayah antara Rusia dan Ukraine.
- Cabutan untuk pertandingan kelayakan UEFA Euro 2012 berlangsung di Warsaw pada 7 Feb 2010.
- Lokasi terakhir ujibakat berlangsung selama dua hari di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
- Abad ke-10 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 901 hingga 1000 dalam kalendar Gregory.
- Perkahwinan yang berlangsung di Ipoh, Perak ini disifatkan sebagai Wedding of The Year 2000.
- Tanpa dirancang, kerjayanya di sana berlangsung selama hampir 20 tahun, satu rekod di Las Vegas.
- Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.
- Dia terbabit penggambaran di Jepun sekitar Julai, Penggambaran berlangsung di Studio Soho, Tokyo.
- Perang ini berlangsung selama 4 tahun dan terdapat 4000 markas di mana unit mujahideen beroperasi.
- SNIT berlangsung di kota-kota besar di Indonesia dan setiap kota mempunyai tema-tema yang berbeza.
- Peristiwa ini berlangsung di Wilayah Kansas dan pekan di barat Missouri di antara tahun 1854 dan 1858.
- Konsert tersebut berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, selama tiga hari, iaitu 12–14 Februari.
- Pertempuran ini berlangsung di tempat yang sekarang ialah Belgium, lebih kurang 12 km tenggara Brussel .
- Projeknya yang juga dikatakan projek abad ke-18 ini berlangsung selama 30 tahun, dari tahun 1750 - 1780.
- Hal ini berlangsung hingga tahun 1940-an, ketika sinyal waktu mulai disiarkan menggunakan radio oleh pemerintah.
- Perang Gettysburg berlangsung selama tiga hari, 1-3 Julai 1863 dan tentera Kesatuan berjaya mematahkan serangan.
- Konsert yang berlangsung selama dua hari ini mendapat kritikan positif, dan berjaya menggondol beberapa anugerah.
- Aishah pernah mencetuskan kontroversi apabila perkahwinan ketiganya berlangsung secara rahsia di Selatan Thailand.
- Askar-askar British dari Singapura dibawa masuk untuk mematahkan pemberontakan ini yang berlangsung selama sebulan.
- Satu siri Saros berlangsung hingga 1226-1550 tahun dengan 69-87 gerhana, dengan kira-kira 40 hingga 60 gerhana pusat.
- Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara.
- Bedilan berlangsung berterusan selama 160 jam dan berkembang ketika pasukan Mexico beransur mengelilingi kubu tersebut.
- Abad ke- SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 900 SM hingga 31 Disember 801 SM dalam kalendar Gregory.
- Acara kemuncak berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya Selangor, pada malam 10 Disember 1988, dihoskan oleh N.D.
- Pemerintahan baginda yang berlangsung melebihi enam puluh tiga tahun merupakan pemerintahan raja British yang paling lama.
- Pada 10 November 1945, tentera Inggeris mulai mengebom Surabaya dan perang sengit berlangsung terus menerus selama 10 hari.
- Abad ke-31 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 3100 SM hingga 31 Disember 3001 SM dalam kalendar Gregory.
- Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011) yang telah berlangsung pada April 2012.
- Dengan membawa konsep pentas Pemetaan Muzik , acara ini dijadualkan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 9 Januari 2011.
- Setakat mana mahkamah dilihat sebagai "menggubal" dalam cara ini memberitahu debat yang berlangsung mengenai aktivisme kehakiman .
- Pada tahun 1639, Keshogunan Tokugawa mula menguatkuasakan dasar sakoku yang berlangsung selama dua setengah abad yang disebut zaman Edo.
- Sebelum penyatuan antara Mesir Hulu dan Hilir yang berlangsung kira-kira tahun 3100 SM, tanah Mesir telah diduduki oleh desa-desa autonomi.
- Walaubagaimanapun lakonan Umie diiktiraf apabila menerima pencalonan kedua di Festival Filem Asia Pasifik yang berlangsung di Kuala Lumpur.
- Di Eropah Barat, Zaman Gangsa berlangsung sejak 2000 SM hingga 800 SM, dan di Timur Tengah, Zaman Gangsa bermula seribu tahun lebih dahulu.
- Pendrafan perjanjian telah dibuat secara tergesa-gesa dan kekeliruan serta percanggahan masih lagi berlangsung mengelilingi penterjemahan itu.
- Persiapan dalam jangka masa berbulan-bulan dilakukan sehinggalah kepada majlis pernikahan dan persandingan yang berlangsung secara gilang-gemilang.
- Majlis Anugerah Juara Lagu ke-25 berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 9 Januari 2011, siaran langsung bermula pada 9 malam di TV3 dan Hot FM.
- Tetapi kerana putaran bumi mengelilingi matahari hanya berlangsung selama 365.2422 hari, maka setiap satu millenium, Kalendar Julian akan berlebih 7 - 8 hari.
- Band ini sering melakukan konsert lebih daripada 300 kali setiap tahun dan memegang global panjang wisata, sebahagian besar yang berlangsung lebih dari setahun.
- Pengundian peringkat pertama berlangsung mulai 13 Jun 2005 sehingga 10 Julai 2005 dengan mengisi borang yang diedarkan oleh Skuad Era dan pengunjung laman web Era.
- Tempoh republik bermula dengan penggulingan pemerintahan beraja pada tahun 510 SM dan berlangsung sehingga satu siri perang-perang saudara membentukkan Empayar Rom.
- Pada tahun 1995, Innuendo telah diberi peluang menjadi artis pembuka tirai untuk konsert kumpulan R&B Amerika Syarikat, All-4-One yang berlangsung di Kuala Lumpur.
- Alyah mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi Naib Juara Pertandingan Asia Bagus yang berlangsung di Jakarta pada tahun 1998 ketika beliau masih berusia 17 tahun.
- Dalam historiografi, frasa Zaman Kelam paling dikenali sebagai Zaman Pertengahan Awal Eropah, dan berlangsung dari lebih kurang 476 Masihi hingga kira-kira 1000 Masihi.
- Rundingan telah berlangsung bermula dari 17 November, 1969 sehingga Mei 1972 dengan siri-siri mesyuarat yang bermula di Helsinki, dengan delegasi A.S diketuai oleh Gerard C.
- Pengepungan Babylon berlangsung pada tahun 539–538 BCE di Mesopotamia; kini Iraq di antara Parsi yang diketuai oleh Raja Cyrus II dengan Babylon yang diketuai oleh Nabonidus.
- Anugerah Industri Muzik ke-17 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2 Mei 2010 dan disiarkan secara langsung menerusi saluran ntv7, mempertandingkan sebanyak 24 kategori.
- Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke-16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju.
- Malah alas kepala seakan serban yang digayakan Ziana ketika pementasan itu berlangsung terus menjadi hangat malah pereka fesyen terkenal tersebut turut menggelerkannya "Turban Ziana".
- Keadaan ini berlangsung lama selepas masa Petrarch, disebabkan oleh penguasaan agama dan percanggahan yang masih amat biasa pada abad ke-17 dan selepasnya, meskipun tidak begitu teruk.
- Pada tahun 1603, Universiti Oxford diberikan hak untuk melantik dua orang Ahli Parlimen, satu hak yang berlangsung sehingga pembubaran kawasan-kawasan pilihan raya universiti pada tahun 1949.
- Dari situlah munculnya Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada waktu malam 1 Disember 1987.
- Terdahulu pada jam 5.00 Petang di Times Square, First World Hotel, Genting Highlands telah berlangsung Showcase Pra-Anugerah Era yang disaksikan oleh 1,000 pengunjung dan peminat radio swasta itu.
- Mulai dari sekitar abad ke-11 SM, negara pertama dalam satu siri kemaharajaan dan negara Yahudi mengasaskan pemerintahan sekejap-sekejap di kawasan ini yang berlangsung selama melebihi satu milenium.
- Selepas kedamaian sementara 6 bulan antara Hamas dan Israel tamat pada 19 Disember 2008, Israel melancarkan serangan pada 27 Disember, yang bertukar menjadi pertempuran berlangsung sehingga tiga minggu.
- Setelah diagihkan kepada penerbit masing-masing, nasib kesemua peserta terserah sepenuhnya kepada undian penonton yang menilai persembahan mereka menerusi konsert mingguan yang berlangsunghingga konsert akhir.
- Dinasti Yuan , atau Empayar Agung Yuan adalah kesinambungan daripada Empayar Mongol dan negeri bersejarah Mongol yang wujud di Mongolia dan China, yang berlangsung secara rasmi bermula pada tahun 1271 sehingga 1368.
- Dalam pilihanraya presiden yang berlangsung pada tahun 2004, selepas peristiwa penembakan 19/3 yang berlaku satu hari sebelum hari mengundi, Chen dilantik semula sebagai Presiden Taiwan dengan kemenangan tipis 0.2%.
- Tur keliling di 50 tempat ini pada awalnya hanya dijadwalkan selama empat bulan, tetapi pada kenyataannya diperpanjang dan berlangsung selama hampir satu tahun, dengan lebih dari 140 ceramah diberikan pada 260 hari.
- Anugerah Shout! 2010 (Bahasa Inggeris: Shout! Awards 2010 merupakan kali kedua penganjuran majlis penyampaian anugerah urban Anugerah Shout! anjuran 8TV, berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 20 November 2010.
- Di tahun 1854, Komodor Matthew Perry menggunakan Persetujuan Kanagawa untuk memaksa Jepun membuka pelabuhan di Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Serikat dan mengakhiri kebijakan tertutup Jepun yang telah berlangsung 200 tahun.
- Setelah hampir 20 tahun menyepi tanpa sebarang konsert solo, Rahim akhirnya kembali dengan sebuah mini konsert yang diberi nama Konsert Rahim Maarof Gigit! yang berlangsung di Rum Jungle Bar & Restoran Kuala Lumpur, pada 6 Mei 2012.
- Perang Napoleon ialah satu siri konflik yang diisytiharkan terhadap Empayar Perancis Pertama Napoleon dengan beberapa set pertukaran negara bersekutu Eropah oleh penentang kerajaan campuran yangberlangsung dari tahun 1803 sehingga 1815.
- Jespersen yang hadir pada sepanjang mesyuarat Jawatankuasa yang berlangsung selama sepuluh hari di Paris dan kemudian berkhidmat sebagai sebahagian Suruhanjaya tetap, menulis sebuah rencana mengenai sejarah bahasa Ido.<ruj>Jespersen, Otto.
- Gerakan Aceh Merdeka kian rancak menuntut kemerdekaan Aceh selepas pelucutan Daerah Kegiatan Tentera ) atau sering dikenali sebagai Kegiatan jaringan Merah (Operasi Jaring Merah) pada 7 Ogos 1998 yang sudah berlangsung selama 10 Tahun sejak 1989.
- Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta.
- Dengan keseluruhan mendapat enam (6) pencalonan, lagu "No More" berjaya menempa sejarah sebagai lagu berbahasa Inggeris pertama yang memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ketika edisi ke-21 yang berlangsung pada 7 Disember 2014.
- Globalisasi pelaburan berlangsung melalui pelaburan langsung asing, dimana syarikat-syarikat asing melabur secara terus aset mereka dalam satu negara, atau melalui pelaburan tidak terus dimana individu dan institusi membeli dan menjual aset kewangan negara lain.
- Berbanding perperangan konventional, perperangan nuklear adalah lebih memusnahkan dalam jumlah kerosakan dan kawasan yang terjejas, dan mempunyai kesan masa panjang, kesan yang merosakkan yang berlangsung beberapa tahun, abad, malah dekad selepas serangan pertama.
- Ia berlangsung sehingga tahun 1947, apabila Empayar India British telah dipecahkan menjadi dua buah negara berdaulat: Kesatuan India dan Penguasaan Pakistan (kemudian Republik Islam Pakistan, separuh bahagian timur, yang mana kemudian menjadi Republik Rakyat Bangladesh).
- Penghapusan berdarah berlaku dalam kawasan ditawan dari republic bagi mengukuhkan regim Franco di masa hadapan, sementara pembunuhan berbeza pada asasnya berlangsung di kawasan dikawal oleh Republikan, di mana pembunuhan kebanyakannya akibat ketiadaan undang-undang dan peraturan.
- Dimana hujah asal yang globalisasi sedang berlangsung boleh dinafikan dengan argumentasi keantarabangsaan, seperti diatas, kemunculan suatu gerakan antarabangsa tidak boleh dipertikai dan kita boleh berbincang tentang satu proses benar kearah satu masyarakat global pelbagai masyarakat.
- Nama konsert ini diadakan sempena genap 30 tahun Anuar Zain berada di arena seni suara dengan penuh cinta pada muzik dan beliau sangat sayang pada peminatnya sepenuh hati sanubari.Tambah mengujakan apabila ianya berlangsung sehari selepas sambutan ulangtahun Anuar Zain yang ke 43 tahun.
- Din Beramboi tercalon buat pertama dan terakhir kalinya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 untuk anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular yang berlangsung pada 4 April, dua hari selepas kematiannya; bagaimanapun anugerah tersebut jatuh di tangan penyampai Hot FM, Faizal Ismail.
- Kini, untuk memenuhi keperluan statistik dalam pembaharuan terkini yang berlangsung pada awal tahun 2007, konsep pentakrifan "tanah" diperkenalkan yang di mana nama tanah itu pada pokoknya merupakan takrifan geografi dan statistik, padahal kawasannya tidak dianggap sebagai unit pentadbiran.
- Selepas serangan mengejut yang mengalahkan tentera-tentera Mesir dan Syria pada tahun 1967 dan kemenangannya dalam Perang Pelumpuhan dengan Mesir di selatan yang berlangsung selama tiga tahun bersama-sama beberapa kejadian perbatasan di utara dengan Syria, pimpinan Israel menjadi agak lalai.
- Yunani Purba atau Greece Purba atau Hellas Purba merujuk kepada tempoh sejarah Greece yang berkisar di lembangan Mediterranean dan Laut Hitam dan berlangsung selama satu alaf, sehingga bangkitnya Kristian, dari Zaman Kelam Yunani sekitar 1100 SM sehingga penawanan Greece oleh Rom pada 146 SM.
- Kemuncak kejayaan album ini adalah ketika acara Anugerah Industri Muzik ke 16 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra apabila Misha membawa pulang empat kategori termasuk kategori utama Lagu Terbaik , Album Pop Terbaik, Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam Dan Hawa) dan Lagu Pop Etnik Terbaik .
- Firaun-firaun Kemaharajaan Mesir Pertengahan dan raja-raja Babylon sezaman yang berketurunan Amorite memerintah dengan baik tanpa terlalu banyak kezaliman, suka akan seni dan seni bina yang elegan tanpa tokok tambah, dan mencapai kestabilan yang malangnya berlangsung hanya untuk masa yang singkat.
- Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur merah-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
No comments:
Post a Comment