Saturday, February 6, 2016

Contoh Ayat Perkataan "ketara"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "ketara" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Terdapat masalah ketara dengan penguatkuasaan cara begini.
  2. Perubahan yang ketara di Kyrgyzstan dilihat pada awal 1990an.
  3. Populasi katak telah menurun dengan ketara sejak tahun 1950-an.
  4. Kelemahan mereka semakin ketara apabila Jepun mula menduduki Tanah Melayu.
  5. Adanya perbezaan ketara antara pariti kuasa beli dan kadar pertukaran pasaran.
  6. Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman.
  7. Generasi sezaman dengan Gauss tidak membuat perbezaan ketara antara tulen dan gunaan.
  8. Di kawasan ini berlaku perbezaan musim yang ketara dan perubahan aliran yang keterlaluan.
  9. Pengaruh English sangat ketara di Barbados berbanding dengan kepulauan lain di West Indies.
  10. Terdapat unsur ketara keenggannan majoriti Mahkamah untuk terlibat dalam satu pertikaian dengan Majlis.
  11. Persamaan pembezaan memainkan suatu peranan ketara pada kejuruteraan, fizik, ekonomi, dan disiplin lain.
  12. Peristiwa yang dikenali sebagai Perang Tujuh Tahun ini telah membawa kemusnahan yang ketara kepada Korea.
  13. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata.
  14. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian masa lapang bagi hampir seluruh populasi dunia.
  15. Perubahan yang paling ketara ialah peralihan ke pertanian, yang menjadi teras ekonomi dan kebudayaan zaman tersebut.
  16. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia.
  17. Schumacher kemudiannya menang di Argentina, dan prestasi Ferrari meningkatkan dengan ketara pada separuh musim kedua ini.
  18. Tempoh pengeraman tularemia adalah 1 hingga 14 hari; kebanyakan jangkitan manusia menjadi ketara selepas 3 hingga 5 hari.
  19. Yang paling ketara ialah Chelsea, Fulham dan Brentford, yang pertandingan dengan mereka dikenali sebagai derbi London Barat.
  20. Terdapat populasi orang Moor yang ketara yang berketurunan pedagang-pedagang Arab dan pendatang-pendatang dari Timur Tengah.
  21. Pengaruh Nietzsche kekal ketara di dalam dan di luar bidang falsafah, terutamanya di dalam Eksistensialisme dan pasca modernisme.
  22. Teori persamaan pembezaan agak maju dan kaedah yang digunakan untuk kajian mereka mempunyai perbezaan ketara dengan jenis persamaan.
  23. Perbezaan yang lebih ketara antara "pasti" dan "kebarangkalian 1" dapat diperolehi dengan lebih mendalam di dalam artikel "hampir pasti".
  24. Walaupun "Revolusi Hijau" meningkatkan hasil padi dengan ketara di Asia, tidak terdapatnya sebarang kenaikan hasil yang dilihat pada 15-20 tahun yang lalu.
  25. Kebanyakan penganut Kristian Sri Lanka adalah bermazhab Katolik, terdapat bilangan ketara yang menganuti mazhab Gereja Reformasi Belanda dan Kommunion Anglikan.
  26. Dalam konteks biologi, Australasia bukan Dunia Baru mahupun Lama, kerana flora dan faunanya ketara bezanya daripada flora dan fauna di Eurasia dan benua Amerika.
  27. Sesetengah pengkaji berpendapat terdapat perbezaan ketara antara bahasa haiwan dan manusia yang menyebabkan perhubungan antara kedua kumpulan ini sukar dilakukan.
  28. Bidang-bidang ini sangat berkait rapat dengan pembangunan fizik Newton, dan hakikatnya ahli matematik dan ahli fizik tidak dibezakan dengan ketara sebelum abad ke-19.
  29. Persamaan ketara dalam laluan metabolik mungkin disebabkan penampilan awal semua organisma dalam evolusi yang kemudiannya dikekalkan mengikut keberkesanan sesuatu fungi.
  30. Beberapa teorem akan dianggap "remeh" jika ia mengikut dari definisi, aksiom, dan teorem yang lain secara ketara dan tidak mengandungi sebarang pemahaman yang mengejutkan.
  31. Hadiah wang tunai telah meningkat dengan ketara sejak musim 2009 dan kelab boleh mendapat hadiah wang tunai meskipun pada peringkat kumpulan bergantung kepada prestasi mereka.
  32. Manakala, Hokkien atau minnan dan Teochew adalah bahasa utama di daerah ini, kemudian diikuti oleh dialek Hakka dan dialek minoriti yang ketara adalah Kantonis dan dialek Hainan.
  33. Kit bola sepak telah berkembang dengan ketara sejak dari awal lagi sukan dipermainkan dimana biasanya pemain memakai baju kapas tebas, knickerbockers and kasut bola kulit yang berat.
  34. Disebabkan perindustrian dan pemindahan daripada negara lain ke Empayar Austria, populasi Vienna meningkat dengan ketara selepas kota ini diisytiharkan sebagai ibu negara Austria-Hungary .
  35. Kebanyakan perubahan dalam DNA menimbulkan kecacatan ataupun kelainan ketara yang tidak semestinya berbahaya, tetapi adakalanya memberi kelebihan berbanding hidupan seumpamanya yang normal.
  36. Batas antara Oligosen dan Miosen tidak dapat ditentukan secara mudah dengan suatu peristiwa, melainkan terdapat batas yang ketara antara Oligosen yang lebih panas dengan Miosen yang lebih sejuk.
  37. Panjang waktu siangnya hampir sama setiap hari, meskipun jurang perbezaan suhu purata antara siang dan malam jauh lebih ketara berbanding perbezaan suhu purata antara "musim panas" dan "musim sejuk".
  38. Laporan dan analisis warta berita saluran berkenaan lebih jelas melibatkan pandangan semua pihak dari setiap penjuru, satu perbezaan paling ketara berbanding dengan kebanyakkan media arus perdana yang lain.
  39. Sistem berparlimen dicirikan dengan tiadanya pengasingan kuasa yang ketara antara cabang eksekutif dan perundangan, maka mengamalkan resam sekatan dan imbangan yang berbeza berbanding dengan sistem berpresiden.
  40. Zaman kediktatoran m'ba dikenali sebagai "Kepentingan Perancis" yang kemudian secara ketara menjadi nyata ketika perajurit terjung payung Perancis terbang dalam masa 24 jam untuk mengembalikannya ke puncak kuasa.
  41. Sesetengah mentol terawal ini menampakkan kepincangan ketara seperti hayat yang amat singkat, kos pengeluaran mahal, dan penggunaan arus elektrik terlalu tinggi, oleh itu sukar untuk dipasarkan secara besar-besaran.
  42. Konsep keturunan linguistik adalah tidak begitu ketara berbanding konsep keturunan biologi; umpamanya dalam kes-kes pertembungan bahasa yang berketerlaluan, khususnya dalam pembentukan bahasa-bahasa kreol dan bahasa-bahasa campuran.
  43. Walaupun Eropah merupakan asas sukan ini, dan menjadi tuan rumah kira-kira separuh perlumbaan setiap tahun, skop Formula Satu telah berkembang dengan ketara sejak kebelakangan ini dan lebih banyak perlumbaan Grand Prix diadakan di benua lain.
  44. Pada awal 1990-an, Johor Bahru telah berkembang dengan ketara dari segi saiznya, dan secara rasmi yang diberi pengiktirafan sebagai sebuah bandar raya pada 1 Januari 1994 yang mana Dato' Hashim Yahya menjadi Datuk Bandar Johor Bahru yang pertama.
  45. Penganut-penganut Jainisme telah mempunyai kehadiran yang ketara dalam budaya India, dan telah menyumbang kepada falsafah India, seni, seni bina, sains, dan kepada politik Mohandas Gandhi yang menghasilkan gerakan tanpa keganasan untuk kemerdekaan India.
  46. Ini sangat ketara dalam Operasi Weserxbung, yakni serangan terhadap Norway, yang menyaksikan kegagalan para kapten U-boot yang jaguh untuk merosakkan kapal-kapal pengangkut dan perang British akibat torpedo-torpedo rosak yang tidak berfungsi dengan betul.
  47. Pasukan Jepun mempunyai sedikit kelebihan dari segi kelebihan bilangan anggota di utara Tanah Melayu, dan mempunyai kelebihan ketara dari segi bantuan udara jarak dekat, kereta kebal, kordinasi, taktik dan pengalaman, dengan tentera Jepun meraih pengalaman dalam Perang China-Jepun Kedua.
  48. Dari masa pemansuhan perhambaan hingga meletusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, pembaharuan Stolypin, perlembagaan 1906 dan Duma Negara melakukan perubahan ketara pada ekonomi dan politik Rusia,tetapi tsar masih tidak sanggup melepaskan pemerintahan autokrasi atau berkongsi kuasa.
  49. Dalam masa yang sama, adalah jelas kepada ahli alkimia bahawa sesuatu yang terlibat dalam proses kimia disimpan, meskipun dalam perubahan yang amat ketara dari segi fizikal dan rupa; adalah, bahan itu mengandungi "prinsip" yang mungkin disembunyikan dalam bentuk luaran dan didedahkan menggunakan manipulasi yang betul.
  50. Musim-musim tropika dikuasai oleh pergerakan jalur hujan tropika yang berulang alik di antara tropika utara dan selatan sepanjang setahun, menyebabkan timbulnya musim-musim kemarau dan tengkujuh, tanpa kebezaan suhu dan kepanjangan siang ketara yang menandakan pola musim bunga, panas, luruh dan sejuk yang terdapat di kawasan luar tropika.
  51. Tulisan bugis adalah tulisan disusun berdasarkan bentuk alam persekitaran tropika seperti bentuk gunung, bukit sungai dalam bentuk mudah dan ringkas kerana kaedah penulisan samada menggunakan lidi /kayu atau menggunakan badek/kawali di atas daun lontar atau digarit (bukan ukiran atau pahat) terus di atas tanah dan batu untuk tujuan komunikasi dipersekitaran hutan tropika yang mempunyai persamaan ketara dengan pelbagai tulisan di asia tenggara seperti tulisan rencong dan lampong dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment