Contoh Ayat menggunakan Perkataan "demi" dalam bahasa Melayu
- Sejak kecil biasa menjual payung demi keperluan sekolah dan jajan.
- Beliau melepasi pusingan demi pusingan sehinggalah ke peringkat akhir.
- Baris-baris dalam jadual mewakili peningkatan kuasa ribu demi ribu kali .
- Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.
- Bermacam-macam cara yang dilakukannya demi melihat hidup cucu-cucunya bahagia.
- Belanda mula mara di Sumatera, menguasai satu demi satu negeri-negeri di Sumatera.
- Tahun demi tahun, Ella & The Boys terus unggul di persada muzik rock tanah air.
- Sejak itu, Ani terus diberi peluang merakamkan satu demi album bersama Life Records.
- Beliau mengajar saya agar mengambil langkah demi selangkah, lama-kelamaan berjaya jua."
- Helah demi helah berlaku di mana Bella akhirnya telah jatuh cinta dengan Danial dan juga Randi.
- Konvensyen ini menjanjikan penghapusan senjata kimia buat selama-lamanya demi keselamatan dunia.
- Algoritma ialah tatacara langkah demi langkah dalam penyelesaian masalah dalam masa yang terhingga.
- Dari segi pemakanan pula,masyarakat perlu menjaga pemakanan sesama mereka demi penjagaan kesihatan.
- Banyak perkara yang dilakukan oleh Gamal Nasser perlu diperbentulkan demi ekonomi dan politik Mesir.
- mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.
- Konflik demi konflik, dalam masa sama Randi dalam diam sebenarnya mencintai Bella, begitu juga dengan Bella.
- Kejayaan demi kejayaan Ziana raih untuk album kedua beliau sehinggakan album tersebut terjual lebih 60,000 unit.
- Bacaan Berzanji dialunkan secara bergilir seorang demi seorang sambil disahuti oleh jemaah lain dengan kalimah 'ALLAH'.
- Namun demikian, album sulungnya itu cemerlang sekali, lalu membuka laluan untuk album demi album yang berjaya di pasaran.
- Beliau terus menjayakan lagu hit demi album hit, lagu-lagunya yang pelbagai genre termasuk pop, R&B, dan tradisional.
- Sebahagian masalah itu berpunca daripada kekangan bahawa barangan itu harus ditukarkan satu demi satu dan secara langsung.
- Ketabahannya menempuh segala kepayahan hingga sanggup mengubah dirinya demi cita-cita dan dendam oleh pengalaman yang hitam.
- Seterusnya, Sri Krishna memberikan rahsia penjelmaannya di bumi sebagai Jelmaan Tuhan yang datang demi mempertahankan Dharma.
- Pada tahun 1998 juga, Slam muncul dengan album Dalam Harapan dengan sedikit pembaharuan demi memastikan piawaian mutu terjaga.
- Kejayaan demi kejayaan ini telah membangkitkan semangat nasionalisme Arab sehingga Syria memohon untuk bersatu dengan negara Mesir.
- Sulli , tetapi ciptaan-ciptaan mereka ini masih tidak dapat menahan olengan di tengah-tengah laut demi menjaga masa dengan cukup jitu.
- Tugas Arjuna ialah untuk berperang demi menegakkan keadilan dan kebaikan dengan kejayaannya atau mati sebagai seorang wira, jika perlu.
- Setelah menyertai pertandingan demi pertandingan, pada usia 16 tahun, Siti berentap dalam Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995.
- Kaedah ini adalah lebih berkesan dibandingkan dengan cara biasa di mana pengguna perlu melihat satu demi satu kandungan yang disampaikan.
- Setelah mendapat penerimaan yang baik dari orang ramai dan meraih kejayaan demi kejayaan, Rabbani berjaya mengeluarkan lapan lagi buah album.
- Beliau mengajar mereka secara seorang demi seorang pelajar pada satu masa demi untuk memberi tumpuan sepenuhnya dan bukannya secara serentak.
- Akhir kata, seluruh ahli keluarga haruslah selalu bersenam demi menjaga kesihatan dan pada yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.
- Noor pada 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja bagi negeri Perak yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu.
- Ketegasan beliau bukanlah ibarat kacang lupakan kulit tetapi inginkan perubahan dalam muzik serta lagu demi menjamin karier beliau sebagai penyanyi.
- Rejim demi rejim yang bersilih-ganti pada abad ke-19 menangani tekanan sedemikian dengan pembaharuan yang tidak bersungguh-sungguh serta penindasan.
- Kerja yang dilakukan sebagai satu tanggungjawab, dengan semangat tersisih dan demi kebaikan dunia, akhirnya akan membantu jiwa mencapai kesempurnaan.
- Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada Kristian Ortodoks Timur yang berpusat di Empayar Bizantine.
- Malangnya Israel terus menghalang penduduk Israel untuk terus bekerja di tanah mereka, merampas tanah mereka dan melakukan pembunuhan demi pembunuhan.
- Pada satu masa, dia menganggap Tookoo sebagai abangnya dan sentiasa mengikuti Tookoo dalam mencari sesuap rezeki demi kelangsungan hidup mereka di kota.
- Perlembagaan Republik dipinda untuk menggantikan tuntutannya terhadap wilayah Ireland Utara sambil mengakui hasrat nasionalis demi Ireland yang bersatu.
- Seorang mufti haruslah berani melawan arus dan mampu berbeza pendapat dengan umara selagi ia menepati dengan hukum syarak demi menegakkan syariat Islam.
- Akhirnya, Anita ditemui oleh EMI Records dan mencapai satu tempoh yang amat berjaya, mencatatkan satu kejayaan demi satu kejayaan dengan nyanyian solonya.
- Program ini bertujuan mengkatalog, menyenarai, menama dan mengabadikan tapak-tapak ulung warisan budaya atau warisan semula jadi penting demi warisan sejagat.
- Taylor dan Chad menyedari yang mereka melakukan kesalahan besar dengan menyakiti hati kawan baik mereka dan menghalang hasrat mereka demi kepentingan sendiri.
- Kami menyediakan pengetahuan dan mengambil tindakan demi memastikan keselamatan nasional Amerika Syarikat dan mengekalkan kehidupan serta impian rakyat jelata.
- Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam.
- Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah/kerajaan memberikan pelbagai faedah istimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan rakyat terbanyak.
- Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
- Pemandangan ini yang sangat berbeza dengan persembahan tarian mengukuhkan azamnya untuk meninggalkan istana demi mencari-cari penamatan penderitaan semua makhluk.
- Minat utamanya masih kekal dalam sains, terutamanya subjek Biologi, sedangkan subjek sekolah yang lain dilayan dengan berbeza, demi mengecewakan permintaan ayahnya.
- Babylon merupakan salah sebuah negara kota kuno yang bertaburan di dataran Mesopotamia dan berperang dengan satu sama lain demi menguasai tanah pertanian yang subur.
- Di laut, empayar ini bersaing dengan Liga-Liga Suci yang terdiri daripada Sepanyol Habsburg, Republik Venice dan Kesatria Santo Yohanes demi menguasai Mediterranean.
- Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.
- Negara-negara jajahan Perancis di luar negara pada asalnya di bawah kawalan Vichy, tetapi ia kehilangan satu demi satu kepada pergerakan Perancis Bebas pimpinan de Gaulle.
- Kontroversi demi kontroversi yang telah dilakukannya, mengakibatkan Madonna terbeban oleh publisiti negatif dari pengkritik dan peminat yang mendapatinya sudah keterlaluan.
- Merujuk kepada kerajaan Israel, lima puluh tentera Jordan telah terbunuh tetapi bilangan sebenar telah dirahsiakan demi menjaga moral dan keyakinan dalam rejim Raja Hussein.
- Seperti biasa, Awal dan Marion memperkenalkan setiap finalis satu demi satu, mengimbau kembali pengalaman para juri sepanjang ujibakat, dan menanyakan harapan juri musim ini.
- Mereka yang pakar dari sesebuah universiti haruslah dihubungi, dirunding, diminta pendapat dan diadakan persidangan yang lebih kerap serta sentiasa membuat kajian demi kajian.
- Untuk mencapai tujuan tersebut, setiap Legat bekerjasama dengan penguatkuasa tempatan negara masing-masing serta mengkordinasikan penyiasatan demi kepentingan kedua-dua negara.
- OIML ditubuhkan untuk membantu dalam menyelaraskan peraturan-peraturan sedemikian di peringkat antarabangsa demi memastikan peraturan-peraturan itu tidak menghambat perdagangan.
- Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya.
- Kumpulan yang mendakwa sebagai generasi kedua peneroka Lembaga Tanah Persekutuan berkumpul sedikit demi sedikit sebelum menyerahkan memorandum bantahan mereka dua jam selepas itu.
- Mereka menerima pujian demi pujian sebaik sahaja selesai persembahan itu dan ia menyemarakkan lagi semangat Butterfingers kerana persembahan itu merupakan medan bagi Butterrfiners.
- William Shakespeare memparafrasakan sebilangan bahagian daripada terjemahan Thomas North untuk Kehidupan pilihan dalam drama-dramanya, dan kekadang memetiknya secara kata demi kata.
- Tanpa mengetahui latar belakang permusuhan keluarga mereka, kejadian demi kejadian diantara mereka tidak disangka-sangka malah menyebabkan tumbuhnya benih-benih cinta diantara mereka.
- Rancangan Bersamamu diwujudkan untuk memberi peluang kepada pihak terbabit menguruskan dengan lebih teratur setiap dana yang terkumpul demi kebajikan mereka yang kurang bernasib baik.
- Dengan cubaan demi cubaan, Anuar Zain akhirnya melangkah dengan lebih berani lagi ke dalam industri seni tanah air hingga menjulang namanya apabila dinobatkan dengan pelbagai anugerah.
- Ikrar akad wakaf dilaksanakan dengan ikrar dari wakif untuk menyerahkan harta benda yang dimiliki secara sah untuk diurus oleh nadzir demi kepentingan ibadah dan kesejahteraan masyarakat.
- Pentarikhan biasanya dilakukan selepas artifak digali keluar, tetapi demi mendukung amalan luhur, biasanya terdapat kerja pentarikhan awal yang serentak dengan penggalian iaitu "spot dating".
- Pada 21 Oktober 2015, dalam perlantikan menteri-menteri kabinet baru, baginda telah bertitah dan menyeru bahawa suara rakyat Brunei hendaklah di dengar dalam apa jua cara demi memajukan negera.
- Dalam usaha untuk menangkap imaginasi belia demi memberikan inspirasi dalam merealisasikan impian tersebut, kempen 1Malaysia Untuk Belia diwujudkan bagi menjalankan aktiviti berkaitan sukarelawan.
- Seterusnya dalam usaha MARA untuk melahirkan cendiakawan bumiputera yang maju dan berdaya saing dalam era teknologi maklumat ini, sebuah demi sebuah MRSM telah ditambah dan dikembangkan operasinya.
- Homeostasis merupakan keupayaan sesebuah sistem mengekalkan keadaan dalamannya demi mencapai keadaan yang stabil melalui keseimbangan dinamik berganda yang dikawal oleh mekanisme kawal atur berhubung.
- Kebanyakan gambar foto dicipta oleh kamera yang menggunakan kanta untuk memfokus panjang gelombang cahaya nampak daripada sesuatu pemandangan demi membuat salinan yang dapat dilihat dengan mata manusia.
- Minggu demi minggu Chong akhirnya dinobatkan sebagai juara musim pertama Akademi Fantasia, lalu menerima pelawaan untuk berduet dengan artis ternama Nora bagi lagu Dilema '03 untuk album hits terbaik Nora.
- Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.
- Sejarawan Sepanyol melihat Reconquista sebagai acuan penting membentuk sebuah pasukan yang berwatak Castilian, dengan kesedaran "kebaikan tertinggi adalah untuk mati bertarung demi agama Kristian sesuatu negara".
- Kebanyakan definisi terorisme yang utama termasuk tindakan-tindakan yang berniat menimbulkan ketakutan, dilakukan demi mencapai matlamat ideologi , dan sengaja menyasarkan atau mengabaikan keselamatan orang awam.
- Hari demi hari, minggu demi minggu, Tomok berjaya membuka sedikit ruang untuk diterima dan bakatnya itu diiakan oleh pengkritik tetap program itu Shafinaz Selamat dan Paul Moss begitu juga dengan rakyat Malaysia.
- Kebanyakan manuskrip tersebut ditulis oleh Josef Mengele dengan menggunakan kata ganti diri ketiga bergelar ‘Andreas‘ demi mengelakkan beliau dikesan sekiranya penulisan beliau dijumpai mana-mana pemburu Nazi.
- Di penghujung tahun 2006, Agnes memutuskan untuk berhenti sepenuhnya dari kuliahnya di Universiti Pelita Harapan, bidang undang-undang, demi memusatkan usahanya bagi memenuhi matlamatnya untuk pentas antarabangsa.
- Melihat kesungguhan Rahim yang sanggup mengorbankan seketika minatnya terhadap muzik rock yang masih baru ketika itu demi permintaan pasaran, Ben menyuruhnya menjalani uji bakat dengan segera dan akhirnya diterima.
- Jadi itu bukan punca dilewatkan sebaliknya kita mahu menyuntik pelbagai pembaharuan demi kebaikan." Sehubungan dengan itu, tempoh pencalonan AIM18 dipanjangkan kepada 18 bulan, iaitu dari 1 Januari 2010 hingga 30 Jun 2011.
- Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Jerman, Tentera Merah the Red Army akhirnya berjaya membendung kemaraan Jerman pada 1943, dan pada 1945, menduduki sebahagian besar Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman .
- Menurut rencana itu, satu dokumen yang ditemui Yoshida menunjukkan bahawa KÅa-in terlibat secara langsung dalam menyediakan dana kepada penjual dadah di China demi manfaat kerajaan-kerajaan boneka Manchukuo, Nanjing dan Mongolia.
- Baginda menjadi raja pertama Empayar Babylon ekoran penurunan takhta ayahandanya, Sin-Muballit, kemudian meluaskan penguasaan Babylon ke atas Mesopotamia dengan memenangi peperangan demipeperangan terhadap negeri-negeri yang berdekatan.
- Mazhab-mazhab tradisional menganggap Buddha adalah seorang manusia biasa yang mencapai makrifat, yang juga biasa dicapai oleh para sami yang mentaati peraturan biarawan dan mengamalkan ajaran Buddha demi mengatasi samsara dan mencapai arhat.
- Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, meskipun pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun yang sama.
- Namun, jam astronomi dan sfera armila berputarnya masih bergantung pada penggunaan aliran air , padahal sawat jam Eropah pada abad-abad berikutnya sudah melucutkan tabiat lama ini demi kuasa pacuan beban yang lebih cekap di samping mekanisme bolosan.
- Hakim Abdul Wahab berkata, artikel itu tidak perlu dibaca baris demi baris tetapi perlu dibaca keseluruhan perenggan dan membuat kesimpulan bahawa kenyataan itu tidak merujuk kepada Abdul Aziz tetapi kepada bapa saudara Nasha, Allahyarham Abdul Aziz Hathim.
- Pada 1767, Joseph Priestley dari England menemui satu kaedah untuk memasukkan karbon dioksida ke dalam air demi menghasilkan air berkarbonat apabila beliau menggantungkan semangkuk air suling di atas setong bir di sebuah kilang bir tempatan di Leeds, England.
- Di kalangan para pengikutnya, "Mahayana" juga memaksudkan tahap motivasi atau kesedaran rohani yang berasaskan bodhicitta, iaitu cita-cita mulia untuk mencapai kesedaran bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan juga demi kesejahteraan segala makhluk berperasaan.
- Penganugerahan ini dilancarkan oleh pihak 8TV dengan tujuan memberi penghargaan kepada mereka yang berbakat kreatif, progresif dan inovatif yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak yang besar demi menyemarakkan industri seni dan hiburan tanahair.
- Pertubuhan ini ditubuhkan pada 14 Mei 1955 di Warsaw, Poland, demi menentang ancaman berkemungkinan oleh NATO dan juga sebagai tindak balas terhadap integrasi Jerman Barat yang "ditenterakan kembali" ke dalam NATO pada 9 Mei 1955 akibat ratifikasi Perjanjian Damai Paris.
- meskipun begitu para sahabat lain seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.
- Sejarah konflik sedemikan menunjukkan bahawa tanpa kira apa pendirian atau betapa melampaunya, pertubuhan-pertubuhan tidak memilih "terorisme" demi keberkesanan politik; oleh itu, terorisme juga boleh dilihat sebagai suatu bentuk peperangan luar biasa atau perang psikologi.
- Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.
- Satu demi satu kerajaan kebangsaan bersilih ganti berpusatkan kota Berlin, iaitu Empayar Jerman 1871, Republik Weimar, Jerman Nazi, Jerman Timur, dan kini Jerman yang bersatu semula, setiap satunya melancarkan rancangan pembinaan yang bercita-cita tinggi, setiap satunya lain ciri-cirinya.
- Pita-pitanya diperbuat daripada bahan yang sama dengan mata pisau cukur dan tidaklah hairan bahawa perakam-perakam Marconi-Stille yang ditakuti itu dianggap sangat berbahaya sehingga para juruteknik terpaksa mengendalikan mesin-mesin tersebut daripada bilik yang berasingan demi keselamatan.
- Pada tahun 1989, kematian seorang pegawai penyokong reformasi, Hu Yaobang, sedikit sebanyak mengapi-apikan tunjuk perasaan besar-besaran di Dataran Tiananmen, di mana para mahasiswa dan lain-lain menghabiskan berbulan-bulan untuk berkempen demi peningkatan hak demokrasi dan kebebasan bersuara.
- Konflik bertambah apabila cubaan Sahara untuk merampas harta yang diwasiatkan kepada Manja dan cubaan demi cubaan, pembunuhan dan komplot Sahara mula diperjelaskan bagaimana liciknya dia melakukan jenayah secara diam dan melepaskan tangan tanpa diketahui orang tetapi orang yang diupahnya yang menerima nahas.
- Di Lautan Hindi, tentera laut Uthmaniyyah kerap bertembung dengan armada Portugis demi mempertahankan monopoli turun-temurun ke atas laluan-laluan perdagangan maritim antara Asia Timur dan Eropah Barat; laluan-laluan ini berdepan dengan persaingan baru dengan penemuan Tanjung Harapan oleh Portugis pada tahun 1488.
- Sejarah berpanjangan yang menyaksikan kejatuhan wilayah-wilayah Kristian ke tangan musuh berlainan agama telah menghasilkan satu dorongan kuat untuk menerima seruan maharaja Byzantine, Alexius I, melancarkan perang agama demi mempertahankan seluruh penganut Kristian, dan mengambil semula tanah-tanah yang telah jatuh ketangan Islam bermula dengan Baitulmuqaddis.
- Contoh biasa ialah Nazisme, serta nasionalisme Turki kontemporari, dan dalam bentuk yang lebih kecil, Franquisme sayap-kanan di Sepanyol, serta sikap 'Jacobin' terhadap unitari dan golongan pemusat negeri Perancis, seperti juga nasionalisme masyarakat Belgium, yang secara ganasnya menentang demi mewujudkan hak kesetaraan dan lebih autonomi untuk golongan Fleming, dan nasionalis Basque atau Corsican.
- Abjad Fonetik Antarabangsa atau singkatannya AFA merupakan sistem transkripsi fonetik yang dicipta oleh para pakar bahasa dengan tujuan menawarakan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dalam mana-mana bahasa pertuturan, serta juga sering digunakan hari demi hari oleh para pakar bahasa, ahli patologi pertuturan dan pakar terapi pertuturan, guru bahasa asing, pengarang kamus, dan pengalih bahasa.
Thank,good😀😀
ReplyDelete