Saturday, February 27, 2016

Contoh Ayat Perkataan "menganggap"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "menganggap" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Budaya Barat menganggap subjek ini dilarang.
  2. Namun, Disney menganggap beliau terlalu muda.
  3. Amerika juga menganggap Hamas sebagai organisasi pengganas.
  4. Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahweh.
  5. Kumpulan ini difahamkan mereka menganggap lagu itu pro-pembangkang.
  6. Ramai ahli dari gereja berikut menganggap diri mereka orang Assyria.
  7. Namun, beliau menganggap yang garisan-garisan itu dipancarkan oleh nitrogen.
  8. Lemaxtre salah menganggap bahawa sinar-sinar kosmos ialah baki-baki peristiwa.
  9. Ahli-ahli muzik itu umumnya menganggap diri sebagai sebahagian kedua--dua genre.
  10. Kebanyakan orang kini menganggap bahawa negaralah unit utama perihal antarabangsa.
  11. Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" .
  12. Baginda menganggap ketidakpuashatian Siddhārtha mungkin menyebabkannya menjadi sami.
  13. Reagan sendiri menganggap bahawa pekerjaan lakonan terbaiknya ialah dalam Kings Row .
  14. Menurutnya lagi, Saleem menganggap bahawa perpecahan tersebut merupakan suatu takdir.
  15. Kebanyakan ahli sejarah menganggap bahawa tuduhan-tuduhan terhadapnya adalah dibuat-buat.
  16. Diingatkan bahawa rencana ini menganggap "malaran sengau" tersebut sebagai hentian sengau.
  17. Contoh yang terbaik ialah rakyat Cina yang menganggap negara adalah berdasarkan kepada budaya.
  18. Pada awalnya tentera Islam tidak menganggap saki baki tentera Parsi itu boleh membawa ancaman.
  19. Sesetengah pihak menganggap wilayah-wilayah Fukui dan Tokushima juga tergolong dalam kawasan ini.
  20. Faizal dari Utusan Malaysia pula menganggap filem ini sebagai salah satu filem terbaik tahun 2006.
  21. Sesetengah cendekiawan menganggap persamaan antara bahasa-bahasa ini menunjukkan hubungan genetik.
  22. Orang ramai nampaknya menganggap bahawa "memerangi" bererti "memerangi sehingga mati", atau "membunuh".
  23. Alhazen menganggap bahawa sinaran cahaya ialah arus zarah-zarah seni yang bergerak pada kelajuan terhad.
  24. Adlaah kebiasaan di rantau Barat untuk menganggap Jerman Timur dan Czechoslovakia dalam lingkungan Timur.
  25. Pentadbiran Presiden Reagan menganggap penggunaan Mi-25 menjadi penyebab utama ketegangan di Amerika Tengah.
  26. Pengamal-pengamal tai chi, qigong, dan seni-seni silat yang lain tidak menganggap diri sebagai penganut agama.
  27. Walaupun tinggal di kawasan yang berlainan, mereka menganggap jiran tetangga sebagai sebuah keluarga yang besar.
  28. Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat.
  29. Sesetengah ahli kumpulan ini menganggap persamaan dengan sebelum falsafah Aristotle dan post-Hegelian philosophy.
  30. Abu Sufyan menganggap Nabi Muhammad sebagai satu ancaman dan berusaha beberapa kali untuk membunuh Rasulullah s.a.w.
  31. Lalu, setelah berkembang dari kalangan para penukang, penduduk mula menganggap yang Ptah juga dewa kelahiran semula.
  32. Walaupun khalayak biasanya menganggap ungkapan 'separa sedar' sebagai sepatah istilah psikoanalisis, ini tidak benar.
  33. Sedari awal Shima tahu apabila muncul bersama The Boys ramai yang menganggap dia merampas kumpulan itu daripada Ella.
  34. Dengan ini, tentera Parsi menganggap bahawa bilangan tentera berkuda Islam adalah berkurangan daripada yang disangka.
  35. Sulla menganggap perkahwinan ini sebagai satu simbol penentangan, terutamanya kerana Caesar berkhidmat dalam tenteranya.
  36. Dari sudut pandangan ini, Henri Fayol, seorang anak Perancis, menganggap bahawa pengurusan terdiri daripada lima fungsi:
  37. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka.
  38. Namun kaum Mahasanghika yang ingin memisahkan diri, menganggap ini terlalu individualistik dan terlalu mementingkan diri.
  39. Hasilnya, kebanyakan ahli kosmologi menganggap model Letupan Besar bagi alam semesta sebagai penjelasan terbaik bagi CMBR.
  40. Dan juga, masyarakat Byzantine sendiri kekal menganggap empayar mereka sebagai Rom lebih dari satu millennium (seribu tahun).
  41. Hampir semua masyarakat maju menganggap pemaksaan orang lain untuk melakukan kegiatan seks sebagai suatu jenayah yang serius.
  42. Hitler menganggap peristiwa ini sebagai suatu kesempatan untuk menumbangkan kerajaan Bavaria dan juga kerajaan demokratik Jerman.
  43. Empayar Rom Byzantine dan empayar Parsi Sassanid menganggap bangsa Arab bukan merupakan ancaman besar bagi mereka pada ketika itu.
  44. Firaun menganggap kejayaan mereka berpunca daripada Amun, begitu juga dengan kemewahan dan suburnya tanah di sekitar kuil-kuilnya.
  45. Musuh ketenteraan bagi de Herrera, disokong oleh akhbar populist, menganggap kehadiran Slidell's di Bandar Mexico sebagai penghinaan.
  46. Apabila ini berlaku, golongan Saudara Baru akan merasa tersisih dan menganggap bahawa segala keperluan dan kebajikannya mula terabai.
  47. Caesar amat menyintai ibu Brutus, yang telah diambil sebagai wanita simpanannya dan menganggap Brutus sebagai anak kandungnya sendiri.
  48. Bohemia merupakan sebuah wilayah autonomi yang ditadbir Nazi dimana kerajaan Jerman menganggap ia sebahagian daripada Reich Jerman Raya.
  49. Kebanyakan orang menganggap dirinya sebagai sebahagian umat, dan identiti mereka berdasarkan agama mereka daripada kumpulan etnik mereka.
  50. Hanya selepas kemerdekaan dari Colombia pada tahun 1903 barulah ada yang mula menganggap Panama sebagai entiti Amerika Utara atau Tengah.
  51. Bagaimanapun, banyak ahli sains sosial seperti ahli antropologi Fredrik Barth dan Eric Wolf tidak menganggap identiti etnik sebagai sejagat.
  52. Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri pigmen cat, para pengecat serta pelukis, secara tradisi, menganggap warna pelengkapnya sebagai warna ungu.
  53. Salah satu cara untuk menyeleraskan kedua-dua teori ini adalah untuk menganggap bahawa adanya sejenis ether yang membenarkan cahaya melintas.
  54. Ada sesetengah golongan sarjana mendakwa yang Gimel Semitik datang daripada gambar unta, tetapi kebanyakan sarjana menganggap ia adalah gaml .
  55. Golongan samurai menganggap Keshogunan Tokugawa semakin goyah, lalu memberontak sehingga tercetusnya Perang Boshin dari tahun 1867 hingga 1868.
  56. Nasha bagaimanapun tidak menafikan bahawa Abdul Aziz ialah bapa kandungnya tetapi beliau menganggap bapa saudaranya sebagai bapa dalam hidupnya.
  57. Kerana menganggap komandannya akan diserang oleh angkatan tentera awam militia, angkatan tentera Inggeris Kompeni D yang dipimpin oleh Mejar Venu K.
  58. Pada 2 November 2009, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menganggap bahawa isu tauliah mengajar agama adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah.
  59. Gereja Roman Katolik menganggap mereka sebagai pewaris yang sah kepada kekuasaan yang diturunkan oleh Jesus Christ kepada 12 orang pengikut HawariNya .
  60. Pada satu masa, dia menganggap Tookoo sebagai abangnya dan sentiasa mengikuti Tookoo dalam mencari sesuap rezeki demi kelangsungan hidup mereka di kota.
  61. Para pimpinan tentera dan tentera awam militia Indonesia marah ketika membaca risalah ini dan menganggap bahawa Mallaby tidak menepati perjanjian mereka.
  62. Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap Ketua Wanita UMNO kerana menganggap Menteri Kebajikan dan Masyarakat itu tidak amanah dalam menjalankan tugas.
  63. Malah ramai rakyat Taiwan menganggap diri mereka nasionalis Cina sebab persamaan budaya mereka tetapi menolak China kerana kerajaannya berfahaman komunisme.
  64. Pada masa kini, orang menganggap bahawa pelestarian bahasa adalah tanggungjawab pemerintah, sebagai sebahagian daripada pentafsiran atas Perjanjian Waitangi.
  65. Judaisme Ortodoks menganggap penggunaan sedimikian tidak berapa tepat, kerana mazhab itu tidak menganggap synagogue sebagai pengganti Kuil di Baitulmuqaddis .
  66. Orang-orang Yunani menganggap bahawa perbuatan itu hanya dikhaskan untuk dewa-dewa, dan percaya bahawa Iskandar bermaksud hendak menjadikan dirinya sebagai dewa.
  67. Pada tahun 1765, penduduk koloni masih menganggap mereka sebagai taklukan di bawah Monarki British dengan hak dan tanggungjawab sama seperti penduduk di Britain.
  68. Malangnya para askar awam militia menganggap bahawa mereka telah diserang oleh askar-askar Inggeris yang berada di dalam Bangunan Antarabangsa dan menembak balas.
  69. Ada yang menganggap beberapa kawasan bandar berdekatan NCT sebagai kawasan Delhi; begitu juga dengan New Delhi, ibu negara India yang terletak dalam lingkungan metropolis.
  70. Peraturannya tidak tetap, tetapi secara amnya mahkamah akan menganggap sesetengah keputusan sebagai tidak penting, dan seterusnya tidak boleh dipakai dalam kes masa depan.
  71. Biasanya, stereotaip masyarakat menganggap golongan yang mengikuti aliran seni adalah kumpulan yang tidak pandai dan aliran ini adalah bagi orang yang tidak mampu belajar.
  72. Pihak Nazi menganggap SS sebagai satu unit elit, atau "Pengawal Praetorian" parti,dengan semua anggota SS dipilih berdasarkan ketulenan bangsa dan kesetiaan pada Parti Nazi.
  73. Time Almanac 2007 mengelaskan ketiga-tiganya di Eropah Timur tetapi Agensi Perisikan Pusat dan PBB tidak menganggap negara-negara berikut terletak di Eropah, sebaliknya di Asia.
  74. Ini disebabkan salah faham kerana Islam telah menganggap penganutnya bersaudara, oleh itu panggilan saudara baru merujuk kepada mereka yang baru menjadi saudara-saudara seIslam.
  75. Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme.
  76. Dapatan ini mencabarkan pemahaman kimia pada masa itu yang menganggap bahawa sebatian kimia hanya boleh berbeza jika sebatian-sebatian itu mempunyai kandungan unsur yang berbeza.
  77. Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.
  78. Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau.
  79. Disebabkan kesalingbergantungan medan-medan elektrik dan magnet ini, adalah wajar bagi kita menganggap kedua-dua medan ini sebagai satu entiti yang tunggal, iaitu medan elektromagnet.
  80. Tradisi menganggap bahawa Senat ditubuhkan buat pertama kali oleh Romulus, pengasas mitos Rom, sebagai majlis penasihat yang terdiri daripada 100 ketua keluarga yang dipanggil Patres .
  81. Masa diskret menganggap nilai-nilai pemboleh ubah sebagai berlaku pada "titik-titik masa" berasingan, atau secara persamaan sebagai tidak berubah sepanjang setiap bidang masa bukan sifar .
  82. Kerajaan Jepun masih menganggap Tokyo-to sebagai “Metropolis Tokyo” bagi kebanyakkan perkara, dan kerajaan Jepun menggunakan nama rasmi bagi Tokyo ialah “Kerajana Metropolis Tokyo”.
  83. Walaupun pemerian itu tidak diiktiraf sebagai ilmu sains oleh komuniti sains, termasuk Poe sendiri, Poe mengatakan bahawa beliau hanya ingin menganggap karyanya sebagai "puisi prosa" sahaja.
  84. Kebanyakan analisis tentang Mesir dalam perang menganggap bahawa niatnya membabitkan penaklukkan semula semua atau hampir semua kawasan Sinai yang sebenarnya merupakan matlamat yang diumumkan.
  85. Kita cenderung untuk menganggap tumbuhan sebagai organisma multicellular, eukaryotic yang biasanya tidak mempunyai organ deria atau pergerakan terkawal dan lengkap dengan akar, batang, dan daun.
  86. Selain daripada pencapaian tenteranya, Napoleon juga diingati untuk pengasasan Kod Napoleon, dan sesetengah orang pula menganggap beliau sebagai salah satu daripada "pemerintah kuku besi berihsan".
  87. Para ahli Perjanjian Baru cenderung menyamakan komuniti Qumran dengan kaum Eseni, atau menganggap Qumran sebagai pusat dari kumpulan-kumpulan Eseni lain yang berselerak di Palestin atau di luarnya.
  88. Dua tahun kemudian pada tahun 1614, Bapa Tommaso Caccini mengutuk pendapat-pendapat Galileo terhadap pergerakan Bumi, dan menganggap pendapatnya sebagai bidaah yang berbahaya dan hampir menyeleweng.
  89. Apabila Mikhail Gorbachev mengambil alih kuasa, sentimen umum di dalam parti dan masyarakat menganggap ekonomi yang dirancang telah gagal dan terdapat keperluan untuk memperkenalkan ekonomi pasaran.
  90. Sebaliknya, para penyokong aksara Cina ringkas amat membantah pemerihalan aksara tradisional sebagai "baku" kerana mereka menganggap bahawa aksara-aksara ringkas yang baru adalah aksara baku sezaman.
  91. Ramai orang menganggap gegancu basikal sebagai "gear" meskipun istilah sedemikian sebenarnya kurang tepat, oleh yang demikian nisbah gear basikal merujuk kepada nisbah gegancu yang digunakan pada basikal.
  92. Para Egiptologi umumnya menganggap baginda sebagai salah seorang firaun perempuan yang paling berjaya di Mesir, yang memerintah lebih lama daripada pemerintah perempuan manapun dalam sesebuah dinasti asal.
  93. Walaupun stele ini yang merujuk kepada suatu kelompok orang bertarikh pada lebih kurang 1211 SM, tradisi-tradisi Yahudi menganggap Tanah Israel sebagai Tanah Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama 3,000 tahun.
  94. Namun terdapat sesetengah gereja di luar Anglican Communion yang juga menganggap mereka sendiri dalam tradisi Anglikan, yang paling terkenal ialah mereka yang dirujuk sebagai gereja-gereja Anglikan Berterusan.
  95. Sesetengah orang menganggap kedua-dua istilah "genre" dan "gaya" sebagai sama sahaja dan menyatakan bahawa genre harus ditakrifkan sebagai buah-buah muzik yang berkongsi sesuatu "gaya" atau "bahasa muzik asas".
  96. Salah satu aliran fikiran menganggap pengurusan sebagai serupa dengan "pentadbiran perniagaan", meskipun ini mengecualikan pengurusan di tempat-tempat bukan perniagaan seperti pertubuhan amal dan perkhidmatan awam.
  97. Kumpulan yang menggunakan bahasa-bukan Arab liturgikal - seperti Coptik di Mesir - adalah terutamanya kemungkinan menganggap diri mereka bukan-Arab, meskipun mereka tidak etniknya berbeza dari rakan senegara Muslim.
  98. Bahagian Statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggap bahawa Eropah Timur terdiri daripada 10 negara berikut: Belarus, Bulgaria, Republik Czech, Hungary, Moldova, Poland, Romania, Rusia , Slovakia, Ukraine.
  99. Kaum Eseni menganggap bahawa dunia telah menjadi sangat jahat dan kotor, sehingga mereka berupaya membentuk komuniti sendiri, di mana mereka boleh menjaga kesucian hidup mereka serta dilindungi dari dunia yang jahat.
  100. Apabila sepatah perkataan dalam bahasa kedua adalah mirip dengan perkataan dalam bahasa ibunda daripada segi fonologi atau tampak, pelajarnya sering menganggap kedua-dua perkataan itu sebagai mempunyai makna yang sama.
  101. Tidak ramai orang menganggap diri mereka Arab pada asasi dari definisi politikal tanpa linguistik yang satu—demikian Kurd atau Berber tidak biasanya mengenali diri mereka sendiri sebagai Arab—tetapi sesetengah ada .
  102. Mereka menganggap bahawa tujuan untuk menjadi arhat tidak cukup, dan menyatakan bahawa tujuan yang sejati adalah mencapai status Buddha penuh dan dengan itu, membuka membuka jalan untuk faham Mahayana yang kelak muncul.
  103. Pemindahan kanak-kanak yang sesetengah ahli sejarah dan orang asli Australia menganggap sebagai suatu penghapusan bangsa mengikut sebilangan takrif, mungkin merupakan antara sebab kemerosotan jumlah penduduk orang asli.
  104. Israel meminta Jordan supaya mengakhiri serangannya, dan memberitahu duta besar Jordan bahawa ia akan menganggap serangan Jordan tersebut sebagai "tembakan serentak yang mulia yang perlu dilakukan sebagai salah satu sekutu Mesir.
  105. Menyesali keadaan yang berlaku,sekumpulan masyarakat Islam cuba menyalahkan ketiga-tiga tokoh tersebut dan menganggap mereka sebagai punca berlaku perpecahan Islam.Mereka menubuhkan pakatan sulit dan menamakannya sebagai Khawarij.
  106. Mazhab-mazhab tradisional menganggap Buddha adalah seorang manusia biasa yang mencapai makrifat, yang juga biasa dicapai oleh para sami yang mentaati peraturan biarawan dan mengamalkan ajaran Buddha demi mengatasi samsara dan mencapai arhat.
  107. Selepas Hitler berkuasa pada tahun 1933, terdapat permohonan mendadak daripada rakyat Jerman untuk menyertai Parti dan golongan lama memandang hina keahlian baru ini, menganggap permohonan mereka lebih kepada oportunistik daripada idealistik.
  108. Misha turut mengakui tidak kisah menunggu lama dan terpaksa berbelanja besar untuk Misha Omar kerana ia memuaskan hatinya, malah menganggap album ketiganya itu sebagai album terbaik pernah dihasilkannya sepanjang sedekad menceburi bidang nyanyian.
  109. Kesan daripada kemasukan lagu-lagu Hindi dan tindakan beberapa rangkaian radio swasta yang tidak mahu menyiarkan lagu-lagu dangdut dan menganggap ia muzik kelas bawahan juga menjadi faktor kenapa irama dangdut agak sepi apabila memasuki alaf baharu.
  110. Bilangan ini termasuk semua yang menganggap diri mereka Yahudi samada atau tidak dipenggabungan, dan, dengan pengecualian dari populasi Yahudi Israel, tidak dimasukkan yang tidak menganggapdiri mereka Yahudi atau yang tidak Yahudi mengikut halakha.
  111. Di situ dikatakan bahawa "memandangnya jauh lebih cantik dari apa-apapun, kemolekannya dan bentuk tubuhnya sungguh bagaikan seorang dewi." Sebahagian menganggap aneh bahawa seorang Firaun perempuan ternyata begitu berani, dalam usia 50-an seperti Hatshepsut.
  112. Oleh itu, para ahli sains dan ahli sejarah telah menganggap pada awal abad ke-20 bahawa Maut Hitam merupakan cetusan penyakit yang sama yang diakibatkan oleh bakteria Yersinia pestis dan direbakkan oleh pinjal-pinjal dengan bantuan haiwan-haiwan seperti tikus hitam .
  113. Memetik undang-undang antarabangsa, Israel menganggap bahawa Mesir telah menyalahi undang-undang apabila negara itu menutup Selat Tiran, dan menyatakan bahawa ia akan menganggap kepungan itu sebagai suatu casus belli pada tahun 1957 apabila ia berundur dari Sinai dan Gaza.
  114. Unit GPS yang bertujuan utama menyukat masa dan bukan navigasi, boleh diset untuk menganggap kedudukan antena adalah tetap; dalam mod ini, peranti akan memuratakan ketetapan kedudukannya supaya selepas kira-kira sehari beroperasi, kedudukannya akan diketahui dalam beberapa meter.
  115. Sebenarnya, ia lebih selamat untuk menganggap perbincangan di atas merupakan tumbuhan vaskular (khususnya paku-pakis, konifer, tumbuhan berbunga, dan beberapa yang lain) kecuali disebut berlainan (contoh., ...dalam tumbuhan vaskular dan bukan vaskular seperti ini dan ini dan ini ).
  116. Pencalonan Ahli Fiqir dalam AIM ke-13 juga menimbulkan keresahan beberapa pihak yang menganggap bahawa pengiktirafan kepada kumpulan hip-hop yang terdiri daripada warga Singapura dan Indonesia itu tidak seiring dengan tujuan acara ini iaitu untuk mengiktiraf bakat-bakat dari Malaysia.
  117. Walaupun konflik ini diumumkan berakhir pada tahun 1902, pasukan penjajahan Amerika tetap meneruskan permusuhan terhadap baki-baki Angkatan Bersenjata Filipina dan kumpulan penentang yang lain sehingga tahun 1913, dan beberapa ahli sejarah menganggap perpanjangan ini sebagai sebahagian daripada perang.
  118. Menurut sumber, dia mendapati bantuan Muhammad bapa saudaranya al-Abbas, meskipun sebahagian ulama menganggap bahawa sejarah bertulis di bawah pemerintahan keturunan Abbas, dinasti Abbasiyah, telah dibesar-besarkan peranan Abbas dan memandang ringan peranan Sufyan, yang merupakan moyang kepada yang musuh Abbasiyyah.
  119. Pejuang-pejuang ini menyatakan bahawa layanan terhadap hamba abdi di zaman permulaan Islam tidak pernah berlaku di tempat-tempat lain sebelum ini di mana hamba yang telah mendapat kemerdekaan enggan berpisah dengan tuan mereka kerana telah menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada anggota keluarga tuan mereka.
  120. Walaupun Hawking menghidap penyakit itu, beliau menganggap diri sebagai seorang yang "bernasib baik" — keuzuran kesihatannya yang perlahan bukan sahaja memberinya masa untuk membuat penemuan-penemuan yang berpengaruh tetapi juga, dalam perkataannya sendiri, memberinya masa untuk mempunyai "sebuah keluarga yang amat menarik" .
  121. Pihak gereja Protestan juga memainkan peranan sebagai “sekolah demokrasi” .” Golongan Congregasionalis, Baptis dan Presbiterian menganggap prinsip dan kesediaan untuk menentang pemerintah zalim selari dengan kisah dalam Perjanjian Lama terutamanya Eksodus apabila Bani Israel membantah Firaun dan melarikan diri untuk bebas.
  122. (Suda, sebuah ensiklopedia Yunani zaman pertengahan, menyatakan bahawa Trajan, pendahulu Hadrian, melantik Plutarch sebagai peguam cara Illyria, tetapi kebanyakan ahli sejarah menganggap bahawa ini tidak mungkin kerana Illyria bukan sebuah wilayah yang mempunyai peguam cara, dan Plutarch mungkin tidak bertutur dalam bahasa Illyria.
  123. Walaupun rujukan sejarah kepada bandar raya ini wujud sebelum 900 Masihi, sejarah tertulis untuk petempatan yang berterusan hanya wujud sejak 1537 ketika Kempe Gowda I, yang banyak orangmenganggap sebagai arkitek Bangalore moden, membina sebuah kubu lumpur di bandar raya ini dan mengasaskannya sebagai sebuah provinsi Empayar Vijayanagara.
  124. Pada mulanya, kerajaan Fatimiyah menganggap tentera Salib sebagai satu ancaman, hanya menganggap mereka dihantar oleh Byzantine dan mereka berpuas hati dengan penawanan Syria serta membiarkan Palestin bersendirian; kerajaan Fatimiyah tidak mengirim bala tentera menentang tentera Salib hinggalah tentera Salib itu sudah tiba di Baitul Maqdis.
  125. Ada yang menganggap sayap kanan itu termasuklah bentuk-bentuk liberalisme yang lebih menekankan pasaran bebas berbanding egalitarianisme apabila membincangkan kekayaan, namun sesetengah penyokong pasaran bebas, termasuk beberapa libertarian, membayangkan spekturm politik dua dimensi yang dikatakan mereka sebagai menggambarkan pendirian politik mereka dengan lebih tepat.
  126. Banyak cendekiawan menganggap bahawa Injil Yohanes menggambarkan waktu penyaliban sebagai baru sahaja sebelum perayaan Passover pada hari Jumaat, 14 Nisan, manakala Injil-injil sinoptik memerihalkan waktu Santapan Terakhir yang merupakan makan Passover pada hari Jumaat, 15 Nisan, sebagai baru sahaja sebelum penangkapan Yesus; bagaimanapun, sebilangan cendekiawanmenganggap bahawa pemerian sinoptik adalah secucuk dengan pemerian dalam Injil Yohanes.
  127. Sejak kerajaan ini ditadbir Pakatan Rakyat mulai Mac 2008, katanya lagi, "keadaan di Selangor banyak berubah terutama kebebasan para penceramah agama untuk menyampaikan kuliah dan tazkirah bagi membasmi kejahilan ummah." "Dewan Pemuda PAS turut melahirkan rasa kesal atas tindakan Jais dengan menganggap isu seperti ini boleh diselesaikan secara lebih hikmah tanpa perlu membuat sebarang tangkapan yang boleh mencetus polemik dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap Jais."
  128. Hong Kong menduduki tangga teratas untuk 14 tahun berturut-turut dalam Indeks tersebut yang bertujuan mengukur "ketiadaan paksaan atau kekangan kerajaan terhadap pengeluaran, edaran, atau penggunaan barang dan perkhidmatan selain yang perlu agar melindungi dan mengekalkan kebebasan rakyat." Oleh itu, Milton Friedman menyifatkan Hong Kong sebagai sebuah negeri laissez-faire danmenganggap dasar itu timbul daripada perkembangan pesat dari kemiskinan ke kemakmuran dalam 50 tahun.


No comments:

Post a Comment