Contoh Ayat menggunakan Perkataan "pindaan" dalam bahasa Melayu
- Ia adalah satu set 10 pindaan undang-undang yang menghadkan kuasa kerajaan dan menjamin hak-hak rakyat.
- Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimana penggubal undang-undang membuat pindaan perlembagaan.
- Perkara ini hanya berubah selepas Perang Saudara Amerika, pada pindaan yang ke-13, ke-14, ke-15, dan ke-19.
- Pada tahun 1920, pergerakan hak wanita menjayakan pindaan perlembagaan yang memberikan hak mengundi kepada wanita.
- Kod sumber mestilah dalam bentuk yang boleh diterima umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan terhadapnya.
- Teks piawai Surat Paten diletakkan dalam Perintah Pejabat Mahkota 1992, dengan sedikit pindaan dilakukan pada tahun 2000.
- Pada 2011, lebih 119 tahun selepas pindaan itu, Samoa kembali ke barat garisan tarikh dengan melangkau Jumaat 30 Disember 2011.
- Satu pindaan ke atas Perkara 114 dalam Perlembagaan telah dibuat pada 1981 untuk membolehkan perlantikan seorang timbalan presiden.
- Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet adalah Soviet Agung di Kesatuan Soviet dan satu-satunya yang mempunyai kuasa untuk meluluskan pindaan perlembagaan.
- Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650.
- Perjanjian ini merupakan pindaan terhadap Perjanjian Kesatuan Eropah (TEU, Maastricht; 1992) dan Perjanjian menubuhkan Komuniti Eropah (TEC, Rom; 1957).
- Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.
- Lesen tersebut boleh menghadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk pindaan sahaja hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran "fail tampung" bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan.
- Tidak ramai bertanding dalam pilihan raya berikutan sekatan-sekatan terhadap demokrasi.Pada Februari 2005 ,Mubarak meluluskan pindaan perlembagaan untuk membenarkan mana-mana pihak bertanding jawatan Presiden kerana menjangka beliau akan menang mudah.
- Selepas kemenangan Kesatuan pada tahun 1865, tiga pindaan dibuat pada Perlembagaan AS untuk untuk menjamin kebebasan bagi hampor empat juga orang Amerika Afrika yang diperhambakan selama ini, serta memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi kepada mereka.
- Sewaktu menduduki jawatan Presiden pada tahun 2001, Bush menarik balik sokongan Amerika Syarikat kepada Protokol Kyoto, iaitu satu pindaan kepada Konvensyen PBB terhadap Perubahan Iklim yang bertujuan mengenakan sasaran wajib untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.
- Lama-kelamaan, sesetengah alam Komanwel beralih ke sistem republik, lalu mengamalkan perlembagaan baru atau meluluskan pindaan perlembagaan yang menyingkirkan raja sebagai ketua negara, serta menggantikan Gabenor Jeneral dengan seorang presiden melalui undian atau perlantikan.
- Dewan Undangan Nasional juga telah meluluskan pindaan perlembagaan memberi penduduk Taiwan, Pescadores, Quemoy, dan Matsu satu-satunya hak memerintah republik melalui pilihanraya melantik Presiden dan keseluruhan Legislatur bersama dengan pilihanraya meluluskan pindaan pada perlembagaan Republik China.
- Melalui pindaan Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 yang memungkinkan presiden dipilih secara langsung oleh rakyat, beliau telah dipilih menjadi Presiden Republik Indonesia pertama pilihan rakyat serta presiden Indonesia keenam selepas dilantik pada 20 Oktober 2004 bersama Naib Presiden Jusuf Kalla.
No comments:
Post a Comment