Contoh Ayat menggunakan Perkataan "bantahan" dalam bahasa Melayu
- Demonstrasi bantahan juga diadakan di Masjid Al-Khauthar.
- Di dalam terbitan-terbitannya yang kemudian, bantahan Freud dijelaskan:
- Beliau berkongsi kemarahan dan bantahan terhadap keadaan pahit getir China.
- Pemakaian kasut di dalam kuil buddha mencetuskan bantahan dari sami-sami Buddha.
- Walaupun mendapat bantahan penduduk Madinah, Khalifah Al-Walid terpaksa tunduk kepada tuntutan Hajjaj.
- Akhirnya pemindahan ini dibatalkan kerana mendapat bantahan orang ramai dan pihak pengurusan Zoo Negara.
- Perbuatan biadap dan kehaiwanan ini tidak mendapat bantahan dari PBB, Kesatuan Eropah & Amerika Syarikat.
- Raja William IV tidak bersetuju dengan perkahwinan ini tetapi bantahan baginda gagal untuk memujuk pasangan itu.
- Beribu-ribu askar-pekerja menumpaskan bantahan rakyat di Dataran Tiananmen dengan kejam, dan ratusan orang ditangkap.
- Tetapi penyelesaian cara ini boleh dibantah dengan bantahan bahawa ordre public yang relavan berkenaan tidak diaplikasi.
- Secara umumnya, bantahan ini mendapat sokongan dari pelajar di sekitar Beijing dengan memboikot kelas dan mara bersama setiap hari.
- Walaubagimanapun, bantahan dari kerajaan Lubnan menyebabkan penubuhan pasukan pengaman UNIFIL dan pengunduran separa oleh pihak Israel.
- Keesokannya, seramai 10,000 saudara mara mangsa korban berkumpul di majlis pengebumian sambil melaungkan bantahan mereka terhadap Shah Mohammad.
- Lebihan pula, timbulnya juga bantahan awam terhadap cakera dilindung salin kerana ramai yang memandangnya sebagai ancaman kepada penggunaan sesuai.
- Beliau pernah menyelar ratu dangdut Indonesia Inul Daratista yang menangis kerana konsertnya di Kuala Lumpur dibatalkan atas bantahan orang ramai .
- Bantahan ini berpusat di Dataran Tiananmen di Beijing, tetapi bantahan secara besar-besaran juga berlaku di bandaraya China lain termasuk Shanghai.
- Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union.
- Laporan media asing mengenai bantahan adalah meluas dan lebih memihak kepada penunjuk perasaan tetapi tidak menaruh harapan mereka dapat mencapai tujuan.
- Pelepasan tanggungjawab ke atas Golda Meir dan Moshe Dayan diikuti dengan bantahan ramai yang akhirnya memaksa Golda Meir dan Moshe Dayan meletakkan jawatan.
- Sebelum ini Dataran Tiananmen pernah digegarkan dengan bantahan besar seperti Pergerakan Empat Mei dalam tahun 1919 dan Pergerakan Lima April pada tahun 1976.
- Pada 30 Mei, hari terakhir demonstrasi, sebuah patung Dewi Demokrasi diletakkan di Dataran sebagai simbol bantahan yang dapat ditonton di kaca TV seluruh dunia.
- Keputusan ini mendatangkan bantahan daripada Abdullah Ibn Zubayr r.a. dan Husayn bin Ali r.a. dan segelintir penduduk Madinah dikenali sebagai 'Fitnah Ibn Zubayr'.
- Kerajaan Australia juga risau dengan bilangan mereka yang enggan berkhidmat atas sebab bantahan nurani dan juga bantahan secara terbuka kepada Akta Khidmat Negara.
- Presiden Anwar Sadat merasakan rundingan dengan Israel akan mendapat bantahan darpada negara Arab khususnya daripada Syria, Libya, dan Iraq yang mirip kepada komunis .
- Dalam konteks ini, Pergerakan Empat Jun merujuk kepada para pelajar dan pergerakan lain di seluruh China, termasuk bantahan yang berlaku di Beijing khasnya di Dataran Tiananmen.
- Kumpulan yang mendakwa sebagai generasi kedua peneroka Lembaga Tanah Persekutuan berkumpul sedikit demi sedikit sebelum menyerahkan memorandum bantahan mereka dua jam selepas itu.
- Gesaan beliau kepada pembaharuan dan kebencian beliau kepada pembazian golongan Maois menjadikan beliau sasaran kambing hitam bagi Deng Xiaoping dan lain-lain selepas bantahan pro-demokrasi pelajar 1986-1987 .
- Pencalonan ini tidak mendapat bantahan daripada jajahan-jajahan Parsi kerana Cambyses yang memerintah Parsi ketika itu adalah seorang bersikap kuku besi dan juga selalu menghabiskan masa di Mesir daripada di Parsi.
- Walaupun bantahan ini tidak mempunyai pemimpin yang jelas, mereka yang terlibat keseluruhannya mengutuk pemerintahan Parti Komunis China dan menyuarakan bantahan sehingga ke permintaan demokrasi penuh dan lebih kebebasan.
- Satu pergerakan bantahan MÄori secara beransur-ansur dibentuk, mengkritik Eurocentrism dan mencari pengiktirafan lebih kepada Kebudayaan Maori dan Perjanjian Watangi, yang mana mereka telah fikir ianya masih belum dihormati sepenuhnya.
- Tidak lama selepas tempoh hukuman itu berakhir, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengeluarkan bantahan terhadap pihak TV3 untuk membawa Faizal ke Konsert Jom Heboh yang diadakan di negeri tersebut pada hujung minggu pertama bulan Mei.
- 17 orang dihadapkan ke mahkamah kerana enggan berkhidmat, melibatkan bantahan atas dasar fahaman agama, bantahan moral dan bantahan ke atas ciri autoritarian dan paksaan Akta tersebut yang didakwa bercanggah dengan proses demokrasi dan idealisme demokrasi.
- Ayu mengatakan dia yang juga warganegara Malaysia juga seringkali menerima bantahan untuk mengadakan pertunjukan pentas oleh orang awam termasuk satu persembahannya bersama penyanyi rock Ella untuk Piala Sultan Selangor pada 6 Julai 2008 yang dibatalkan pada saat-ketika akhir gara-gara menerima bantahan umum.
- Kematian mengejut Hu Yaobang kerana serangan jantung pada 15 April 1989 memberi peluang kepada pelajar untuk berkumpul sekali lagi, bukan hanya untuk meratapi kematiannya tetapi juga mendesak ditarik balik hukuman ke atas Hu Yaobang serta memberi perhatian kembali kepada isu-isu yang dibangkitkan semasa bantahan pro-demokrasi 1986-1987 juga 1978-1979 .
No comments:
Post a Comment