Thursday, September 22, 2016

Bina Ayat dengan Perkataan "perundangan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "perundangan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat bagi Perkataan
  1. Lihat juga: Sistem-sistem perundangan dunia
  2. Sistem perundangan ini diamalkan di kebanyakan negara Eropah.
  3. Ini adalah suatu langkah terhadap perundangan untuk mengakhirinya.
  4. Kelakuan menggubal perundangan kadangkala dikenali sebagai mengundang.
  5. Badan perundangan yang mempunyai hanya satu dewan dikenali sebagai ekadewan.
  6. Bahagian perundangan negeri terdiri daripada House of Representatives dan Senate.
  7. Beliau mendapat kedudukan sebagai Senator negeri untuk badan perundangan Georgia.
  8. Parlimen Scotland adalah badan perundangan devolusi satu dewan kebangsaan Scotland.
  9. Sistem berganda perundangan ini ditetapkan dalam Perkara 121 Perlembagaan Malaysia.
  10. Ini tidak menafikan wujudnya tiada tribunal-tribunal dalam perundangan antarabangsa.
  11. Prinsip-prinsip am semua sistem perundangan dunia juga diaplikasi apabila diperlukan.
  12. tiada tindakan perundangan yang penting telah diambil terhadap isu ini pada tahun 2006.
  13. Akan tetapi, terdapat juga situasi di mana perundangan digubal oleh cara lain digubal).
  14. Plutarch yang menulis mengenai Solon yang merupakan ahli perundangan di Athens tua menyatakan:
  15. SICA menyediakan asas perundangan yang jelas untuk mencegah percanggahan di kalangan negeri ahli.
  16. Di Sabah, perundangan utamanya ialah Ordinan Tanah Sabah; manakala di Sarawak, Kanun Tanah Sarawak.
  17. Ada yang masih berkuatkuasa, sementara ada yang kehilangan kuasa setelah diatasi perundangan Parlimen.
  18. Dalam sistem sebegini, ketua kerajaan memegang peranan ketua eksekutif dan ketua perundangan de facto.
  19. Kerusi-kerusi dewan perundangan diisi secara pemilihan langsung dari kawasan pengundian wilayah di NCT.
  20. Kuasa perundangan terletak pada dua dewan Parlimen terutama sekali, diikuti oleh Majlis Menteri-Menteri.
  21. Dalam sistem berparlimen, badan perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif.
  22. Dalam sistem begini, perundangan lazimnya mempunyai kuasa untuk menggulingkan veto itu dengan supermajoriti.
  23. Pada tahun 1950, beliau menjadi Timbalan Agung Kesatuan Soviet , badan perundangan tertinggi di Soviet Union.
  24. Negara-negara bekas kesatuan Soviet dan negara sosialis lain menggunakan sistem perundangan undang-undang Sosialis.
  25. Sama ada satu bil akan mendapat keluluusan dan berkuatkuasa bergantung kepada keutamaan perundangan suatu kerajaan.
  26. Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral.
  27. Undang-undang antarabangsa mempunyai tiga sumber utama: triti antarabangsa, adat dan prinsip-prinsip am perundangan .
  28. Kebenaran dewan perundangan juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang.
  29. Prinsip-prinsip am perundangan pula adalah prinsip-prinsip yang wujud dalam semua sistem perundangan yang diamalkan di dunia.
  30. Komponen utama badan perundangan merupakan satu atau lebih dewan yang mendebatkan dan menerima rang undang-undang melalui undi.
  31. Di bawah sistem Wesminster yang juga diwarisi oleh Malaysia, satu perundangan dikenali sebagai Akta Parlimen selepas enakmennya.
  32. Kemudian dalam pilihan raya perundangan pada 25 Januari 2006, Hamas menjadi parti majoriti parlimen dan merebut kuasa dari Fatah.
  33. Prospek perundangan cadangan itu dikurangkan lagi oleh kesan sampingan politik susulan Taufan Katrina pada musim luruh tahun 2005.
  34. Dewan perundangan ditubuhkan semula pada tahun 1993 buat julung kalinya sejak tahun 1956, dalam bidang kuasa perintah persekutuan.
  35. Istilah Kongres juga digunakan bagi merujuk pada mesyuarat tertentu bagi perundangan negara, mengambil kira penggal para perwakilan.
  36. Badan perundangan dwidewan terdiri daripada dua dewan yang berasingan, biasanya diperihalkan sebagai Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat.
  37. Hak pekerja adalah kumpulan hak perundangan dan hak asasi manusia yang didakwa berkenaan hubungan pekerjaan antara pekerja dan majikan.
  38. Memandang keseluruhan sistem perundangan Malaysia, undang-undang Syariah agak sedikit peranannya dalam menentukan undang-undang negara.
  39. Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang mempunyai kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang.
  40. Sebaliknya, dalam sistem berpresiden, badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang kuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif.
  41. Kesan pengaruh British masih terasa di kebanyakan bekas jajahannya yang masih memakai bahasa, budaya dan sistem perundangan bekas penjajahnya.
  42. Dalam kebanyakan sistem perlembagaan, perundangan yang diluluskan dewan perlukan Perkenan Diraja cabang eksekutif untuk menjadi undang-undang .
  43. Bagaimanapun, terdapat peruntukan khas dalam Perlembagaan yang membenarkan negeri-negeri Sabah dan Sarawak mendirikan perundangan yang berbeza.
  44. Di Jerman herba dikawal ketat: separuh diberikan oleh doktor dan diterima oleh insuran perubatan berdasarkan berdasarkan perundangan Komisen E.
  45. Walau bagaimanapun, Dewan Pertuanan, sebagai dewan perundangan atas, menolak cadangan ini dan mengundi untuk pelantikan keseluruhan Dewan Pertuanan.
  46. Hadis masih dianggap oleh tradisional Islam nombor ic sekolah perundangan sebagai alat penting untuk memahami al-Quran dan dalam hal-hal perundangan.
  47. Sistem perundangan sivil adalah undang-undang berkod yang mengunakan satu sistem peraturan komprehensif yang diaplikasi dan ditafsir oleh para hakim.
  48. Seksyen 5 Kanun Prosedur Jenayah menyatakan bahawa undang-undang Inggeris boleh digunakan dalam kes-kes di mana tiada perundangan tertentu yang digubal.
  49. Tambahan pula, dalam sesetengah sistem perundangan sivil , tulisan para cendakiawan undang-undang mempunyai pengaruh yang kuat keatas mahkamah-mahkamah.
  50. Kerajaan Buruh memperkenalkan perundangan untuk mengalihkan semua bangsawan berketurunan dari Dewan Atas sebagai langkah pertama dalam pembaharuan Pertuanan.
  51. Persetiaan ini memberikan rangka untuk membentuk kerajaan "peralihan" teknokrat untuk persediaan pilihan raya perundangan dan presiden dalam jangka masa setahun.
  52. Lawannya Gladstone, seorang Liberal yang tidak dipercayai oleh Ratu, berkhidmat lebih banyak penggal dan menyelia banyak pembangunan perundangan keseluruhan era.
  53. Tidak seperti Pejabat Perdana Menteri di negara-negara lain, Perdana Menteri Palestin tidak diperlukan untuk menjadi ahli badan perundangan semasa memegang jawatan.
  54. Mereka yang mempunyai kuasa formal untuk mencipta perundangan dipanggil penggubal, manakalah kehakiman kerajaan mempunyai kuasa formal untuk mentafsir undang-undang .
  55. Dinotakan juga bahawa BGB Jerman diolah daripada undang-undang Rom dan tradisi perundangan Jerman sendiri, dan adalah satu pengaruh kepada kod sivil dalam negara lain.
  56. Mesyuarat Senat juga hanya boleh diadakan antara matahari terbit dan matahari jatuh, dan tidak boleh diadakan ketika mana-mana satu dewan perundangan sedang bersidang.
  57. Perisytiharan ini membentuk Amerika Syarikat yang pada awalnya ditadbir sebagai gabungan longgar melalui kerajaan perwakilan yang dipilih oleh badan perundangan negeri.
  58. Namun begitu, Majlis Peguam Malaysia membalas dengan menyatakan bahawa common law adalah sebahagian sistem perundangan Malaysia dan tiadanya asas untuk menggantikannya.
  59. Dalam persekutuan, Dewan Pertuanan biasanya mewakili negeri-negeri komponen, dengan keadaan yang sama diamalkan oleh dewan perundangan supranasional di Kesatuan Eropah.
  60. Badan perundangan tridewan jarang ditemui, dengan yang paling terkini wujud semasa tahun-tahun kuasa berkurang pemerintahan minoriti orang kulit putih di Afrika Selatan.
  61. Ramai negara mendasarkan sistem perundangan mereka yang berkait agama keatas kawalan agama itu sendiri, sebagai contoh ajaran dalam Mitzvah yang didasarkan agama Yahudi.
  62. Sistem perundangan Common Law adalah tradisi Inggeris berdasarkan keputusan-keputusan mahkamah yang dulu mengikat kes-kes seterusnya dengan pengamalan doktrin stare decisis.
  63. Pada Kongres ke-110, Obama telah menyokong perundangan mengenai melobi dan penipuan pengundian, perubahan iklim, pengembangan nuklear, dan kebajikan untuk anggota tentera A.S.
  64. Hammurabi adalah salah satu daripada 23 orang tokoh perundangan terkenal yang terukir pada timbulan bes marmar di bilik persidangan Dewan Perwakilan di Kapitol Amerika Syarikat.
  65. Sistem perundangan sivil sebagaimana dinotakan diatas mempunyai asas dalam undang-undang Rom, yang diamalkan oleh para cendakiawan dan mahkamah daripada zaman pertengahan Eropah.
  66. Ia merupakan sistem perundangan yang paling meluas pengamalannya di seluruh dunia dengan 60% daripada penduduk dunia menduduki negara yang ditadbir oleh sistem perundangan sivil.
  67. Undang-undang adat istiadat adalah sistem perundangan yang telah berkembang mengikut acuannya sendiri dalam sesebuah negara dan telah diadaptasikan mengikut keperluan satu budaya.
  68. Antara langkah-langkah lain yang diambil dalam proses peralihan kepada ekonomi pasaran, pada bulan Julai 2006 Vietnam mengemaskini perundangan harta inteleknya agar mematuhi TRIPS.
  69. Suatu rang undang-undang adalah cadangan pembentukan atau penggubalan undang-undang baru yang dibentuk melalui perundangan yang masih belum diluluskan dan diberikan perkenan diraja.
  70. Kongres Amerika Syarikat merupakan dewan perundangan dwidewan di dalam kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, yang terdiri daripada dua dewan, iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
  71. Parlimen, secara tidak rasmi dirujuk sebagai "Holyrood" , adalah sebuah badan perundangan dipilih secara demokrasi terdiri dari 129 ahli dikenali sebagai Ahli Parlimen Scotland (ASP).
  72. Selain daripada menggubal undang-undang, badan perundangan biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain.
  73. Sebelum tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, kebanyakan undang-undang United Kingdom diimport lalu sama ada disesuaikan menjadi perundangan tempatan atau digunakan sebagai undang.
  74. Perundangan juga boleh dicipta pada peringkat negeri atau peringkat tempatan kerajaan (yang punyai badan perundangan tersendiri), di mana pembahagian kuasa kurang formal dan menyeluruh.
  75. Mahkamah sering merujuk kepada sejarah perundangan dalam mentakrif perundangan, untuk mengenalpasti "tujuan perundangan" — atau apa yang penggubal mahu undang-undang berkenaan melakukan.
  76. Status township berpiagam digubal oleh majlis perundangan negeri pada 1947 dan diberi kuasa tambahan serta dinaiktarafkan untuk menghalang ia daripada diambil alib oleh bandar-bandar besar.
  77. Pada tahun 1762, Patrick Henry yang terlibat dalam satu kes terkenal "Parson's Cause" di Virginia di mana badan perundangan tempatan meluluskan satu undang-undang tetapi dibatalkan oleh raja.
  78. Lima daripada daerah ini mendapat taraf autonomi khas yang membolehkannya menggubal perundangan mengenai hal-ehwal setempat; daerah-daerah berkenaan ditandai bintang (*) dalam jadual do bawah.
  79. Sebagai ahli minoriti Demokrat di Kongres ke-109, beliau menyokong sepenuhnya perundangan mengawal senjata konvensional dan memupuk lebih kebertanggungjawaban awam dalam penggunaan dana persekutuan.
  80. Notakan juga bahawa undang-undang adat juga boleh relevan dalam bidang kuasa mengikut tradisi perundangan lain dalam bidang atau sesuatu bidang perundangan dimana tiada enakmen legislatif yang wujud.
  81. Maka, dalam sejarah perundangan Inggeris, "undang-undang selalu" common law menjadi kuasa tertinggi di seluruh England buat beberapa abad lamanya sebelum Parlimen mendapat kuasa untuk membuat undang-undang.
  82. Dalam hampir kesemua alam ini, Gabenor Jeneral dilantik oleh Ratu atas nasihat Perdana Menteri negara masing-masing; di Kepulauan Solomon dan Tuvalu, Perdana Menteri perlu menasihatiperundangan secara sulit.
  83. Secara asalnya, kuasa perundangan dikawal oleh Raja mengikut nasihat Curia Regis, atau Majlis Diraja, di mana ahli perniagaan dan keagamaan turut mengambil bahagian, dan seterusnya berevolusi menjadi Parlimen.
  84. Untuk menentukan mereka yang memerlukan bantuan khas disebabkan kecacatan penglihatan, pelbagai perundangan kerajaan telah membentuk takrifan yang semakin rumit yang dirujuk sebagai disahkan buta - (legal blindness).
  85. Selepas tiga tahun, Obama mendapati semua usaha untuk meningkatkan keupayaan satu-satu komuniti yang amat memerlukan pertolongan dari segi perundangan hanya akan dapat dicapai jika mendapat perhatian peringkat atasan.
  86. Pada peringkat yang lebih kecil, masih ada kawasan di dunia ini yang mengamalkan undang-undang kanun yang diikuti penganut Katolik serta Anglican dan satu sistem perundangan yang serupa diamalkan oleh Gereja Orthodoks Timur.
  87. Parlimen UK merupakan lembaga perundangan mutlak di United Kingdom kerana parlimen terdevolusi di Scotland serta dewan-dewan undangan di Ireland Utara dan Wales bukannya badan berdaulat dan boleh dimansuhkan oleh parlimen UK.
  88. Sistem berparlimen merupakan sejenis sistem kerajaan yang mana para menteri cabang eksekutif dipilih dari cabang perundangan dan bertanggungjawab kepada badan perundangan, sehingga terjalinnya cabang-cabang eksekutif dan perundangan.
  89. Ada sedikit petunjuk bahawa RRC menuju peliberalan politik, yang mana pilihan raya dipertandingkan terbuka kini dianjurkan di peringkat kampung dan pekan, tambahan pula badan-badan perundanganmenunjukkan sikap ketegasan dari masa ke semasa.
  90. United Kingdom tidak mempunyai sistem undang-undang tunggal kerana negara ini terbentuk oleh kesatuan negara-negara merdeka dahulu, apalagi Perkara 19 Perjanjian Kesatuan menjamin kesinambungan kewujudan sistem perundangan Scotland yang berasingan.
  91. Salah satu faktor ialah kerumitan bagi orang-orang Islam menukar agama kerana implikasi perundangan serius yang terbabit dan kerana Islam memainkan peranan penting dalam hidup masyarakat Melayu sejak berzaman yang mengukuhkan kepercayaan pengikut-pengikutnya.
  92. Juga, undang-undang sesetengah negara memberi kuasa kepada cabang eksekutif atau agensi kerajaan lain untuk mengeluarkan regulasi atau pengistiharan yang boleh membawa kuasa undang-undang, meskipun ini secara amnya tidak berkenaan perundangan secara sendirinya.
  93. Pada bulan September tahun 2007, Peru melakukan usaha-usaha legal atau perundangan dengan hasil tercapainya sebuah persetujuan dengan Universiti Yale untuk mengambil kembali artifak-artifak yang pernah dibawa oleh Bingham dari tapak sejarah tersebut pada awal abad ke-20.
  94. Apabila undang-undang sivil dirujuk sebagai sistem perundangan, maka konsepnya perlulah dibezakan dengan istilah undang-undang sivil di dalam sesebuah negara.Sistem perundangan sivil adalah merujuk kepada sistem perundangan yang berasal daripada sistem perundangan Roman.
  95. Pembezaan paling ketara sistem perundangan sivil dengan common law adalah bahawa secara lazimnya, hanya enakmen legislatif adalah mengikat dari segi undang-undang, tetapi bukan kes-kes duluan, kecualilah satu perkara yang serupa telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih agung.
  96. Pada tahun 2007, Ahmad Fairuz Abdul Halim, Ketua Hakim Malaysia ketika itu, mempersoal perlunya mengambil jalan keluar dengan common law Inggeris padahal Malaysia sudah setengah abad merdeka dan mencadangkan agar undang-undang tersebut diganti oleh perundangan Islam atau syariah.
  97. Kecewa dengan kekalahan tersebut dan mencari pengaruh luar daripada perundangan negeri Illinois, beliau telah dapat meyakinkan Michelle tentang ideanya untuk bertanding kerusi Senat dalam “strategi menang atau keluar” sebagai peluang terakhirnya untuk memajukan kerjaya politiknya.
  98. Garisan diantara perundangan undang-undang sivil dan common law kian pudar dengan kepentingan undang-undang berdasarkan statut dan kod di negara-negara yang mengamalkan common law dan sebaliknya, duluan juga semakin mendapat perhatian di negara-negara yang mengamalkan undang-undang sivil.
  99. Institusi-institusi perundangan dan budaya ini serupa dengan yang wujud secara bersejarah di benua Eropah dan masyarakat lain dimana duluan dan adat telah pada satu masanya memainkan peranan yang penting dalam sistem kehakiman, termasuk undang-undang Jermanik yang direkod dalam sejarah Rome Purba.
  100. Pada hari ini, undang-undang ini hidup dalam bentuk yang paling tulen hanyalah di Arab Saudi akan tetapi negara-negara Islam lainnya juga mengamalkan ia dengan campuran sistem perundangan lain, sebagai contoh Malaysia mengaplikasi sesetengahnya dalam perihal seperti perceraian dan pembahagian harta.
  101. Akan tetapi oleh sebab Rang Undang-Undang tersebut diperkenalkan di bawah Peraturan Sepuluh Minit, ia bukannya boleh dibahas Parlimen pun, dan tidak mewakili contoh apa yang mungkin berlaku sekiranya kerajaan bertindak memperkenalkan perundangan yang akan menggugat kepentingan Mahkota pada masa hadapan.
  102. Dalam satu percubaan untuk mewujudkan sistem perundangan yang lebih gental di peringkat antarabangsa, satu kenderaan untuk penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ditubuhkan dan undang-undang jenayah antarabangsa yang baru diaplikasikan di Perbicaraan Nuremberg.
  103. Misi FBI ialah untuk melindungi dan mempertahankan Amerika Syarikat daripada ancaman pengganas dan risikan negara asing, untuk menegakkan dan menguatkuasakan undang-undang jenayah AS, dan menjadi pemimpinan dan menegakkan sistem perundangan jenayah di peringkat persekutuan, negeri, munisipal, dan agensi antarabangsa.
  104. Dalam sistem raja berperlembagaan, sesetengah perihal dilindungi hak diraja dan barangkali perundangan mempunyai kuasa yang kurang untuk memperkenalkan rang undang-undang untuk mengubahnya, misalnya dalam perlembagaan Malaysia, sebarang rang undang-undang yang menyentuh institusi kesultanan mesti mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
  105. Meskipun tindakan terorisme merupakan perbuatan jenayah seperti yang ditetapkan Resolusi 1373 Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu dan perundangan tempatan hampir semua negara di dunia, namun terorisme memaksudkan fenomena yang merangkumi perbuatan terorisme itu, orang yang melakukan terorisme itu sendiri dan tujuan mereka melakukannya.
  106. Oleh itu, Jabatan Perdana Menteri ialah salah sebuah institusi paling berwibawa dalam kerajaan yang memulakan perundangan untuk kelulusan parlimen serta memilih untuk perlantikan oleh Raja, selain yang dinyatakan tadi, gabenor jeneral, leftenan gabenor, senator, hakim mahkamah persekutan, dan ketua-ketua perbadanan-perbadanan Mahkota dan agensi-agensi kerajaan.
  107. Meskipun Bush mengadakan kempen bertenga untuk melariskan rancangan pembaharuan Keselamatan Sosial, menjelang Mei 2005 sokongan orang ramai terhadap cadangan Bush jatuh mendadak dan kepimpinan Parti Republican di Kongres memutuskan untuk tidak meletakkan pembaharuan Keselamatan Sosial dalam senarai keutamaan bagi saki-baki agenda perundangan mereka pada tahun 2005.


No comments:

Post a Comment