Contoh Ayat menggunakan Perkataan "apatah" dalam bahasa Melayu
- Dalam setiap pembikinan album, Slam tidak terlalu cerewet memilih komposer jemputan apatah lagi mereka sendiri mampu menggubah lagu.
- Pengacara ABPBH terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang seperti pelakon, penyanyi, pelawak apatah lagi juruhebah radio dan pengacara TV.
- Akhbar British menggelarnya "Asia's Celine Dion" kerana kekuatan vokal dan persembahan yang cemerlang, apatah lagi paling banyak single nombor satu di Malaysia ketika ini.
- Banyak sekali kerja yang perlu diusahakan katib Mesir purba kerana perlu menulisa dan mengukir pada bermacam-macam benda, apatah lagi perlu banyak berkhidmat kepada firaun.
- Biarpun hanya untuk suka-suka tetapi Misha memperoleh banyak tunjuk ajar daripada pemain sitkom tersebut yang begitu berpengalaman apatah lagi ia dirakam secara langsung dari studio.
- Fasa pertama pengkolektifan tidak begitu berjaya, apatah lagi berlakunya kebuluran berleluasa pada tahun 1956, tetapi jentera propaganda Parti masih mengumumkan hasil tuaian semakin meningkat.
- Untuk setiap rangkaian atau stesen radio, pencalonan terhad kepada tiga orang penyampai lelaki dan wanita, apatah lagi stesen radio itu mestilah dapat didengari di sekurang-kurangnya tiga negeri .
- Menurut Naib Pengerusi RIM, Adrian Lim, "Pertukaran lokasi bertujuan membolehkan lebih ramai peminat dan penyokong artis tanah air menghadirinya, apatah lagi lokasi baru mampu menampung kapasiti lebih besar.
- Tidak banyak yang boleh dipastikan mengenai agama Buddha beraliran Mahayana, apatah lagi bentuk aslinya di India, selain amalan agama Buddha di China, Vietnam, Korea, Tibet, dan Jepun adalah berasaskan Mahayana.
- Populariti Rahim di pentas indie semakin menjadi-menjadi apatah lagi imej "budak nakal" yang dibawanya ketika itu hingga mencetuskan kontroversi apabila zip seluarnya terbuka ketika persembahan di Stadium Negara.
- Walaupun berupa sambungan, namun inilah filem animasi Thailand pertama yang diperkenalkan di pawagam Malaysia, apatah lagi diselitkan alih suara bahasa Melayu yang dibintangi oleh Akim dan Mila dari Akademi Fantasia.
- Harus diingatkan bahawa Yunjing dikarang berabad-abad selepas Qieyun, apatah lagi para pengarang Yunjing cuba mentafsirkan sistem fonologi yang agak berbeza dengan loghat Bahasa Cina Pertengahan Akhir yang dituturkan oleh mereka.
- Selain itu, jumlah penonton AJL26 di Internet adalah 118,864 kali, iaitu 42% lebih berbanding AJL25, apatah lagi tapak web rasmi AJL26 turut mencatat peningkatan kunjungan sebanyak 37% dari tahun lalu kepada 113,356 kunjungan unik.
- Sungguhpun Krisis Suez pada tahun 1956 menyekat peranan politik pasca-perang Britain, namun peluasan bahasa Inggeris selama ini menandakan kesinambungan pengaruh sastera dan budayanya, apatahlagi budaya popularnya yang tersebar ke seluruh dunia sejak 1960-an lagi.
- Akta dan cukai yang diperkenalkan menimbulkan amarah kepada rakyat yang menghadkan kebebasan mereka di negara sendiri apatah lagi dengan berkembangnya idealogi liberalisme di Eropah telah banyak mempengaruhi penduduk koloni terutama tokoh-tokoh yang menggerakkan Revolusi Amerika.
- Namun begitu, oleh sebab Waktu Sejagat segerak dengan malam dan siang, apatah lagi piawaian kekerapan atom yang lebih jitu menyimpang dari ini, UT masih digunakan untuk menghasilkan pembetulan kepada waktu atom untuk mendapat bentuk waktu awam tersiar yang mencerminkan kekerapan atom.
- Walau bagaimanapun, konsepsi konsonan asal Plato pun tidak memadai untuk menghuraikan bahasa manusia sejagat, kerana dalam sebilangan bahasa, misalnya bahasa-bahasa Salish, konsonan hentian juga disebut tanpa vokal bersebelahan, apatah lagi konsepsi konsonan masa kini tidak memerlukan penyebutan bersama vokal.
- Sungguhpun memerlukan pertumbuhan ekonomi untuk memacu pembangunan, namun kerajaan RRC mula bimbang bahawa pertumbuhan ekonomi pesat telah menjejaskan kekayaan sumber dan alam sekitar negara, apatah lagi sesetengah kelompok masyarakat tertentu tidak menikmati faedah pembangunan ekonomi negara dengan secukupnya.
No comments:
Post a Comment